Musim Demam???

Farah Waheda Wahid
27
Source Extracted from Google
Musim demam agaknya sekarang ni??? Sebelum Aidiladha hari tu, akak diva +Amanda Suria / Suria Amanda... awal lagi, minggu sebelum tu dalam hari Khamis ke Jumaat macam tu, kesian akak diva, teruk demamnya kali ni... Lepas tu, hari Ahad sebelum Aidiladha.. suami pula dah mula terasa mata panas, badan tak sedap...petanda nak demam... dan tup tup tup, betul, semasa Aidiladha suami demam... Semalam pula, mama dan papa demam...mama siap pitam, muntah dan badan memang panas lah... Papa pula pening dan demam... Hu hu hu...orang2 disekeliling saya semuanya demam... Alhamdulillah, akak tak demam cuma pagi ni masa nak pergi kerja kepala pening dan rasa berpusing... 

Disebabkan diaorang demam2 ni terfikir juga nak Google2 tips tradisional yang sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Dan terbaca di artikel ini di SINI 

Selain dari ubat2 di klinik/hospital, Nabi Muhammad SAW secara tidak langsung telah memberikan tips tradisional untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit terutamanya untuk meredakan demam. Antaranya...

JINTAN HITAM 
Source Extracted from Google
Nabi SAW bersabda: "Hendaknya kalian memakan jintan hitam. Kerana jinta hitam mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit, kecuali As-Saam (H.R. Bukhari & Muslim). Sifatnya panas dan kering, mengandungi 15 jenis asam amino, alkaloid dan saponin. Jintan hitam dapat digunakan untuk meredakan demam yang disertai batuk berkahak dan seumpamanya.

TIMUN
Source Extracted from Google
Dari Abdullah bin Jafar diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW biasanya memakan timun dengan kurma masak (H.R. At-Tirmidzi). Timun bersifat dingin dan basah, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Parutan buah timun digunakan untuk diletakkan di dahi bagi meredakan demam. Memakan timun segar juga dikatakan efektif untuk meredakan demam.

BAWANG MERAH
Source Extracted from Google
Dari Aisyah R.A, bahawa beliau pernah ditanya tentang bawang merah. Aisyah menjawab: Makanan yang terakhir kali dimakan oleh Rasulullah mengandungi bawang merah (H.R. Abu Daud). Bawang merah bersifat panas dan basah, memiliki kandungan minyak atsiri, sikloaliin, metilaliin, kaemferol, kuersetin dan floroglusin. Untuk meredakan demam pada anak, cuci lima butir bawang merah dan kemudian kupas. Kemudian parut dan tambahkan minyak zaitun secukupnya. Setelah itu lulurkan ke tubuh anak, terutama bahagian ubun2, punggung, perut, peha, lengan dan telapak kaki.

MADU
Source Extracted from Google
Barangsiapa yang meminum 3 sudu madu dalam 3 pagi saja dalam satu bulan, tidak akan terkena penyakit berat (H.R. Ibnu Majah). Madu mengandungi banyak air dan fruktosa. Madu bersifat antibakteria dan menghasilkan hidrogen peroksida. Memakan madu secara teratur memperkuatkan sel darah putih untuk melawan bakteria dan penyakit yang diakibatkan oleh virus. 3-7 sudu makan madu yang dicampur dengan air suam dan diminum sebelum makan, 3 kali sehari dapat membantu meredakan demam. Terapi ini bermanfaat dilakukan di pagi hari 1 jam sebelum makan untuk detoksifikasi.

ZAITUN
Source Extracted from Google
Nabi SAW bersabda, gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk dan gunakanlah sebagai minyak rambut, kearana ia berasal dari pohon yang penuh dengan berkat (HR. Ibnu Majah). Daun dan tangkai zaitun telah digunakan sebagai lambang perdamaian. Minyak zaitun bersifat dingin dan lembab. Minyak zaitun kaya dengan Omega3, 6 dan 9. Terdapat vitamin A,B1,B2,C,D,E,K dan zat besi di dalamnya. Kerana sifat minyaknya yang dingin dan lembab, maka baik jika disapukan kepada pesakit demam, terutama bagi bayi yang diserang demam. Daunnya boleh menjadi pencegah infeksi dan demam. Rendamkan daun zaitun di dalam air hangat dan ambil tuala dan basahkan dengan air tersebut dan letakkan di dahi untuk meredakan demam.

Sejujurnya, tak pernah saya terdengar atau terbaca petua2 atau tips2 tradisional ni sampailah terjumpa artikel ni, jadi saya pun tak pernah mencuba. Tak tau macam mana kesan dan kemujarabannya... biasanya kalau demam memang makan ubat doktor jer la...he he he... tapi sekadar berkongsi apa yang saya baca, kalau siapa2 rajin bolehlah mencuba kan? Lepas tu boleh kongsi hasilnya... Hurmm.. untuk mereka2 yang sekarang ni tak sihat, kurang sihat dan juga orang2 disekeliling saya yang saya sayang... "get well soon everyone!!!"....

*Semput2 nak menyiapkan "first entry" hari ni...wakakakaka...pagi ni sibuk, malam semalam pun sibuk menjaga orang2 demam... Itulah sebabnya tak menyempat... Pink Panther pula angin tengah tak berapa nak betul... jadi kenalah "please" Pink Panther dulu sebelum menjenguk Bubblynotes... he he he...

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang musim sekarang nie farah..kena hati-hati dan lebihkan minum air masak..teringat dlu cari jintan hitam..rupanya habbatus sauda...sampai salah beli...hehe

    ReplyDelete
  2. skrg ni cuaca tak menentu dear, memang ramai yang demam. Anak kenit yg sulung pun demam sekejap aritu. Kenit bagi air kembang semangkuk tu..elok plak dia hehee.

    ReplyDelete
  3. memg musim demam la dear...batuk n selsema pun ye..ank sy dh 3 mggu batuk x elok2...ubat dh byk abis..sy nih batuk xelok lg..ari tuh suara ilang 2 ari..dh mcm itik serama sbb batuk..

    ReplyDelete
  4. menarik petua ni ye kak :) boleh la cuba

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.. farah,

    Insaallah harap cepat sembuh dan terus berblog.

    mselim3

    pls:maaf farah hari ini baru naik kerja.. insaallah akan terjah sini selalu...

    ReplyDelete
  6. zee pon rasa cam nak demam jugak ni..tekak dah sakit nak menelan..

    akak jaga diri leklok..sian baby kalo mummy demam tau..moga mama ngan papa akak cepat baik..

    ReplyDelete
  7. Saya dok standby takut anak demam

    ReplyDelete
  8. Selalunya akibat cuaca yang ekstream sekarang ini. Cuaca panas sangat tapi kemudian hujan dan sejuk pula. Tahap daya tahan seseorang mempengaruhi kesihatan.
    Semoga yang demam akan sihat dengan pemakanan yg berkhasiat selain dari ubat

    ReplyDelete
  9. nice sharing...tq bg info berguna. Baby sihat ke? bila farah due?

    ReplyDelete
  10. Vee dah dekat seminggu demam.. Lagi parah. Adoii..

    ReplyDelete
  11. Klu ptua org tua2. Kerapkn mndi dan asam jawa je lh... tpi timun dan tmbikaintu mmg utk sejukkn bdn,,,

    ReplyDelete
  12. kalau madu sy selalu dengar.. thanks kak, dapat info baru hari ini..

    kak farah pun, take care ya.. :)

    ReplyDelete
  13. kite tengah demam sekrng..tekak sakit sangat..nak menelan pun payah..adoii

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum awak. musim tak sihat kan.. suami sheila pun demam. sheila pulak kadang loya kadang mabuk :(

    ReplyDelete
  15. salam...

    thank u sharing info nie..aritu ade rasa nak demam..sib baik tak sempat nak panas dah hilang..

    p/s: follow sini

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. anak akak pun demam nasib baik sekejap jer, tengahari demam petang dah baik, yang gegirl pulak sakit tekak suara serak-serak nak mengaji pun tak boleh...tapi kalau ibu-ibu yang pregnant kena be careful kalau demam sebab efek kat baby yea....cari ubat dulu ler....

    ReplyDelete
  17. Sya pun tgh dmm la ni..huhu..tima kasoh kongsi tip ni ye farah :)

    ReplyDelete
  18. bagus petua ni.. aiza kalau demam mak selalu buat air asam jawa pekat, letak sikit gula dan minum..

    ReplyDelete
  19. iman skunk sokmo kena demam la tpi bila skli kena mula bdn lemau2

    ReplyDelete
  20. tu la kan kak, perubahan cuaca yg mendadak
    blh mengundang demam
    nice sharing
    yumida isi tabung Nuffnang sini - ford - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  21. ohh..get well soon to all of them ye kak...

    anyway, nice sharing ^_^

    ReplyDelete
  22. Mmg musim kak farah.. sebab cuaca pun tak menentu..kejap panas kejap hujan.. semoga mereka semua cepat sembuh..akak pn take care tau..=D

    ReplyDelete
  23. ouh banyak rupanya cara tradisional utk diamalkan,,tp yelah kan, tak ada siapa nk tlong buatkan hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !