Source Extracted from Google |
Zaman2 tok nenek kita dulu sampailah ke zaman2 mak2 kita dulu semua memang penuh dengan petua2 dan pantang larang... Tidak ketinggalan bagi ibu2 mengandung... hurmmm... Cik Puan Bubbly pun tidak ketinggalan menerima pesanan khidmat masyarakat dari orang2 sekeliling contohnya jiran2 dan juga makcik2 Cik Puan Bubbly... antaranya... minum air hujung rambut setelah habis mandi yang didahului dengan selawat... Terima kasih semua di atas keprihatinan "uols"... heeee... ^_^ ... Bukan mempersendakan tapi menghargai dan mana yang baik selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam kita terima dan cuba amalkan ye tak?
Dan terbaca juga di laman FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung tentang Petua Melayu Lama Bagi Memudahkan Bersalin di SINI
1. Amalkan membaca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
2. Hampir bersalin, amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
3. Amalkan minum air lebihan suami.
4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
5. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan. Ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi, selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi.
6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
7. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi (ini "my gynae" ada pesan juga ni...)
8. Amalkan memakan telur mentah di hujung kehamilan. (ha "part" ni tak pasti boleh diterima tekak ke tidak ni...wakakakaka... tak kot???).
9. Minum sesudu camcam teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
Macam2 yer petual melayu lama dulu... Sesungguhnya segala yang berlaku adalah atas keizinan Allah SWT ye tak? Bak kata orang, kalau dah amalkan semua petua di atas tapi masih mengalami kesukaran semasa melahirkan, anggaplah itu ujian dan dugaan yang Allah SWT berikan untuk menghapus dosa2 silam kita macam yang tercatat di dalam satu hadis...
"Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya"
Jadi kita seharusnya bersyukur bila dipilih untuk merasai semua kesakitan dari saat mengandung selama 9 bulan hinggalah di saat melahirkan... ^_^
semoga dipermudahkan oleh Allah urusan melahirkan nanti..
ReplyDeleteberguna ni.. walaupun x de bini lagi.. hehehe
ReplyDeletesemoga semuanya selamat amin..
ReplyDeletebagusnya entry ni kak..
ReplyDeleteSo Farah dah cuba buat ke petua2 kat atas tu...
ReplyDeletePernah dengar jugak pasal minum air hujung rambut tu
pernah minum air kembang semangkuk....huhu
ReplyDelete