Hutang Suami Kepada Isteri???

Farah Waheda Wahid
21
Source Extracted from Google
"Boleh tak kita mencuri duit dari poket suami untuk kegunaan keperluan rumahtangga?"...Gulppp...siapa yang pernah buat macam ni? Setakat ni, belum pernah lagi tergamak nak buat perkara yang macam ni dan moga2 dilindungkan dari perbuatan sebegini...Nak minta jer elok2 ye tak? 

Kenapa harus isteri mencuri haknya sendiri yang tidak suami tunaikan??? Dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: "Saya datang kepada Rasulullah SAW lalu saya bertanya bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri2 kami?" Sabdanya: "Berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk2kan mereka (H.R Abu Dawud).

Ayat2 dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya.

Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini, isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya si suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini si isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah SAW:

Dari Aisyah r.a. berkata: Sesungguhnya Hindun datang kepada Rasulullah lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya" Lalu Baginda bersabda" "Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar". (H.R Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak2 yang wajib terhadap isteri itu 7 perkara:

1. Makanan
2. Bahan2 keperluan dapur seperti rempah-ratus (bawang, beras/tepung, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya)
3. Pembantu rumah bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
4. Pakaian
5. Alat2 pembersih badan (sabun, syampu, dan lain2)
6. Perkakas2 rumah seperti perkakas bilik air, perkakas bilik tidur dan sebagainya
7. Tempat tinggal (rumah)
(an-Nawawi: 450-461)

Nafkah suami terhadap isteri yang tidak terlangsai itu akan tetap akan dikira sebagai hutang sekiranya isteri tidak redha. (Baik redha-kan... hu hu hu, kalau tak kesian kat suami2 kat luar sana "uols").

Mengikut Hukum Syara' isteri yang taat dan tidak disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah berhak mendapat nafkah daripada suaminya.

*Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah suaminya iaitu antara lain:

1. Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya.
2. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
3. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa2 sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

Kepada para isteri, andai isteri2 semua redha tidak diberikan nafkah tersebut oleh si suami, maka terlepaslah hukuman untuk suami2 "uols" di akhirat. Tetapi andai isteri tidak redha, persoalan nafkah ini akan tetap dibangkitkan kembali ketika hari penghisaban di akhirat kelak.

Kepada para suami sekiranya nafkah si isteri tersebut sengaja diabaikan, bawalah bertaubat dan langsaikanlah semula hak2 si isteri mengikut kemampuan "uols". Sudah tentu "uols" tidak mahu disekat daripada menjejakkan kaki ke Syurga semata2 kerana hutang "uols" yang tidak terlangsai kepada si isteri. 

Wallahualam.  

*Jadi suami atau isteri ni kena tolenransi dan saling bertolak ansur. Berat tanggungjawab seorang isteri, lagi berat tanggungjawab seorang suami itu kan??? Macam batu besar ooo atas kepala yang sangat berat... Lebih bahaya kalau2 isteri jenis yang depan nampak macam tak kisah tapi dalam hati tak redha, kesian suami tu... hu hu hu... Tak nak banyak soal dan penyakit, suami kenalah langsaikan hutang kepada isteri kan? Tak kisahlah sama ada isteri redha atau tak...Yang isteri pula, jangan ambil kesempatan pula... Dah bagi betis nak peha, bengkok suami tu nanti...sian dia, dan bertimbangrasalah dan pakailah akal fikiran yang waras sikit ye tak? Jangan meminta2 sesuatu yang tidak patut dan di luar kewarasan fikiran... tu namanya dera jugak tu... dera apa? dera mental suami...*_^... Jomlah para2 suami dan para2 isteri kita sama2 muhasabah diri kita dalam hidup bersuami isteri ni kan??? 

Credit: HERE  

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Huhu entry berguna ni..thanks kak :)

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak jd suami..takut isteri xredha suami tgg dosa

    ReplyDelete
  3. Suami isteri kena tahu tanggungjawab masing-masing kan...

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...farah,

    suami dan isteri mempunyai tanggungjawab tersendiri.,,

    mselim3

    ReplyDelete
  5. entry yang bermanfaat farah...al-hamdulillah setakat nie tiadalah mencuri...

    ReplyDelete
  6. sesama ler kita menghargai peranan masing-masing dan redha....

    ReplyDelete
  7. nice sharing farah!
    bagus utk pasangan yg baru kawen..yg lama kawen pon bagus utk peringatan..:)

    ReplyDelete
  8. nice sharing...sgt2 bermakna ni dik...banyak lagi tajuk yang harus adik kupas...

    ReplyDelete
  9. entry berguna..biarpun saya belum berkwhin..dtg jenjalan

    ReplyDelete
  10. Kepunyaan suami kepunyaan isteri jugak kan... keizinan jer yang diperlukan..

    ReplyDelete
  11. setakat skrg x buat la lg Farah sbb xde suami lg..tp harap2 x buat la bila dh kawin nti.hehe

    ReplyDelete
  12. Rezeki sama-sama cari..sama-sama rasa la...jgn la mkn sorng2..nnt x berkat each other...huhu

    ReplyDelete
  13. aah betul kak farah
    kengkadang dek terbiasa, hari2 buat
    moga kita tahu hak masing2
    bertolak ansur, hormati hak org lain
    yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  14. Yang penting, suami dan isteri tahu peranan dan tanggungjawab masing2...:D
    Nice sharing Farah!

    ReplyDelete
  15. Redhakanlah segala2nya.. Semoga suami juga redha setiap kekurangan isteri juga.. Amin..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  16. cita-cita nak jadi isteri solehah..tapi susahnya :(

    ReplyDelete
  17. as salam farah, pagi ini kakak singgah di rumah farah yang sungguh indah ni.....wah! tersentap kakak bila membaca n3 farah yang ini, farah sudah berjaya menyampaikan sesuatu ilmu dan peringatan yang sangat bernilai buat para suami isteri di luar sana, tahniah! farah, teruskan berdakwah walaupun sukar untuk melakukannya, insyaAllah jika ada para suami isteri di luar yang menjadikan n3 farah ini sebagai titik permulaan mereka untuk berhijrah adalah suatu yang besar untuk farah kurniaan Allah Taala. kakak pun turut mendapat peringatan daripada n3 farah ini. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  18. sblum dan slpas khwin, carilah ilmu rumhtgga..spyarkun dan damai...nice sahring...

    ReplyDelete
  19. Suami Isteri haruslah bertolak ansur. Saya ada terbaca tidak ingat di mana bahawa si isteri tidak boleh sesekali mengungkit pemberian yang diberikan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !