Pernah Buat Tak Macam Ni???

Farah Waheda Wahid
30
Source Extracted from Google
"Adehhh...sakitnya... orang ni tak nampak ke aku ada naik motor kat tepi ni???"... Begitulah sungutan serta rungutan mereka yang menunggang motor di jalan raya apabila terkena sampah yang dibuang oleh pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab serta tak fikirkan keadaan sekeliling. Dahlah membuat pencemaran alam dengan mengotorkan jalan raya, buang sampah merata2. Lepas tu pula mencederakan orang pula. Kalau tak luka tak apa, tak "accident" tak apa... Tapi, kalaulah dibuatnya luka ke kena tin ataupun motor yang ditunggang terbabas atau tergelicik ke disebabkan sampah tersebut...tak ke kes naya??? Tak pasal2 penunggang motor atau orang lain jadi mangsa....

Nak2 lagi jenis sampah yang dibaung tu senang dibawa angin...silap2 haribulan terkena cermin depan kereta belakang... Kalau pecah ke? Apa ke? Tak ke naya??? Pas tu tak pasal2 boleh jadi gaduh pula kat tengah2 jalan raya..Bila dah gaduh tengah jalan raya tu, masalah lain pula timbul...Orang lain jadi tersekat... Yang nak cepat jadi lambat...Kalau2 ada orang nak bersalin??? Dah lagi satu kes, silap2 oran tu bersalin dalam kereta disebabkan sikap kita...Segalanya mungkin...hu hu hu...

Memanglah kadang2 bila kita memandu atau naik kereta tu ada sampah2 yang perlu kita buang dan tak boleh disimpan dalam kereta. Tapi...buanglah di tempat yang sepatutnya. Seelok2nya tunggu sampai kita sampai ke destinasi yang dituju. Cari tong sampah, buang, "simple" bukannya susah sangat pun. Janganlah kita tergolong dalam golongan2 yang tak ada kesedaran sivik.

Cuba bayangkan kalau kita pula yang menunggang motor atau cermin depan kereta kita kena sampah yang dibuang kereta depan atau kita jadi mangsa keadaan tersekat di lalu lintas sedangkan kita ada hal penting yang menuntut kesegeraan dan orang buat macam tu??? Apa perasaan kita??? Penunggang motor tu juga pengguna jalan raya ok??? Kereta belakang tu beli kereta dengan duit ok? Bukan dengan daun... Orang nak bersalin tu melibatkan nyawa ok? Jadi janganlah ikut sesedap tekak dan rasa kita je nak buang sampah kat mana2. Tong sampah kan ada? Kenapa nak buang juga ikut tingkap kereta??? "Seriously" tak fahamlah...

Siapa2 yang pernah buat macam ni, berhenti2lah... kesian pada penunggang motor, kesian pada alam dicemari dengan sampah sarap kita bila kita sesuka suki hati membuang sampah dari tingkap kereta...kesian kereta belakang, kesian dengan orang yang jadi mangsa keadaan disebabkan sikap kita...Jangan kerana kita seorang, kita jadi penyumbang masalah kepada orang lain.

Nampak macam remeh atau kecil perkara ni, tapi sebenarnya besar impak dia... 

Post a Comment

30Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alhamdulillah farah,setakat nie ,akak akan kumpul dalam satu bekas plastik..sampai destinasi baru buang,,harap masyarakat kita skrg nie lebih peka terhadap perkara yang remeh sebegini..bg akak bukanlah perkara yg remeh..sbb melibatkan orang atau pengguna jalan...thanks jugak kat farah mengingatkan sesama kita..

    ReplyDelete
  2. betul tu..bnyk kesan x baik bila buang sampah dari kereta.anak ima yg 3 tahun pun tau dah tak boleh buang sampah dari kereta..ima ajarkan dan bgtau x boleh buang sampah dr kereta.nnti kena org.org sakit.

    ReplyDelete
  3. berkehendakkan dalam kereta sendiri bersih sanggup buang sampah keluar , memang tiada kesedaran orang itu.. sy suka perhati tabiat/sikap manusia . kadang apa yg dilakukan itu salah dan jadikan sempadan utk diri kita, ..kebiasaan yg selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kpd individu utk mengikis sesuatu yg dipanggil tabiat kecuali ingin merubah sikapnya.

    ReplyDelete
  4. ishh, kalau kita yang kena time bawa moto, memang kene si pembuang sampah tu. tak fikir kite yg naik moto ni takpe, tpi fikirlah alam sekitar.

    ReplyDelete
  5. tak pernah buat dan x suka org buat mcm tu... mmg hangin klu jmpe org buat mcm ni..tmbh2yg biasa jmpe ialah perokok lah... jadilah perokok yg pmbrsih..kt dlm kete sy siap ada plastik smpah lagi..

    ReplyDelete
  6. saya ada satu tabiat. Saya akan pegang sampah tu sampailah saya keluar kereta terus je pegi buang sampah dulu. mak saya tak pernah ajar buang sampah merata-rata. so dah terbiasa kak. tapi saya pernah la kena org buang sampah kena keta saya

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lg buat mcm tu. Huhu. Kesian dorang ride motor kan. Tak prihatin lgsung. Itulahh pentingkan diri namanya. Nanti kena diri sendiri marah, dia buat kat org pulak buley. Huhu.

    ReplyDelete
  8. Siapa yg tak komen kat sini tu, dialah yg buat perkara ni...hehe
    Lihat sahaja kiri kana jalan raya, masih banyak sampah itu membuktikan tabiat ini memang ramai yg lakukan. Tapi cuba jejak je kat Singapore, pandai pula berdisiplin...huhu

    ReplyDelete
  9. pernah buat tp kat tempat yg spttnya..hihik

    ReplyDelete
  10. kat dalam kereta memang dah ada plastik beg, so kumpulkan then turun nanti buang jer dalam tong sampah....itu pun tka reti-reti dorang nie, paling pantang nampak orang buang sampah dari kuar kereta time kereta bergerak,,,,rasa nak tembak jer kereta tu...leh gitu....hihi

    ReplyDelete
  11. kesian kat org yg sapu sampah tu..huhu

    ReplyDelete
  12. sampah kira ok lagi kalau kena Farah..tp buatnya kalau kahak kuning ke hingus hijau ke..erghhhh mau naik loya tekak kita..

    kurangnya sikap bertanggungjawab dan sivik dalam diri pun payah uga..mcm mana kita nak mendidik golongan muda kalau orang besar pun otak cetek tak boleh nak berfikir...

    Dari situ kita boleh tengok keperibadian seseorang.

    ReplyDelete
  13. mmg sgt marah kalau ade org yg duk buat mcm ni..membuang sampah merata2..akak lebih baik bersepah dalam keta dari buang kut luar tingkap..anak2 pon tak pernah buat keje macam ni..

    ReplyDelete
  14. haha baca pasal buang2 ni, teringat senario movie yg dulu2, anak azlee nak balig durian kat kereta belakang. haha..

    ReplyDelete
  15. hehehe mmg ajar anak2 siap kumpul satu plastik dulu, lepas tu baru buang bila singgah kat mana2 !

    ReplyDelete
  16. Kete sya pnh kena baling dgn kuilt durian masa kete tgh jln..nsib baik blh pnumpng..klu sebelah pemndu.,ish..ish..

    ReplyDelete
  17. SALAM. KAK. SAYA XSUKA SIKAP BEGINI YANG SUKA BUANG IKUT SUKA JE. SAYA SIMPAN DULU SAMPAI JUMPA TONG @ TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH BARU SAYA BUANG.

    ReplyDelete
  18. itu kes buang sampah.ade kes ni time hujan, pemandu kereta belasah redah air hujan mcm xade ape2 terus basah penunggang tu...lagi kesian kalau pejalan kaki..hishhh hisjhhhh

    ReplyDelete
  19. ye, kasihanilah kami penunggang/pembonceng motor ni.. huhu.. pernah nampak orang buang sampah kat highway.. sebenarnya bukan lah sampah besar besar tu.. nampak macam tisu.. berterbanganlah tisu tu. heee..

    ReplyDelete
  20. Kurang iman namanya kalau suka buang sampah gitu..

    ReplyDelete
  21. saya marah tul dgn org malaysia nih . mmg krg kesedaran sivik . susah sgt ke simpan dulu sampah tu . bila jumpa tong , lemparkan jer la kat dalam tong . klu x jumpa gak , buang jer kat tong sampah depan umah !

    ReplyDelete
  22. kte klu dlm krete letak 1 tmpt dlu smph tu cm dlm plastik..then nt bru buang

    ReplyDelete
  23. Tak pernah.....sampah semua kumpul dlm satu plastik kat keta. Klu tak da plastik kumpul je kemudian singgahlah mana2 ada tong sampah. Tak susah pun dan tak menyusahkan org lain kan...:-)

    ReplyDelete
  24. boleh mengundang bahaya pada org lain..jgnlah buat mcm ni..sediakan plastik lam kete lah

    ReplyDelete
  25. terima kasij kerana sudi memahami nasi penunggang motosikal ini,
    stakat ni mmg xdek lg shark kne,
    kalu kne mmg nk kne hon jer nnti,

    ReplyDelete
  26. semestinye salah satu nye TB lee..tp tuh dulu..now tobat da hehehe

    ReplyDelete
  27. setakat nie kami suami isteri simpan sampah dlm beg plastik pastu sampai rumah baru buang :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !