Mitos Vs Fakta Mengenai Susu Ibu

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
10 mitos yang popular berkaitan dengan penyusuan susu ibu:

Mitos #1: Payudara Ibu Menyusu Akan Lebih Cepat Mengendur
Fakta #1:
Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis - pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan2.
Mitos #2: Bayi Asyik "Melekat" Dengan Ibu
Fakta #2:
Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa "melekat" dengan ibu sebenarnya amat singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun, 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
Mitos #3: Susu Ibu Tidak Sesedap Susu Formula
Fakta #3:
Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan "sedap" mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding hanya 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu, bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.
Mitos #4: Susu Formula Mengandungi Pelbagai Nutrien
Fakta #4:
Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar2kan "khasiat dan nutrien" yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana2 susu formula di dunia.
Mitos #5: Payudara Kecil, Susu Kurang
Fakta #5:
Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.
Mitos #6: Kolostrum Adalah Susu Kotor, Nanah Dari Payudara
Fakta #6:
Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari2 pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Mitos #7: Ibu Menyusu Tidak Boleh Minum/Makan Makanan Sejuk, Ibu Menyusu Perlu Waspada Pengambilan Makanan
Fakta #7:
Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu, kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat2an tertentu.
Mitos #8: Susu Ibu Terlalu Cair (Banyak Air)
Fakta #8:
Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisa pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.
Mitos #9: Puting Susu Ibu Perlu Dicuci Sebelum Menyusukan Bayi
Fakta #9:
Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil2 kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir  (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.
Mitos #10: Penyusuan Ibu Mengambil Nutrien Daripada Ibu. Ibu Perlu Makan Lebih.
Fakta #10:
Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu, ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda2 alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu2 menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusukan anak. 

Sumber dan Kredit: SINI

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terima kasih utk info yg sangat berguna pada saya yg bakal menjadi ibu ni.

    ni pertama kali saya singgah ke sini :)

    ReplyDelete
  2. take note kak.
    bnyak jugak mitos nie.

    ReplyDelete
  3. wah, tq 4 sharing..detail betul penerangan utk mitos2 nie..hihi

    ReplyDelete
  4. mama percaya satu je! susu ibu adalah yang terbaik, soal melekat ke apa ke... biasalah.. anak kita kan. mama dah menyusukan sufi 1 tahun 4 bulan dah... sampai saat ini, belum campur lagi..

    ReplyDelete
  5. sayang kan akak hanya berkesempatan susukan dania sampai umur dia 6 bulan je..lepas tu dah xde susu..even macam2 yang akak makan untuk bagi banyak susu

    ReplyDelete
  6. Saya BF anak2 saya ...
    Yang sulung sampai 10 bulan jer - kurang ilmu masa nie ...
    Yang Ke-2 - Alhamdulillah genap 2 tahun ...
    Yang Ke-3 - Alhamdulillah, rezeki lebih banyak 3tahun lebih ... Hehehe ...
    Yang ke-4 - Exclusive BF sekarang ... Harap dipermudahkan dan dimurahkan rezeki ...

    Buat ibu2 yang nak BF kena cari ilmu2 BF nie, banyak sangat yang perlu diketahui terutama kepada ibu2 bekerja yang masih mahu menyusu anak2 nyer ...

    ReplyDelete
  7. susu ibu memang terbaik untuk baby :)

    ReplyDelete
  8. susu ibu yg terbaik... mmg ada mitosnya iaitu bg org yg byk alasan sbb xnk susukan anknya...

    ReplyDelete
  9. Hebat susu ibu ni kan, anugerah yang Esa. Itu la dulu selalu dengar orang cakap nnt kendur la stretch mark la... tapi Alhamdulillah takder pun.

    ReplyDelete
  10. Wow. Amazing facts!! By the way, yang ke-9 tu, is it only for moms or all breasts are like that? I mean, breast yang bukan ibu dan blm jadi ibu tu pun bersifat antibacterial ke? Interesting. This is so cool!! :D

    ReplyDelete
  11. yg asli tu mmg lbh baik . tiada tandingannya ...

    ReplyDelete
  12. susu ibu adalah susu terbaik untuk anak2nya.. terima kasih atas perkongsiannya :)

    ReplyDelete
  13. susu ibu yang pertama itu paling berkhasiat....

    ReplyDelete
  14. ada yg sy dgr during lecture.. ada yg sy baru tau.. thnks kak farah.. :)

    ReplyDelete
  15. Terasa malu la pulak baca entri ni..apapun memang kena tahu..haha

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum...farah,

    rupa mitos yang kita di momok2 selama ini x betul... yang nyata susu ibu yang terbaik untuk baby...

    mselim3

    ReplyDelete
  17. salam blogging , susu ibu yang terbaik .. done klik :)

    ReplyDelete
  18. memang banyak khasiat dan kelebihan...

    ReplyDelete
  19. wow... memang banyak sangat info yg dapat bila baca ni ,,

    ReplyDelete
  20. Susu baby mmg sangat baik untuk baby...^^

    ReplyDelete
  21. yer..betul sekali penerangannya..:)
    susu ibu adalah yang terbaik utk baby..!!

    ReplyDelete
  22. in sha allah banyakkan doa susu ibu cukup untuk bby kita..
    best sharing..;)

    ReplyDelete
  23. im passiionate bout bf.. puji kpd tuhan sbb masih son msh bf lg.. 10months :)

    ReplyDelete
  24. bagus info ini..semoga terbuka sedikit minda ibu-ibu muda zaman moden ini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !