Rekahan/Regangan Kulit Semasa Hamil!!!

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Jangan garu!!! Nanti perut tak cantik "uols"!!! ^_^... Sangat tak diva ok??? So jangan dibuat, nanti tak cantik kulit perut... PESANAN KHAS UNTUK IBU2 MENGANDUNG DAN JUGA BAKAL2 IBU YANG AKAN MENGANDUNG DI MASA AKAN DATANG!!! *_^

Bagi akak2 dan mereka2 yang dah berpengalaman mesti setuju ni...he he he... tapi ada kawan saya kata bila dah terlalu gatal dan tak tahan, apa kira dah... tak peduli dah...erksss...betul ke? Mula2 semasa trimester pertama dan kedua tak terasa ok??? "Frankly" dah masuk trimester ketiga ni, huwaaaaa....akak dah mula rasa kegatalan di kulit perut itu... tapi belum teruk lagi lah... "mild2" giteww... ahakss... bila perut semakin membesar, maka bermulalah episod perut gatal. Gatal sangat gatal ok... kalau tak kuat prinsip atau mentaliti memang dah garu dah kot? Tapi, lepas tengok gambar "strecth marks" kat Google... seriau ok? Jadi, memang kuatkan semangat untuk tidak menggaru... 

Kesan rekahan, regangan atau "strecth marks" pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin memang sangat membimbangkan kaum wanita termasuklah saya yang sememangnya "beauty conscious" ...wakakakaka... Rekahan/regangan kulit muncul seperti jalur panjang pada kulit dan selalunya dilihat berwarna putih. Sedikit kenyal dan bergentel2 timbul di atas kulit apabila disentuh. Ada juga kesan rekahan/regangan yang berwarna agak keunguan atau merah, mengikut jenis ton kulit masing2... "euwww scary"nya... 

Wanita yang mempunyai kulit cerah cenderung mempunyai kesan rekahan/regangan ketara manakala mereka yang berkulit gelap mempunyai tanda lebih ringan. Kesan rekahan / regangan itu ibarat cela dan menyerupai seakan parut yang susah untuk dihapuskan dan boleh menurunkan tahap keyakinan diri seseorang wanita itu.   

FAKTOR2 YANG MENYUMBANG KEPADA REKAHAN/REGANGAN KULIT

1. Biasanya rekahan/regangan kulit terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan dan kehilangan berat badan (sedang diet).

2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang hamil. Rekahan/regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.

3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.

4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami "stretch mark" atau sebaliknya. Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan rekahan/regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan "uols" juga bakal mengalaminya.

5. Jika sewaktu hamil "uols" merasa gatal2 di bahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda2 kulit mengalami rekahan/regangan.

6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah "your top parts", pinggang dan belakang pinggang.

Walaupun, kegatalan yang dialami oleh saya tu masih lagi dalam level "mild"  ... tapi inilah BFF baru saya... tak tinggal "uols"... 

Hamik ko!!! Selambak losyen dan juga minyak... takut dengan "strecth marks" punya pasal... Ada juga terbaca yang mana selain dari melumurkan diri dengan segala bagai losyen dan juga minyak ni... ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya.

MINUM AIR PUTIH YANG MENCUKUPI
Ibu hamil harus membiasakan diri mengambil air putih minima 8 gelas sehari. Hal ini dapat membantu kulit terjaga ketelapannya, sehingga boleh membantu meminima kesan "strecth marks".

AMALKAN SAPU KRIM PELEMBAP
Untuk menambah ketelapan kulit, ibu hamil boleh menggunakan pelembap yang dibuat dari bahan2 semulajadi seperti "cocoa butter" atau "shea butter" yang saya pakai tu... disapu di kawasan yang gatal atau terkena "strectch marks". Ataupun sapukan seluruh tubuh dengan minyak yang kaya dengan vitamin E, sebelum mandi.\

KAWAL BERAT BADAN
Ibu hamil sebaiknya kawal kenaikan berat badan yang terlalu mendadak. Pheww...nasib baik tak...ok2 jer... Sepanjang kehamilan, kenaikan normal berat badan ibu hamil antara 12 - 15 kg. Jika kenaikan terlalu cepat, adalah kurang baik bagi kehamilan, selain itu kulit juga akan terlalu banyak mengalami regangan sehingga senang mendapat "stretch marks". 

SENAMAN
Pengaliran darah dan oksigen yang lancar juga dapat membantu meminimakan terjadinya "stretch marks". Jadi, lakukanlah senaman yang sesuai menurut nasihat doktor. 

KAWALAN DIET MAKANAN
Ambil makanan yang sihat dan berserat tinggi seperti sayuran dan buah2an yang dapat membantu mencegah terjadinya "stretch marks". Selain itu, amalkan juga makanan yang banyak mengandungi vitamin A, E dan C seperti susu, telur, kekacang, tomato, "oatmeal", etc.

Yang penting kena disiplin... ^_^...Kalau dah terjadi "strecth marks" tu... kalau secara modennya...ha ha ha... yang akak tau... pakai jer "Dermatix Cream"... kan ke itu untuk menghilangkan parut... Ye ye orang iklan kat tv... rasanya bagus krim tu, nak kena cari siapa yang ada pengalaman ni... Dan kalau secara tradisionalnya pula ada terbaca di SINI dan akak tak pernah lah lagi kannn??? "as uols knows"...tapi mungkin berguna untuk dikongsikan...

PETUA MENGHILANGKAN KESAN "STRETCH MARKS"

Bahan2:
1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)
1 sudu teh air limau nipis
20 titik minyak kayu putih

Cara2:
1. Campurkan ketiga2 bahan di atas sehingga sebati.
2. Sapukan pada tempat2 yang ada "stretch marks".
3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.

*Ingat tau, jangan garu!!! nanti kulit perut tak cantik... (mengingatkan diri sendiri juga..)... *_^

"Reference, Credit & Source: HERE and HERE"

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nanti dah bersalin,,agak ugly skit kan sebelum dia kembali jadi cantik semula lepas pantang...hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum farah. heee bestnya. ni pregnant kali pertama atau lain2? heeee. bestnya farah,lagi berapa bulan nak bersalin ya?

    ReplyDelete
  3. Ank 1st x de lgsung.. yg kedua ni stkat ni xde lagi.. tapi rasa gak gatal2 tu... sapu losyen dan vco je lah stkt ni..

    ReplyDelete
  4. Alamak memang tak suka kalau ade strech mark..kene amik petua kak fara ni masa hamil nanti

    ReplyDelete
  5. ada jugak kena kegatalan ni mase 3rd trimester.. L x garu,, tp put bio oil .. so mmg x ada nightmare psal parut.. :)

    ReplyDelete
  6. hohoho, mama dengan stretch marks tidak dapat dipisahkan... hihi

    ReplyDelete
  7. hahaha.. tak ok yer term kegatalan shiro?? gagagagagagaga

    ReplyDelete
  8. cocoa butter ni ok juga, tp jenis macam akak ni pemalas nak menyapu

    ReplyDelete
  9. Hehehe... banyak nya losyenn... tak boleh nak elak strech mark ni... huhuhub

    ReplyDelete
  10. ok. take noted. thanx. boleh buat rujukan entry ni jika ada rzeki nanti :-)

    ReplyDelete
  11. Salam dear, saya dulu malas sikit nak letak losyen, hasilnya..ya, merekah2..lps tu nak sedapkan hati sendiri cakap la, bukan org nampak pun..huhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !