![]() |
Source Extracted from Google |
Merokok ni ibarat membakar duit!!! Setuju tak "uols"??? (matilah abang2 dan adik2 "smokers" marah akak...heeee...). Tapi betul kannnn??? Kalau sekarang ni harga sekotak rokok RM10.50... kita buat matematik sikit...
Perokok 1 Kotak Rokok Sehari
RM 10.50 x 1 kotak: RM 10.50
Perokok 2 Kotak Rokok Sehari
RM 10.50 x 2 kotak: RM 21.00
Perokok 3 Kotak Rokok Sehari
RM 10.50 x 3 kotak: RM 31.50
Pheww...berpeluh juga tu... bagi saya jumlah kiraan di atas tu, macam2 boleh dibuat dengan duit tu... tapi kalau yang terlebih mampu tu mungkin tak terasalah... Macam mana pun, kalau dah perokok tegar, apa dikisah kan??? Janji berasap... Susulan dari kenaikan harga rokok sebelum ni, ramai juga di antara kawan2 yang saya kenal dah beralih kepada rokok elektronik..tapi kebanyakannya tak kekal lama dengan rokok elektronik tu... hu hu hu... sebab mungkin rasanya tak sama kot??? Hanya mereka yang mengetahuinya...
Dan, baru2 ini, sebenarnya dari minggu lepas lagi suami ada bercerita tentang perkara ni... dikatakan harga rokok akan meningkat naik dari RM 10.50 sekotak kepada RM 12.00 sekotak... Mak ai, mahal gila... Alhamdulillah, suami bukanlah perokok tegar dan cuma "social smoker"... sangat jarang pun nak tengok suami "smoking"... Selalunya dalam sebulan tu boleh dikiralah...Mungkin dalam 2 batang ataupun 5 batang rokok... Alhamdulillah, sekurang2nya duit tak terbazir di situ kan??? ^_^... Berita ini disahihkan lagi dengan berita yang dipetik di bawah:
Syarikat pengeluar rokok hari ini mengumumkan kenaikan mencecah RM 1.30 bagi 20 batang rokok sekotak kepada RM12. Peningkatan tertinggi dan paling mendadak itu susulan kenaikan duti eksais. 14 peratus. Ia kenaikan tertinggi selepas kali terakhir harga rokok dinaikkan pada 3 Jun lalu iaitu sebanyak 3 peratus. Dalam satu kenyataan media, Pengarah Urusan British American Tobacco, BAT, Stefano Clini berkata keputusan meningkatkan harga rokok juga mengambil kira kerugian kesan penjualan rokok haram. Clini berkata kenaikan duti eksais itu boleh membawa peningkatan perdagangan rokok haram. Pada masa sama, JT International, JTI turut mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran dan edarannya berkuatkuasa esok.
Sumber: SINI
Antara harga rokok yang naik adalah seperti yang disenaraikan di dalam gambar di bawah: (sila klik gambar untuk tumbesaran yer???)
![]() |
Source Extracted from HERE |
Semua barang naik kan??? Petrol...rumah... barang2 keperluan asas... rokok... ^_^ tak ada yang tak naik...eh ada...gajiiii...he he he....*_^... Kalau zaman P.Ramlee dulu2... 30 sen boleh beli semeter kain "uols"... sekarang 30 sen boleh beli gula2 jer...tu pun berapa ketul jer... Memang mencabar betul hidup dalam zaman Y2K ni ek? Dan itu menjadikan kita lebih kuat kot??? "Each day thinking and taking action on how to survive"... ^_^....
Adik2 dan abang2 "smokers"... kalau mampu terpulanglah pun kalau terus nak membeli rokok serta menghisap tu... tapi kalau agak2 rasa poket akan terkoyak... "maybe it's time to quit smoking".... Saya tau, ramai yang akan cakap bukan mudah... Tapi tak salah mencuba... Tapiiii..... (tapi lagi ye tak???)...kalau dah tak boleh sangat...rasa2nya kena cuba hilangkan ketagih atau gian kepada alternatif kot??? Contohnya...rokok gulung??? rokok daun??? rokok elektronik??? Hurmmm...
"Peace No War!!!"
*Kalau berhenti lagi bagus kot??? Untuk kesihatan??? *_^
bagus harga rokok naik.....
ReplyDeletetapi lepas ini banyak barang lain naik.......
Alhamdulillah... Suami sy x merokok.. Jimat2... Tapi klu dh perokok... Beratus pun dia snggup rasanya..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteeh naik da ye...huuuu
tu la..lau rokok naik hrge tgi pon xpe..biau kat perokok2 lua sana tu mderita skit nak beli..huu tapi jgn la nek benda lain..kite ni pula yang sakit nti...heeee
perokok tegar ni tak kira dah naik mahal pun beli jugak...betullah membazir sangat beli rokok ni,sama je macam bakar duit...kalau suh bakar duit mesti diorang taknak...macam mana lagi nak buat ye..
ReplyDeleteTapi...walau harga naik macam mane pun..mereka tetap beli jugak kan..tak taulah kalau harga rokok meningkat naik smpi 60-70%..agak2 mereka akan fikir banyak kali kot nak beli rokok tu..
ReplyDeletesetuju sangat harga rokok naik.. semoga ramailah orang yang insaf dan berhenti merokok.. tapi jika dah perokok tegar tu memang tak peduli harga naik..
ReplyDeletewalau harga rokok naik, mereka tetap akan merokok.. :)
ReplyDeleteBagus sangat harga rokok naik. Tak tahan betul dengan baunya. Nasib baik suami tak merokok. Lega!
ReplyDeletepadan muka smoker..
ReplyDeletesat2 g mne2 bni yg laki nye mrokok tu ..tayah hidang lauk sesedap atas meja..
susun cantik2 rokok kt atas meja tu ..
kasi tnjuk protes skit ...
hahaaa :P
tp mne yg rsa 'mahal' tu dah slow dah smoke..bgus jgk la skit naik hrga rokok ni ..huhu
lepas ni nanti semuanya naik... huhuhu
ReplyDeletebagus jugak rokok ni naik...moga para perokok ni sedar ia membebankan..
ReplyDeleteharap lps nie ramai yg brhnti merokok..huhu
ReplyDeleteNasib baik hubby saya tak merokok :D
ReplyDeleterokok nak naik sampai beribu ringgit sekotak pun saya tak kesah. biar diorg stop smoking hehe.
ReplyDeleterokok naik takpe, kenit setuju sangat hehehe :D
ReplyDeleteMacam takde kesan je kak..saya rasa kalau yg tegar tu tetap akan beli juga
ReplyDeletedah sama mahal dgn ayam dah..hehe
ReplyDeleteAh ah..mahal betul tu..lebih baik bli ayam,masak makan kenyang stu family ni...isap rokok daun jela kpd perokok2 tegar nnti.hehe
ReplyDelete