Kepentingan Keselamatan Makanan!!!

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Rasanya seantero Malaysia memang kecoh dan gempar dengan berita Maut Makan Ayam Masak Merah dan tak perlulah Cik Puan Bubbly nak ulas lebih lanjut tentang berita ni sebab rasa2nya berita ni juga merupakan "trending" selama 2 hari yang lepas... Cumanya di sini, mungkin saya boleh berkongsi hasil pembacaan saya tentang Kepentingan Keselamatan Makanan di SINI

BAGAIMANA UNTUK MEMASTIKAN MAKANAN SELAMAT???
Kawalan Suhu
Suhu makanan yang menggalakkan pembiakan kuman berbahaya adalah di antara 5 darjah Celsius dan 60 darjah Celsius. Ini dipanggil "zon suhu berbahaya". Untuk menyimpan makanan dengan selamat, langkah2 berikut perlu diamalkan:
1. PERATURAN 1 JAM: Jangan biarkan makanan di simpan di bawah "zon suhu merbahaya" lebih daripada 1 jam.
2. Simpan makanan sejuk di dalam peti sejuk di bawah 5 darjah Celsius sehingga sedia untuk dimasak atau dihidang.
3. Simpan makanan panas di dalam oven atau pemanas lebih daripada 60 darjah Celsius, sehingga sedia untuk dihidang untuk dimakan.
4. Sejukkan baki makanan secepat yang mungkin (dalam masa 2 jam selepas dimasak). Jika perlu panaskan semula dengan secukupnya sehingga keluar wap.
5. Jangan sesekali menyahbeku makanan di atas meja. Nyahbeku perlu dilakukan di dalam peti sejuk selama semalaman.

Masak Makanan Dengan Sempurna
Makanan mentah seperti daging, ayam dan ikan mengandungi beban kuman yang tinggi. Tetapi melalu cara memasak yang betul, kuman dapat dibunuh dan nilai zat makanan dapat dikekalkan.

Elakkan Pencemaran Silang daripada Sumber Lain
Kuman boleh merebak daripada daging mentah kepada sayur-sayuran atau buah-buahan yang tersentuh dengannya. Kuman juga boleh merebak daripada makanan mentah ke dalam makanan yang telah dimasak jika menggunakan peralatan yang sama tanpa dibasuh terlebih dahulu dengan bersih. Ini akan menyebabkan keracunan makanan yang serius. Tahu tak "uols" yang ramai kanak2 yang meninggal dunia di Amerika Syarikat dan Jepun disebabkan oleh daging mentah yang mereka makan telah dicemari dengan bakteria E.Coli O157H yang sangat berbahaya??? E.Coli 0157H boleh menyebabkan pendarahan dalam badan, kerosakan ginjal dan kematian.

Manakala bakteria salmonella (yang dikaitkan dengan kes maut makan ayam masak merah tu pula) adalah bakteria yang dapat membuatkan kita sakit perut, demam dan cirit birit selama berhari2. Nama sains bakteria ini adalah Salmonella Enteritidis, dan jangkitan akibat Salmonella disebut Salmonellosis. Bakteria Salmonella sering dikaitkan dengan telur, kerana ianya memang hidup dalam telur ayam. Sebenarnya, Salmonella bukanlah bakteria baru. Sejarah pernah mencatat jangkitan tersebut sudah ada sejak lebih dari 100 tahun yang lalu. Bakteria Salmonella ini pada mulanya ditemui di Amerika secara besar2an. Ramai yang dijangkiti Bakteria Salmonella. Setelah dikaji didapati bahawa sumbernya adalah telur yang dihasilkan dari 2 penternakan ayam di Lowa Amerika Syarikat. Akibat jangkitan bakteria tersebut, sebanyak 500 juta telur ditarik dari pasaran, kerana dicurigai tercemar dengan Bakteria Salmonella. Mangsa yang terkena jangkitan kuman Salmonella biasanya akan merasa sakit perut yang kuat dan memulas2, cirit birit dan demam antara 12 jam sampai 72 jam setelah makan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella. Keadaan ini menyebabkan mangsa kehilangan air yang banyak dalam badan yang boleh menyebabkan kerosakan organ, tidak sedarkan diri dan dalam keadaan yang serius boleh membawa maut sekiranya lambat menerima rawatan.

Untuk Mengelakkan Pencemaran Silang
1. Asingkan makanan yang dimasak daripada bahan mentah.
2. Basuh dengan bersih peralatan dan permukaan yang telah bersentuhan dengan makanan mentah dengan sabun.

Kebersihan Diri
Manusia dan haiwa peliharaan juga membawa kuman dan boleh mencemari makanan serta menyebabkan keracunan makanan.
1. Amalkan tabiat membasuh tangan selepas mengelap hidung dan mulut serta sebelum menyentuh makanan. Kebanyakan penyakit dan kuman boleh dihindari dengan amalan mencuci tangan.
2. Jangan menyediakan makan untuk orang lain jika "uols" tidak sihat - terutamanya jika "uols" mengalami cirit birit dan muntah.
3. Jangan sesekali membiarkan haiwan peliharaan masuk ke dapur atau tempat penyediaan, penyimpanan dan menghidang makanan. 

INGAT PERATURAN 1 JAM yang dinyatakan di atas semasa menyajikan makanan secara besar2an; katering, kenduri, jamuan dan sebagainya. 

Makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur. 

Hurmm...apa yang jadi kita jadikan iktibar dan semoga insiden yang sama tidak akan berulang dan tidak kira siapa saja pun, kita semua kena pastikan pengendalian penyediaan, masakan dan hidangan makanan yang betul supaya dapat mengelakkan perkara2 yang tidak diingini dari berlaku.

Salam takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga serta mangsa2 yang terlibat iaitu Mohd Nor Rahmat Yusof (11), Nurshazana Mohd Rashid, Ibrahim Mohamad (62) serta Wan Razali Wan Yaacob (56). Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. aah mmg terkejut dgn berita tukan.. skrg nak pegi makan kenduri pun dah jd takut. alfatihah dan takziah kpd keluarga mangsa

    ReplyDelete
  2. salam takziah..bahaya kan..sebab tue kepentingan menjaga kebersihan makanan & memlih bahan mentah tue penting

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah dan takziah ... sama2 kita menjaga kebersihan tq atas info :) jom terjah blog Abeeh ttp://brotherssam.blogspot.com/ .. atau instagram Abee > Brothers_sam

    ReplyDelete
  4. Al fatihah buat semua mangsa.. memang menakutkan. kadang-kadang kita pandang remeh tentang makanan. tapi, sebenarnya penjagaan kualiti makanan amat penting.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg bagus. memang betul kita ambil berat benda itu semua. jika tidak orang lain yang menjadi mangsanya. takziah untuk mangsa dan keluarga...

    ReplyDelete
  6. Nama E.Coli dan Salmonella ni sgt2 popular masa tgh belajar dulu :D

    Lepas kejadian tersebut, memang ada sedikit rasa takut. Terima kasih di atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  7. memang rasa trauma kalau begini...hari tu masa kenduri adik akak pun terkena cirit birit akibat makan ayam masak merah...

    ReplyDelete
  8. virus salmonella ni menakutkan la, mcm x caya blh bawa maut, apepun takziah buat keluarga yang menimpa musibah ini, n pada kita yang still sihat kena beware kan tentang kebersihan makanan...

    ReplyDelete
  9. mmg terkejut dgn berita yang boleh bawa maut lps makan kenduri haritu..
    apa2 pun kita perlu berhati2 memilih/ memasak makanan =)

    ReplyDelete
  10. takziah pada mangsa yang terlibat..al-fatihah

    ReplyDelete
  11. betul tu, KA sampai skng cukup takut nak makan ayam masak merah kecuali yg dimasak dirumah. sebab pernah kena sekali makan kenduri satu family keracunan teruk tau !

    ReplyDelete
  12. kesian.....tak sangka boleh jadi mcm tu. CiM kalau gi kenduri, mesti makan ayam masak merah dan elakkan dalca. sbb biasanya dalca yg akan berbuih dan kurang enak baunya bila majlis dah melewati tgh

    ReplyDelete
  13. Baca entry ni terkenang pula kejadian di kenduri kahwin tu, kesian keluarga simati. Kesian juga pada tuan rumah. Siapalah yang nak kejadian macam ni kan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !