Jadi PenglipurLara: Love You Mr. Arrogant!!!

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Siri ni memang tengah "hot" kat TV3 sekarang kan??? Hu hu hu... Dan saya sendiri sebenarnya dah 2 kali khatam membaca novel ni... (tak ada apa yang nak dibanggakan pun, bukannya kes khatam al-Quran ye tak??? muahahahaha...kalau khatam al-Quran tu haruslah rasa bangga pada diri sendiri, tapi bukan bermaksud harus riak pada orang dan jadi riak pada diri sendiri serta Allah ye tak???)... Hurmmm... 

Dan sinopsis novel "Love You Mr. Arrogant" ni pernah dikongsikan oleh saya di Bubblynotes pada 29 Disember 2012 di dalam entri INI .... Jadinya tak perlulah saya kongsikan lagi sekali kan sinopsis novel ni... 

Jangkaan sayalah kan??? Mama saya ni kurang berminat dengan cerita2 atau siri macam ni...selalunya dia suka jenis yang "action pack" ataupun "thriller"... Wakakaka...dahsyat mama "ai" tau... Yelah dah nama pelakon pujaan dia pun "Steven Seagal" dan "John Travolta"... lagi satu kegemaran baru dia "Jason Statham"... memang suka bangatlah dia... 

Tapikan...jangkaan tu meleset kali ni...wakakakaka...tiba2 masa hari Rabu hari tu, masa iklan tentang siri ni diiklankan mama berbunyi... "Cerita ni "best" tau dik!!! Sherry tu jahat, mak dia tu "Norish Karman" tu kan entahlah tak tau nak cakap apa... "... Terus saya jawab... "Ma, ni novel yang adik dah baca, dah 2 kali dah pun khatam..."... 

Lepas tu terus meneruslah dihujani soalan yang bertubi2 tentang jalan cerita yang sebenarnya... Dan terpaksalah anak mama yang sorang ni jer...tak ada 2 tak ada 3 melayan serta menjawab setiap soalan yang diajukan... Dari cara bertanya memang minat habis nampaknya...he he he .... Dah tetiba saya jadi penglipurlara untuk mama... 

*Tapi bila dah jawab soalan2 tu semua rasa lega, sebab lepas ni mesti dah tak tanya dah apa jadi, apa jadi...he he he... sebabnya dia dah tau pun apa yang bakal jadi bila anak dia yang sorang ni dah cerita sampai habis jalan cerita novel ni dan juga pengakhirannya.... Lepas ni kalau ada cerita baru, mesti dia tanya juga... macam cerita Jodoh Itu Milik Kita... dah mula dah bertanya2 tu... kena siap sedia nak jadi penglipurlara jerlah lepas ni... *_^

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. isnin - khmis mmg lyn jer citer ni.. best.. :)

    ReplyDelete
  2. masalahnya suami sy pun tersangkut jugak... huhu

    ReplyDelete
  3. suruhla mama pulak baca buku tu..kot2 masa farah keluar kerja dia dah start baca novel pulak tak..muahaha...lama-lama seronokkan cerita tu..tapi kalau bab novel sure dapur tak berasap...hahaha

    ReplyDelete
  4. @Lilynn Wifey Sham

    Farah selalunya layan sebelum tidur, lewat sikit dari waktu siaran, layan online jer...

    ReplyDelete
  5. @Kisah Si Dairy

    nak baca tu tak adalah kot kak...ha ha ha... biasanya anak dia ni lah jadi mangsa jadi penglipurlara...

    ReplyDelete
  6. baca novel ja hehe malas nak layan drama :)

    ReplyDelete
  7. @Cik Itah@RRP

    akak dua2 suka melayan... tapi novel tu kalau it caught my interest lah...

    ReplyDelete
  8. mmg tiada bantahan..cite ni best
    cume kekdg mase x mengizinkan utk akk follow..
    lepas ni baca novel jugaklah kott

    ReplyDelete
  9. dah2...jgn citer2 kat sini...hahahaha....biar akak tgok sendiri tau....sweet jer irham tu bila dia emmang jatuh cinta ngan Zaraa...well one of my friend letak nama anak dia Zara Zhea...adeh..penangan betul la...

    ReplyDelete
  10. memang layan citer nie...best sesangat....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !