![]() |
Source Extracted from Google |
"Holla...holla..."... ^_^... Ada yang mencari ke semalam??? Kalau tak ada pun tak apa... sekejap jer pun menghilang kan??? Bukanlah berminggu2... Kalau berminggu2 tu haruslah hairan mana perginya ye tak??? Itupun kalau ada yang nak hairan....ihikss...*_^
"Since" dah berada dalam trimester terakhir ni, kawan2 selalu pesan suruh siapkan beg junior dalam bonet kereta... Memang ada betulnya pesanan mereka itu dan pesanan itu diterima dengan sepenuh hati dan ikhlas... Baguslah kan??? Ada kawan2 yang "caring" dan sentiasa mengingatkan perkara2 yang mungkin kita alpa atau terleka??? Terima kasih kawan2 kerana memahami keadaan diri ini dan prihatin... Sayang "uols"... Walaupun berminggu2 lagi tempohnya sebelum tiba tarikh saya dijangka bersalin, rasanya inilah masanya untuk mengemas beg hospital bagi kesemua barangan yang saya perlukan semasa waktu2 itu dan selepas junior dilahirkan. Nanti tak adalah kelam kabut kan?
Setiap hospital mempunyai polisi berbeza mengenai apa yang boleh kita bawa bersama ketika hendak melahirkan. Kita mungkin (mungkinlah)... nak bawa beberapa barang peribadi daripada rumah seperti bantal atau kusyen kegemaran untuk menjadikan persekitaran di bilik hospital selesa dan tidak berasa terlalu seperti di hospital. Tapi saya tak kot, sebab fikirkan mungkin hanya semalam jer pun duduk kat hospital tu, lepas tu dah boleh balik rumah manis rumah dah....ahaksss... Harap2nya macam tulah...
KEPERLUAN DIRI SENDIRI SEMASA PERINGKAT AWAL KELAHIRAN
1. Pelan kelahiran.
2. Gaun tidur. Ia berguna kalau kita mahu berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa peringkat awal kelahiran. Ye lah mana tau kot2 "boring" pula kan??? (erks, masa ni ada fikir nak berjalan2 ker kalau dah sakit?)
3. Selipar.
4. Stokin. Percaya atau tidak, dikatakan kaki kita boleh menjadi sejuk semasa kelahiran.
5. Baju tidur atau kemeja T lama untuk dipakai semasa kelahiran, jika kita tak nak pakai gaun hospital. (boleh ke??? "spare" jer lah....)
6. Minyak urut atau losyen, kalau nak diurut semasa kelahiran lah....
7. Pelembap bibir. Ahaksss...sempat juga...
8. Snek dan minuman untuk diri sendiri semasa dalam peringkat awal kelahiran atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan diri sendiri terus bertenaga.
9. Jam tangan dengan jarum saat untuk mengukur jangka kontraksi diri sendiri.
10. Kamera digital atau "camcoder"...Kalau nak bawa "camcoder", semak dengan pihak hospital dulu kerana tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin... Tak bawak kot??? Cukup dengan Ms. Apple jer....*_^
10. Bahan2 yang menenangkan, buku, majalah dan sebagainya.
11. Kelengkapan peribadi
KEPERLUAN SELEPAS BERSALIN
Semasa di hospital, kita mungkin memerlukan:
1. Sesalinan pakaian untuk pulang ke rumah. Ia akan mengambil sedikit masa untuk perut kita mengecut jadi masih perlu memakai pakaian mengandung atau kain batik dengan t-shirt bila pulang ke rumah.
2. Pakaian dalam menyusu, sekurang2nya 2 atau 3 helai.
3. Pelapik payudara untuk apabila susu badan kita mula mengalir.
4. Tuala wanita selepas bersalin jika tidak disediakan secara percuma oleh pihak hospital.
5. Kelengkapan peribadi termasuk tuala, sikat, berus gigi dan ubat gigi.
6. Ms Apple semestinya dan "charger". "Handphone... uols" ler...saya panggil phone saya Ms. Apple...ekekeke...
KEPERLUAN "BABY"/ JUNIOR
1. Baju "baby"
2. Selimut
3. Lampin / "diapers"
4. "Mittens and socks"
5. Kain bedung
6. Topi
7. Segala bagai losyen/minyak (kalau diperlukan "spare" jer... )
8. Barut "baby"???
Lagi apa ek??? He he he...
Al-maklumlah tak ada pengalaman lagi... baru nak berpengalaman... lagi apa "uols"???... siapa2 yang pernah ada "experience" tu, cuba kongsi sikit kalau rasa tak kedekut ilmu...wakakakakaka... *_^...Ke sebenarnya dah "complete list" tu??? La la la la...
banyak hospital tak bagi handphone @ duit dibawa sekali, waris yang kena pegang barang itu, takut hilang nanti, sebab akak ada pengalaman orang sebelah katil hilang handphone semasa bersalin dulu.
ReplyDeleteBarut baby tak perlu....hihi
laa..jap je rasa...dh minggu akhir...mg selamat bersalin nnt dan dipermudahkan..yer...
ReplyDeletebw sekadar perlu saja...sbb bkn lama dok kat spital tuu..paling lama 3 hari je kot....
tengok barangan baby tu dah ok kot...
ReplyDeletetapi untuk ibu junior tu...
Snek dan minuman???? apakah...perlu??
muahaha...sempat ker nak makan snek...hehehe...xsabar nak tunggu junior keluar dah nie...
belum ada pengalaman lagi la akak hehhee
ReplyDeleteTak care kak..dan semoga selamat melahirkan baby nnt :)
ReplyDeleteJemput singgah blog zai, ade update baru :)
perempuankampungmoden.blogspot.com
tips yg bagus buat persediaan ni kak farah..kak farah da bape bulan?take care tau.. ;)
ReplyDeletebile dh start prepare brg keperluan nk ke spital, misti dh terasa kenebesannya kann
ReplyDeletetp dr pengalaman akk, mmg list kemain pjg mende nk angkut, last2 nan hado
paling2 baju baby ngan baju kite tuk sari jek..lenlain kut bwk pon x gune kikiki
tp x salah bwk..akk jek yg sempoi huhu
selain barang keperluan di atasd ada benda lagi kene standby dan wajib ada ... handphone dan charger hehehehehe.
ReplyDeletesweater jgn lupa..sejuk juga tau..
ReplyDeletesma2 la kita buat checklist ye..
ReplyDeletesaya pon xberpengalaman jgk..huueee
wah,tak lama da akak ye...semoga dipermudahkan segalanya....amin:)
ReplyDeletesy pon rasa macam da complete checklist tu..hihi cuma tambah kain batik utk ibu dan plastik je utk isi uri nanti..
ReplyDeletethanks for the tips.. :)
ReplyDeletestokin utk mak tu mmg sgt2 perlu sebab sejuk nanti..jam tayah kot sebab mmg dah ade jam depan mata lam labour room tu..atau tak semua hospital ade kot..ntah la..bawak jela kalau rajin..hihi..
ReplyDeletesemoga selamat semuanya nanti farah..push nanti jgn angkat buntut tau..:)
good lah farah..:)
ReplyDeletehehehe husna pon tak pasti apa yang tak cukup..
ReplyDeletetapi apa2 pon get ready and take care!! =)
xde pengalaman..
ReplyDeletextau nak tmbh ape lgi..huhu
beshnyer nak dpt bby..^_^
Akk bw bj bb ngan bj akk je dulu. Lain lain klw bw x guna pun.
ReplyDeleteSelamat mengemas farah. Nanti pntg kt mn
lengkap ni.. Ros tak ada pengalaman. boleh jadikan panduan ni.
ReplyDeletehandphone if kat spital kerajaan x yah ler bawak..bag duit pun..pad utk ibu bersalin dah beli?hahahaha
ReplyDeleteNice sharing kak :)
ReplyDeleteSaya dulu setiap kali tepon mak meti tnya bag dh sedia.. masuk 7 bln kna ready dh spttnya.. tapi dok wat relax je lagi.. hehe.. yg 2nd ni kna standby awl2 gak..sbb org kata mkin cpt...
ReplyDeletepesediaan yang rapi akan memudahkan ibu dan bapa...
ReplyDelete@Sukma Haron
ReplyDeleteooo barut tak perlu ek kak...ok noted... thank you...
@izan mama mia
ReplyDeleteminta2 tak adalah lama sampai 3 hari kak...semalam jer cukup lah...