![]() |
Source Extracted from Google |
Setakat ini??? Masih belum pernah "miss" lagi episod2 Jodoh Itu Milik Kita... dan sememangnya dah jadi "addicted" kot dengan siri ni?
Drama Jodoh Itu Milik Kita ini sepertimana ramai orang tau, dilakonkan oleh Tiz Zaqyah (Dahlia), Farid Kamil (Aariz), Syazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua Francis) dan Ziela Jalil (Puan Marina).
Drama ni bermula dari 19 Ogos 2013 di Astro Mustika HD (saluran 134) dan sememangnya bagi saya, bila dah baca novel ni kannn??? Pelakon2 yang dipilih memang sangat bersesuaian dengan karakter atau ciri2 watak yang digambarkan di dalam novel. Setiap kali bila menonton episod yang baru mesti tak sabar nak tengok episod yang seterusnya...dan disebabkan itu... jeng jeng jeng...dari konon2nya tak nak beli novel ni, jadi terjebak dan terbeli juga novel ni akhirnya... Sanggup tu "spend" masa "weekend" yang baru lepas ni semata2 nak menghabiskan diri dari membaca novel ni... Tak sanggup rasanya nak tunggu lagi.. Tengok tu keterujaan Cik Puan Bubbly..melampau tak melampau?
Sinopsis dari novel pula...
"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih sayang yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia
"Okeylah, okeylah, Just kidding, Dahlia Darius bukan isteri yang baru saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan oleh Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial.
"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yang bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?
Macam tulah lebih kurang sinopsis novel Jodoh Itu Milik Kita...Memang "intriguing peeps"...Tak dinafikan bila baca novel ni, asyik tak sabar jer nak tau "what happen next"... *_^ wink wink... Dan bila dah habis baca memang legalah...macam rasa satu kepuasan... Sanggup tu, depan tv pun bawak novel ni nak baca, sebelum tidur, dan sanggup cuti "blogging uols"...wakakaka....
Cerita penuh kat "uols"? Alaaa...tak mau lah... "I don't want to kill the fun" untuk "uols" yang setia mengikuti cerita ni... Tunggulah "episode by episode" baru ada "thrill"...
Sikit jer... Aariz Danial bersamaan dengan??? Ezequiel Ferdinand Mendoza!!! *_^ ... Pada yang dah membaca novel ni tentunya tau "what's it all about" kan??? Pada yang tidak membaca dan hanya "follow" drama ni...selamat menonton "peeps!"...
salam , owh minat erkkk drama melayu , Abee jrg tgk citer melayu kat umah wife Abee layan korea drama jerr dkt One HD .. Abee Dh klik $$ Anda .
ReplyDeletesaya dah baca...ceritanya memang best...harap2 yang didramakan pon lagi best dari novel...heheheh ^_^
ReplyDeletejodoh itu rahsia Allah....salam blogging. dah klik $$$
ReplyDeleteSalam Isnin...pasti tak sabar menunggu malam ni utk mengikuti sambungan seterusnya...
ReplyDeleteSaya pula...xminat cite2 bersiri panjang2 ni, hehe
adaptasi dari novel lagi..tak tengok pun citer nie farah...tp klu baca sinopsis tu macam best jerk..
ReplyDeleteohhh...belum pernah tengok lagi ler Farah drama nie....hihi
ReplyDeletewow...kita serupa tp xsama akk..heheh.. nyue weekend mgila baca novel love you mr.arrogant heheheh...
ReplyDeletesally tak sempat dh nk tgk movie gini...berebut tv dgn abg sally hahaha
ReplyDeletetidak berkesempatan untuk menonton cerita ni farah..dapat catch up episod 1 dgn 2 je lepas tu dah zzzzzzz....hihihihi tak tau apa jadi dh sekarang ni..
ReplyDeleteUmah kite takde astro.. Tak merasa la nak tengok.. Kena cari novel jugak nampak gaya nih.. Ngeeee~
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
pembawaan baby agaknya hehe..
ReplyDeletetak tengok citer ni Farah..mcm best je
wah samalah..cik akak pun suka juga tengok drama nie...adoi lentok habis dibuatnya..huhu
ReplyDeleteala..dh bpe hri miss tengok cita nih..hihi..
ReplyDeleteapa motif shafiq tu eh..
farah tak tgk pun drama nie..huhuhu
ReplyDeletePatut pun tak pernah tgk...tak de Astro mustikalah Farah..
ReplyDeleteala, Ros tak pernah tengok. sebab tak langgan channel tu .
ReplyDeletedok pegang2 gak buku novel ni tp skg skg xbeli2 sbb pk tb byk sgt novel xbace lgg
ReplyDelete