Memang Tak Akan Tunggu!!! Kalau Begini...

Farah Waheda Wahid
50
Source Extracted from Google
Memang tak dinafikan ini adalah salah satu cara atau strategi untuk menambahkan "likers" di "Fan Page FB"... Tapi cuba lihat masa yang diperuntukkan itu??? Ok, kalau nak membaca juga dalam masa yang cepat kena "like" dulu kan??? Pendapat saya secara peribadi, dan tidak melibatkan mana2 pihak... Hurmm... Ini "like" secara paksa namanya... Akibatnya mungkin ada di antara kita yang nak sangat membaca sesuatu entri tu akan "like" juga semata2 kerana nak membaca entri tapi... "like" yang tidak berfungsi... hu hu hu... sekadar klik sekali lepas tu "page" yang di- "like" itu akan terus diabaikan kemudiannya... Ooopsss "sorry" kalau Cik Puan Bubbly menyentuh sensitiviti mana2 pihak... 

Tapi inilah hakikatnya... adakalanya niat yang murni atau strategi yang dianggap bernas ini membuatkan penyinggah2 di laman web atau blog kita akan akhirnya hanya meninggalkan laman web atau blog tersebut begitu saja... sebab nak tunggu masanya sangat lama kot dan nak "like" mungkin tidak relevan kepada penyinggah2 tersebut kerana mereka tahu hanya menambahkan "page" yang mereka "like" yang mungkin bakal membanjiri "news feed" mereka di FB yang mereka rasakan tidak perlu...

Maaf kalau secara jujur Cik Puan Bubbly mengakui yang Cik Puan Bubbly memang tak akan tunggu!!! kalau begini... macam gambar di atas... bila buka dari "office" dengan FB kena "block" (di "office" FB cuma diakses dari Ms. Apple Cik Puan Bubbly sahaja... )...terpaksa menunggu untuk satu jangka masa yang lama untuk membaca entri atau melawat laman web atau blog tersebut... hu hu hu... memang jawapannya... Cik Puan Bubbly akan meninggalkan laman web atau blog tersebut tanpa meninggalkan sebarang jejak (ahakss...walaupun tau jejak Cik Puan Bubbly ni bukanlah penting pun)...

Hurmm...kurang pasti, sebab tak pernah buat begini... adakah masa menunggu terbabit boleh di-setkan ataupun memang secara automatik... "any idea peeps???"... Pernah juga ke blog2 dan laman web lain, tapi ada juga yang masa menunggunya tak adalah lama sangat... kalau sekadar 30 "seconds" tu rasanya masih boleh tunggu lagi...tapi kalau dah masa lama sangat macam kat atas tu, bila Cik Puan Bubbly melawat di "office" pada waktu "office hour" dalam waktu2 "take 5"...memang tak dapeklah nak nolongnya... Memang terpaksa ditinggalkan...

Jadinya, pada siapa2 yang mempunyai "pop up to like your FB Page like this"... fikir2kanlah masa menunggu tu... adakah berbaloi ataupun tidak??? untuk trafik "uols"... 

*Maaf andai ada yang terguris hati, ini cuma luahan dan pendapat peribadi saya, tak semestinya "uols" perlu bersetuju dengan apa yang saya katakan...cuma mungkin pandangan yang agak berbaur negatif atau "pessimist" dari saya... Ampun dan maaf dipinta yer... Tiada niat langsung untuk mengguriskan hati atau menyinggung perasaan mana2 pihak...

Post a Comment

50Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ros pun pernah juga nampak benda tu bila ke sesetengah blog/website.. Memang terus pangkah. perlukan menunggu begitu punya lama macam tu?..

    ReplyDelete
  2. tu lah kan farah.. mmg takkan tunggu la..

    ReplyDelete
  3. pernah jugak jumpa blogger yang pop up window fb yg mereka letakkan terlalu la lama...n what do is..tekan pangkah...

    ReplyDelete
  4. Kita pun notice farah...normally kita tak akan tunggu coz loading time tu tak some time..having considered our ltd time for BW so have no choice kecuali close aje...

    ReplyDelete
  5. like secara begitu tidak bermanfaat sebenarnya kpd kedua2 pihak. Perlu fikir dan letak tmpt mudah dan bukannya secara popup seolah macam memaksa org like page plk...kalu sy pon tak tggu! !

    ReplyDelete
  6. Cara sebegitu memang tak betul untuk d lakukan.. lama sangat masa tu....

    ReplyDelete
  7. @ros_reeza

    memang tak akan tunggu pun ros... rasa macam banyak masa terbazir di situ...

    ReplyDelete
  8. @Raudzah Z

    betul tu, semacam paksaan dear... dan sebenarnya bagus ke fungsinya...kalau sekejap tu bolehlah tunggu lagi kan...

    ReplyDelete
  9. @Nasuha

    masa tu boleh diperuntukkan untuk benda2 lain juga... betul tak?

    ReplyDelete
  10. dorg nk femes cepat..pdhal entry copy paste..haha

    ReplyDelete
  11. Fiza pun tak tggu klu cm nie.. entah aper2...

    ReplyDelete
  12. mmg xde makna nak tunggu... pangkah jek la....

    ReplyDelete
  13. akak sama macam saya. saya terus klik pangkah. hahaha

    ReplyDelete
  14. Memang sakit hati bila keluar benda alah nih.. Asal nak baca je kena like dulu. Tak kuasa nak tunggu =,='

    ReplyDelete
  15. konfem paly buat dekk jer...haha

    ReplyDelete
  16. Saya pling x suke benda ni,,da like pun bila baca tajuk,entry lain dia akan keluar lg..so..out je la

    ReplyDelete
  17. kadangkala bila jua ziarah blog sahabat lain pun ada situasi begini..biasanya jua tinggalkan/abaikan kerana kesian pada sahabat lain juga yang perlu kita ziarah mereka..

    ReplyDelete
  18. fokus pada sahabat bolgger yang lain terlebih dulu..

    ReplyDelete
  19. husna pon pernah jugak alami peristiwa tu.. seriously, memang tak tunggu lama, terus pangkah.. cari sources lain..muehehehe..

    ReplyDelete
  20. tau takpe....dari excited na bace trus takde mood da..huhu

    ReplyDelete
  21. Eraz pun tak suka blog yang macamtu..

    ReplyDelete
  22. Saya akn trus klik butang pangkang atas window... huhu.. ni kes dera nama nya.. huhu

    ReplyDelete
  23. @hazwan hairy

    itu bukan caranya kalau nak femes pun... hu hu hu...

    ReplyDelete
  24. @Hafiza AizZawa

    ntahnya rasa macam buang masa jer kalau tunggu fiza...

    ReplyDelete
  25. @Kaseh Wee

    memang ramai yang akan ambil tindakan macam tu...

    ReplyDelete
  26. @Ainim Suju

    ainim, nama pun adik beradik kan??? lagi2 I Love You... muahahaha....

    ReplyDelete
  27. @Anis Anisa

    kadang2 tu mengeluh sendiri bila jadi macam ni...

    ReplyDelete
  28. @atien zuraidah

    ha ah atien, ada juga yang bila kita dah klik dia pop up balik...memang sakit hati dan nyampah...

    ReplyDelete
  29. @PeRdU cINta

    betul tu, sahabat blogger lain pun perlu kita lawati, takkan nak buang masa kat situ jer kan?

    ReplyDelete
  30. @Eraz Fadli

    ramai yang tak suka eraz...tapi nak buat macam mana kan? jawabnya tutup jer browser tu...

    ReplyDelete
  31. @Maria Firdz

    wah serious bunyinya tu maria, kes dera...he he he...

    ReplyDelete
  32. @Faizal Mohamad Twon Tawi

    terima kasih faizal kerana sependapat dengan saya... ^_^

    ReplyDelete
  33. sama! sy pun takkan tunggu.. huhu

    ReplyDelete
  34. kalau akak terus delete padam malas nak baca ....

    ReplyDelete
  35. Mieza paling pantang kalau masuk blog yang ada pop up LIKE macam ni.. Memang tak ar ak tunggu2 nih.. Banyak lagi blog lain yang boleh baca.. Kan dah rugi tu.. Tak pasal2 trafik merudum..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !