Mizz Nina Berhijab!!! ^_^

Farah Waheda Wahid
27
Source Extracted from Google
^_^... Alhamdulillah, seronok rasanya bila dapat tau Mizz Nina kini telah berhijab... Terbaca di SINI ... 


PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29. Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu. Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu. 

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin. 

Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej baru yang bersesuaian. "Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak. Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu, dia perlukan masa. Diharapkan semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe.

Mizz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.

*Alhamdulillah, turut tumpang gembira dengan perubahan positif ini. Sekarang dah ramaikan artis Malaysia yang dah mula berhijab??? ^_^... Seronok bila mendengar perubahan positif ni dan tiba2 teringat pada diri sendiri yang juga baru saja berhijab dalam bulan April 2013. ^_^... Semoga Allah terus memberikan hidayah kepada diri ini dan juga kawan2 di luar sana dan sentiasa dilindungi olehNya... In Shaa Allah... Amin...

**Terbayang2 konsep muzik dan corak kerjaya Mizz Nina selepas ini... wakakaka..."over ai uols"...sibuk jer nak tau... Kita tunggu dan lihat...  

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Salam Farah..Alhamdulillah...semoga kebaikan mengiringi dia dan semua orang..amin

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..makin ramai artis yang berhijab...

    ReplyDelete
  3. baguih2..jangan la bila dia berhijab pun ada persoalan lain plak untuk dia kan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....
    Semiga dia istiqamah dalam imej berhijab tu.... =D

    ReplyDelete
  5. Siapa sangka...jika hidayah sudah sampai, sekelip mata akan berubah.
    Alhamdulillah...semoga ianya berkekalan hendaknya.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum..farah,

    alhamdulilah .. berubah ke arah kebaikan...

    mselim3

    ReplyDelete
  7. mmy stylo nina berhijab,
    ramai nnti tiru dia berfesyen.
    mmg nmpk lain muka dia bila berhijab.
    br nampk gaya seorg isteri.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah
    tumpang happy jugak
    dulu kemain lg pakaian dia kann

    ReplyDelete
  9. alhamdullillah.
    semoga terus berhijab dgn sempurna in shaa Allah...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...semoga beliau istiqamah dalam kebaikan

    ReplyDelete
  11. penghijahan yg bagus buat beliau.. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah . style masih rock tu ... heheheee

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, manis jer bila berhijab macam ni kan? =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  14. Pergi haji rupanya....bestnya dapat pergi muda ....Cantik apa berhijab mizz nina tu....

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah....bersyukur kerana telah terbuka pintu Hidayahnya untuk berhijab...

    ReplyDelete
  16. pantai pun berubah ini kan pula manusia alhamdulillah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !