"Read This!!!... Queen Control???"

Farah Waheda Wahid
62
Source Extracted from Google
 1 benda yang orang lelaki paling takut kalau nak berkahwin atau terjadi adalah "queen control"..Betul ke???  He he he... 

SIAPAKAH "QUEEN CONTROL"???
Isteri yang suka mengawal hidup suaminya, baik dari segi kewangan, masa dan juga aktiviti harian. Secara ringkasnya, isteri yang suka mengongkong. Hakikatnya, setiap wanita berpotensi untuk menjadi "queen control". Yang menjadi persoalannya siapakah penyebabnya dan apakah yang perlu dilakukan untuk menanganinya??? 

APAKAH CIRI2 "QUEEN CONTROL"???
Cemburu yang keterlaluan, suka berprasangka buruk pada suami, ego yang keterlaluan, bangga diri, malas, dan segala bentuk sikap yang keterlaluan. Hakikatnya, tiada ciri2 yang jelas. Yang pasti, isteri yang suka menjadikan kata2nya sebagai arahan taat setia kepada suami. 

DI MANAKAH ASALNYA "QUEEN CONTROL"???
Asalnya sebelum menjadi isteri, seorang wanita dipilih oleh seorang lelaki berasaskan ciri2 isteri yang disukainya. Adalah amat pasti di dalam senarai itu tiada satu pun yang mencirikan seorang "queen control". Hakikatnya, dek kerana kasih sayang yang melampau, setelah selesai saja diijabkabulkan, isteri dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Bak kata pepatah, dilayan bagaikan permaisuri ("queen"). Apabila sudah naik minyak, mulalah rasa meluat sedangkan keadaan itu hanya didiamkan sahaja oleh suami tanpa melakukan apa2 untuk mengubahnya.

BILAKAH SEORANG ISTERI MENJADI "QUEEN CONTROL"???
Seorang isteri akan menjadi seorang "queen control" apabila dia mula mengawal dan mengongkong tindak tanduk suami. Semua perkara yang ingin dilakukan suami perlu meminta izin daripadanya terlebih dahulu. Si isteri dengan mudah boleh mengarah suami melakukan sesuatu tanpa ada bantahan daripada suami, sehinggakan hal2 rumahtangga seperti membersihkan rumah, memasak dan menguruskan anak terpaksa dilakukan oleh suami. Hakikatnya, wujudnya "queen control" apabila isteri mula diberi tanggapan sedemikian oleh keadaan sekeliling. Apabila berlaku perubahan jelas pada suami mahupun isteri orang yang melihatnya mula memandang serong. Pergi ke tempat kerja, suami dalam keadaan kurang kemas. Habis waktu kerja, suami segera pulang ke rumah. Dan apabila bersama rakan2 ataupun ketika out-station, suami kerap saja dihubungi oleh isteri. Kenalan juga kaum keluarga mula menegur, tidak kurang juga yang mengejek. Keadaan menyebabkan si suami berasa malu dan tertekan. Walhal, sebelum itu si suami meredhakan keadaan itu, tetapi keadaan sekeliling seakan mengiyakan tanggapan tersebut. 

MENGAPAKAH SUAMI SERING MENJADI MANGSA "QUEEN CONTROL"???
Kerana terlalu sayangkan isteri, suami sanggup menurut kemahuan isteri sekalipun terasa dirinya dikongkong. Bagi isteri yang mudah cemburu dan curiga, setiap penjelasan suami tidak mahu dipercayainya sehingga sanggup mengawal gerak geri dan perhubungan suami dengan sesiapa pun. Lebih2 lagi jika isteri berkedudukan lebih tinggi dari segi pangkat, harta dan keturunan berbanding suami, lebihlah juga kawalannya. Hakikatnya, suami yang sangat sayangkan isteri seharusnya membimbing isterinya ke jalan yang benar dalam menjadi isteri solehah agar keduanya dapat membentuk keluarga yang sentiasa dirahmati Allah SWT. Dengan membiarkan isteri melayannya seperti itu hanya akan menyebabkan isteri tersesat lebih jauh dan suami pula akan mencari jalan mudah untuk keluar dari kongkongan itu.

MASIH ADAKAH ZAMAN SEKARANG INI WANITA YANG BERSIKAP "QUEEN CONTROL"???
Ya, masih ada. Terdapat 2 jenis wanita "queen control" iaitu:
1. "Queen control" yang memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumahtangga.
2. "Queen control" yang membebankan suami dan menimbulkan kekecohan di dalam rumahtangga.

ADAKAH SIKAP LELAKI YANG MEMBUATKAN WANITA BERSIKAP "QUEEN CONTROL"???
Boleh dikatakan ya. Wanita boleh bersikap "queen control" disebabkan beberapa sebab yang asasnya berpunca daripada lelaki:
1. Suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri perlu mengambil alih peranan suami sepenuhnya.
2. Suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal segala tindak tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi.
3. Suami gagal mengawal isteri hingga membiarkan diri dikawal sepenuhnya oleh isterinya.

ADAKAH LELAKI AKAN JEMU DENGAN WANITA YANG BERSIKAP "QUEEN CONTROL"???
Terpulang kepada bentuk "control" daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap "queen control" kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki takkan rasa jemu malah tak mustahil lelaki akan rasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri. Tapi, jika "control" si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak mengulangi kesilapan lalu, memang lelaki akan rasa jemu dan bosan. Sebabnya, lelaki akan mula rasa segala pergerakkannya tidak bebas dan terkawal.

Sama juga dengan sikap wanita yang memang sejak awal gemar mengawal dan bila bersama dengan teman lelaki atau suami, dia tidak dapat membuang sikap suka mengawal tersebut ditambah pula dengan kegagalan si lelaki mengawal wanita tadi, lelaki pasti rasa jemu dan bosan.

APAKAH PANDUAN LELAKI UNTUK BERDEPAN DENGAN "QUEEN CONTROL"??? 
Mana2 lelaki yang berdepan dengan "queen control" yang menyesakkan dada, perkara paling penting yang perlu "uols" lakukan adalah menjadi lelaki yang sebenarnya. Maksudnya, jadilah lelaki yang tegas dan menjalankan tanggungjawab.  Jika "uols"pernah tersilap, yakinkan isteri atau teman wanita "uols" yang "uols" dah berubah dan takkan ulangi kesilapan lalu. Pastikan juga "uols" betul2 berubah. Ingatlah, teman wanita dan isteri "uols" mengawal "uols" sebab sayangkan "uols" dan ingin hidup bahagia dengan "uols". Jika teman wanita atau isteri "uols" memang bersikap "queen control" sejak awal dan bukan kerana kesilapan "uols", "uols" perlu ubah sikap teman wanita atau isteri "uols" itu. "Uols" perlu sedarkan dirinya tentang kesilapan sikapnya. Sedarkan bahawa dia ialah wanita yang perlu taatkan suami dan tidak boleh sesenang hati mengarah suami itu ini.

Sebagai permulaan, tanamkan dalam diri teman wanita atau isteri "uols" untuk bersikap toleransi dan sering berbincang di dalam menetapkan sesuatu perkara atau keputusan. Ingatkan wanita "uols", walau siapa pun dirinya di luar rumah hatta jika dia adalah boss "uols" sendiri (ahakss...), di rumah dia adalah wanita yang perlu menghormati dan mentaati perintah suami selagi perintah suami tidak menyalahi ketetapan syarak.


Daripada permerhatian kan tentang kes2 "queen control" ni, sikap "queen control" di dalam rumahtangga kebanyakkannya bermula sejak pra perkahwinan lagi. Bakal suami dengan muah mengikut segala kata dan kehendak bakal isterinya. Putih kata bakal isteri, putihlah juga katanya walaupun hakikatnya, si lelaki sukakan hitam atau selain putih. He he he... Tapi tak semua tau.

Bila masuk ke dunia perkahwinan, sikap ini terbawa2 hingga kadang2 si isteri sendiri merasa rimas sebenarnya. Tidak semua wanita suka bersikap "queen control" tetapi terpaksa bersikap sedemikian demi menyelamatkan hubungan kasih sayang katanya. Kes "queen control" juga sering berlaku di dalam perkahwinan yang melibatkan pasangan lelaki dengan wanita yang lebih berusia, lebih berharta atau lebih berpendidikan daripada si lelaki.

"Both sides" suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing2 dalam membendung gejala ni sebenarnya. "Queen control" menjadi imej yang buruk terhadap isteri juga wanita dan menjadi mimpi buruk lelaki terutama bagi mereka yang belum berkahwin. Ramai yang menyalahkan pihak isteri sahaja yang menjadi penyebab wujudnya masalah ini. Hakikatnya, sekiranya suami memainkan peranannya sebagai ketua keluarga dan pembimbing, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik isteri dan keluarga agar sentiasa di dalam landasan Al-Quran dan Sunnah, In Shaa Allah "queen control" tidak akan berlaku. Isteri pula haruslah menimba ilmu sebanyaknya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sepertimana yang telah digariskan oleh syariat agar tidak terjebak dengan gejala ini. Walaupun "queen control" bunyinya seperti suatu kuasa, ia hanya kesenangan dunia yang sementara malah akan merosakkan kebahagiaan yang ingin dibina.

*"Queen control???"...tak masuk dalam kamus hidup akak... *_^

Credit: HERE and HERE

Post a Comment

62Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. WAAHHHH...banyaknye inform pasal queen control ni....nasib bek kita tak kwen lagi....hehe!!

    ReplyDelete
  2. erk..apsal hari nie rase xdpt notification dari farah...kadang2 ada part yg kena jugak jadi queen control kan..kan..

    ReplyDelete
  3. Isteri yang queen control mengheret suami ke pintu neraka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali... tu yg de smpai buat penunduk tu...

      Delete
  4. bukan queen control sbnarnya
    si bini nak try share evryhting n nak tahu every single thing about her man but some man tak suka share dan mmg laki payah nk share every single thing yg mcam si bni nak
    then, timbul la queen control ni di mana si bini akan tanya n tanya dan kawal dan kawal smapai man akan cakap..oh man! i got queen control! ..haha

    so man, if u dont want si bni jdik lagu ni...try share n try make she complete with u :)

    ReplyDelete
  5. Panjang juga maklumat pasal QC ni.. Hehe.. Insha Allah, tak akan jadi QC.. Tapi kalau dah incit laki balik lewat malam, tapi tak call bagitau kite yg dia balik lambat, then terpaksa kite call dia sebab risau pun dikira QC jugak ke? Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  6. ala skg bukan pmpuan je kaki kontrol laki pn same..ade jeee..itu ini xblh..fed up nasib TB cool hehehe

    ReplyDelete
  7. I don't know.. mungkin mata saya kero tapi ada possibility tak yg pengantin lelaki dlm gambar di atas ialah seseorg yg cukup dikenali..

    Yg penting; jangan jadi pak Turut..

    ReplyDelete
  8. harap-harap tak jadilah quenn qontrol.. oh, memang tak nak.. kesianla kat para suami nanti :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum farah. wahhh bagus gila entri ni. heee rasanya sheila bukan tergolong kot. insyallah :)

    ReplyDelete
  10. good info ! hehe. gambar sangat kelakar >.<

    ReplyDelete
  11. setinggi mana pun darjat wnita bekerja atau pgkat dan kedudukannya diluar rumah..tpi dirumh dia ttp kna tnduk dgn perintah suaminya... lelaki mmg wajib control isteri... ssb itu tgjwab dia... tpi isteri x blh cntrol suami..tpi suami yg baik dia akn mnta pndpt isterinya dlm sst pkra...

    ReplyDelete
  12. yg penting saling percaya antara satu sama lain.. kdg2 wanita jd QC sbb terlalu sygkan suami..

    ReplyDelete
  13. Ada seorang kawan yg ada kerja yang baik, ketua di pejabat tapi dekat rumah semua pun dia buat sebab sayang sgt kat bini yg muda, cantik jelita. Telan apa shj yg bini cakap dan suruh. Itu bukan queen control lah dah awak sendiri yg suka nak buat :D

    ReplyDelete
  14. nak queen kontrol pun kena sederhana, tak boleh berlebihan..

    ReplyDelete
  15. ader lagi kot walau zaman dah modern ni akak tambah2 yang pmpuan 2 dari kalangan orang berada kan? or suami die terlajak handsome hihi

    ReplyDelete
  16. details yoo akak kasi..banyak jenis rupanya QC ni..zee tak tau la kategori QC ke tidak..tapi rasa cam tak..hehehe..tak makan saman pon laki i kalo nak control..

    ReplyDelete
  17. macam tak reti je jadi QC...ke lepas kawen baru ada possibilities..? hahaha ^_^

    ReplyDelete
  18. sekarang byk yg jenis queen control..haha
    dpt laki yg menurut perntah je..ok la..klo dua2nya takmo mengalah..habeh laaa

    ReplyDelete
  19. Queen control takpa...king control xnak la..hehe..

    ReplyDelete
  20. puas baca.....dalam perkahwinan isteri ke a queen control dari segi kewangan supaya sumber kewangan itu cukup untuk menampung keluarga, lebih-lebih lagi kalau isteri tu tak kerja....

    ReplyDelete
  21. detailnya pasal QC ni..jgn la jie jmpe prempuan cm tu..

    ReplyDelete
  22. detailnyer penjelasan tentang QC ni yer? yang pasti bukan CN ler..alhamdulilah.. ;)

    ReplyDelete
  23. QC-terpulang pada pesepsi masing2 kan..selagi si suami rasa selesa dgn si isteri it's ok je..even org luar nmpk mcm si suami telah di QC oleh si isterinya..mgkn kerana si suami terlalu sayangkan si isteri tp perhatian untuk si isteri jgn ambik kesempatan atas kebaikan si suami..sesungguhnya syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami..:)

    ReplyDelete
  24. banyaknya ... yg pasti dlm perhubungan suami isteri perlu toleransi dan tanggungjawab sesama kita. tak kira lah suami ke iateri .. hormat satu sama lain itu yg penting

    ReplyDelete
  25. suka topik ni...opsss...tapi sy belum tahan QC ni lagi ye...hehehe

    ReplyDelete
  26. owh best entry ni he3 ... namun syukur wife Abee tak mcm tu .. done klik $ anda :)

    ReplyDelete
  27. kekadang kita ni tak sedar adakalanya kita ada mengongkong pasangan kita...huhuhu...tapi itu boleh diklasifikasikan sebagai QC ke?

    ReplyDelete
  28. sian kat laki tu kalau dpt yg jenis queen control kan..akak selalu kontrol tang duit..kedekut! haha..

    ReplyDelete
  29. waa queen qontrol..sesetengah hal memang kena control tapi jgnlah melampau melebihi hak suami..hehe

    ReplyDelete
  30. depends pada situasi dan keadaan kot...asalkan tidak melampau2 sampai jatuh derhaka dengan suami..

    ReplyDelete
  31. Salam kenal, blog walking terjumpa pula kisah QC ni. Dah nama pun Queen kan, mestilah lagak 'diva' ye tak?
    Apa2 pun terpulang pd pasangan masing2. Kakpb ni kontrol anak je sebab degil dan malas...hehe.

    ReplyDelete
  32. ish ish...sian kat si suami kalau buat macam tu,huhu......

    ReplyDelete
  33. @adda siempre

    sok dah kahwin jangan jadi queen control tau.. he he he...

    ReplyDelete
  34. @Kisah Si Dairy

    seriously QC tak ada dalam diary hidup farah buat setakat ni kak.. hu hu hu...

    ReplyDelete
  35. @MG schmidt

    betul juga, tapi ada kalanya ada perkara yang tak sesuai nak dishare, macam kita perempuan juga, ada perkara yang tak sesuai untuk di-share... *_^

    ReplyDelete
  36. @Rosmiza Ali

    mieza itu dinamakan exceptional cases...he he he...

    ReplyDelete
  37. @TelingaBulat

    betul sekarang ni pun dah ada king control...setuju2....

    ReplyDelete
  38. @Cik Gee

    Cik Gee, thanks bagi teguran, seriously saya tak perasan pun mula2 bila dah perasan saya tukar gambar...heee...

    ReplyDelete
  39. @ros_reeza

    betul kesian para suami... hu huhu... hopefully kita tak kan???

    ReplyDelete
  40. @Sheila Salim

    In Shaa Allah Sheila... Amin... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan QC...

    ReplyDelete
  41. @Nurulhuda Abu Hassan

    thanks dearie, it's just something that ponder my mind...

    ReplyDelete
  42. @Maria Firdz

    hish, minta2 dijauhkanlah dari penunduk dan segala macam benda2 khurafat ni... nauzubillahminzalik...

    ReplyDelete
  43. @Mummydearie

    itu namanya kerelaan sendiri tu... hu hu hu...sendiri yang letak diri kat tali gantung...

    ReplyDelete
  44. @Normi Nieza

    semoga kita semua dijauhkanlah hendaknya Cik Nor...

    ReplyDelete
  45. @Zee Suhaini

    orang lelaki ni makin diikat makin buas bila dapat lepas zee...

    ReplyDelete
  46. @Sally Samsaiman

    yelah nak nak kalau orang tu dapat si jejaka CN blue tu kan?

    ReplyDelete
  47. @Yumida Huda

    ini nak buat akak tergelak tapi memang betul apa yang yumida cakap tu...

    ReplyDelete
  48. @Sukma Haron

    ha part ni tak ley nak komen lebih2 kak, akak dulu yang makan garam... he he he...

    ReplyDelete
  49. opssss ena bukan dlm kategori tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !