Merangsang Otak Kanan Anak2!!!

Farah Waheda Wahid
9
Source Extracted from Google
OTAK KANAN
Berperanan dalam fungsi perkembangan "Emotional Quotient (EQ)". Merupakan tempat untuk perkembangan hal2 yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama muzik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan perkembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang ("long term memory").

OTAK KIRI
Merupakan pusat "Intelligence Quotient (IQ)". Berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek ("short tem memory"). 

Dari pembacaan dikatakan, otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Lagi satu, proses pengajaran dan pembelajaran itu seelok2nya dimulakan ketika kanak2 atau anak berusia 6 bulan. Kalau dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih kanak2 guna otak kanan. Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak kiri. 

LATIHAN MERANGSANG OTAK KANAN
Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih anak2 untuk menggunakan otak kanan. Tidak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Di rumah pun boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:

1. Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur. 

2. Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. Jadi, cuba ajar anak2 main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang2 itu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama2 dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak2 sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi. 

3. Jangan tengking anak2 sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

4. Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita itu. 

5. Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak2 teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka "clue" dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi. 

Kaedah2 ini kalau boleh jangan buat dalam tempoh yang terlalu lama sebab ianya mungkin membosankan. Buat selama 1/2 jam sehari pun dah cukup. Sambil2 belajar tu, dapat juga rapatkan lagi hubungan yang sihat di antara ibu bapa dengan anak2 kan???

Credit: HERE

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !