Gaji RM6K Sukar Beli Rumah???

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from FB
Malam semalam sewaktu melayari internet... ^_^ (skemanya ayat) dan melayan FB, tiba2 terjumpa satu keratan akhbar yang berbunyi seperti di atas... Hurmm, rasanya ini semua gara2 tentang kenaikan harga rumah yang boleh dikatakan secara mendadak juga ni... Dan impaknya adalah sangat besar kepada semua orang kot??? 

Nak beli rumah sekarang ni bukannya mudah ye tak??? Rata2 memang tak dinafikan harga rumah memang tinggi dan nak jumpa rumah berharga bawah RM100K tu memang sangat payah dah kot??? Dan fakta keratan akhbar tu sendiri menyatakan... pembeli rumah sukar mencari kediaman bawah RM200K...Betullah tu kot??? Sedangkan di Shah Alam 2 ni pun, harga rumah paling koman pun RM 230K "plus"2.... Tak macam dulu lagi dah macam masa saya beli rumah saya dulu... RM141,800... (ini harga lebih kurang 9 tahun yang lepas)... 

Tengah membayangkan juga ni, logik juga tajuk akhbar ni... Gaji RM6K Sukar Beli Rumah...sebabnya masa nak buat pinjaman perumahan dulu, antara syaratnya yang perlu dipenuhi adalah pendapatan isi rumah mestilah RM3K dan ke atas... Itu semasa harga rumah berharga RM141,800... kalau dah RM300K ke atas??? Mesti nak jumlah pendapatan isi rumah lebih tinggi kan? 

Rasanya mungkin ramai yang faham dan saya juga mungkin faham kenapa Gaji RM6K Sukar Beli Rumah...sebabnya, kalau dah harga rumah tu RM300K ke atas, berdasarkan pengalaman saya bekerja di syarikat "developer" dulu, ansuran bulanan juga boleh menjadi tinggi... antara RM 1.9K sebulan sehingga RM2K "plus2" sebulan... Jadi sememangnya, gaji nak kena lebihlah, kalau tidak nak makan apa? nak "survive" macam mana??? Zaman sekarang ni tak ada yang tak mahal dan tak ada perkara yang tak perlukan duit kot??? Semuanya duit... Asal ada duit, semua benda boleh jadi... Macam tulah hakikatnya "trend" kehidupan zaman sekarang walaupun duit itu bukanlah segalanya dan kita tak mau menjadi hamba duit...betul tak??? Adakalanya bila tersepit dalam keadaan, mahu atau tidak, sedar atau tidak, kita sebenarnya telahpun menjadi hamba duit... Haihh... Melangkah jer setapak kaki kita keluar rumah... duit pun mula berjalan kan??? ^_^... Hakikat... bukannya gurauan... 

*Nasib baiklah dah beli rumah awal2... dan pada "uols" yang masih belum lagi membeli aset yang satu ni, fikir2kanlah cadangan untuk mencuba membeli rumah sendiri sementara harga rumah tak dikhabarkan naik lagi ni... beli rumah dulu sementara masih berpeluang... hu hu hu...kalau dah macam ni gayanya kan??? Sekurang2nya walaupun rumah tu kecil ke, cukup2 untuk ahli keluarga dan tak ada besar sangat "or luxury" mana ke, ada juga tempat berteduh hasil titik peluh sendiri... ermmm... tapi kalau dah payah2 sangat, cari tanah buat rumah sendiri, kalau orang2 tua tu, memang sukalah, sebab mereka rasakan lagi berbaloi... dan puas hati pada mereka... 

Sekadar satu picisan pendapat.... ^_^ 

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ukur baju di badan sendiri...alhamdulillah..walaupun rumah tidaklah berharga beratus-ratus ribu,selesa insyallah...

    ReplyDelete
  2. Salam, saya setuju bebeno dengan entry kamu ni.betul sgt..harga rumah makin tinggii..huhuh..kos sara hidup pun tinggii. .setuju juga dgn pendapat org tua2, beli tanah lagi berbaloi, seriusly

    ReplyDelete
  3. emmm betul tue farah....nasib baik time hubby akak beli murah lagi...apa nak jadi dunia sekrg...semua mahal...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..husband dpt beli umh thn 2010..wp gaji kami bukan 6K..syukur dgn apa y ada..

    ReplyDelete
  5. tu la terkejut jugak Ros tengok keratan paper tu.. huhu.. memang makin mahal harga rumah.

    ReplyDelete
  6. Memang pun sengasara nak beli rumah sekarang ni. Kerajaan kena buat sesuatu untuk mengawal harga kenaikan rumah terutamanya di bandar-bandar besar agar pembeli melayu tidak terus terpinggir.

    ReplyDelete
  7. setuju dengan keratan akhbar atas tu farah. sekarang ni, serius mana da rumah harg 100k ke bawah lagi da. kecuali lah rumah PPRT. tapi, kira bersyukur juga kalau dapat rumah PPRT tu kan. asalkan dapat berteduh dari hujan dan panas juga bahaya. inshaAllah, PG lagi tengah usahakan mencari rumah dalam waktu terdekat. jika belum ke temu, mungkin belum rezeki PG untuk duduk rumah sendiri. hurm.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum awak. dua orang punya gaji skrg pun macam masih sesak je.. semoga tabahlah kita menghadapi dugaan ini :(

    ReplyDelete
  9. sirius..aku pon pening celah mana nak beli rumah mampu milik ni? ujung2 mau balik kg je aku nanti

    ReplyDelete
  10. Betul tu Farah, kami beli apartment pun dah harga seratus lebih....rumah teres kat kk ni mahal, hampir kesemuanya harga dah 300 ke atas...huhu

    ReplyDelete
  11. betul tu farah
    skun harga rumah kemain melambung2
    skun mana ada dah rumah kos rendah or sederhana semua harga sekarang RM200K..mmg lau isi rumah pdnpt 6K mmg x cukup...
    lau kerajaan dah tau rakyat x mampu..buatlah bantuan dan rumah2 kos rendah lagi..kat penang ni mn nak jumpa dah rumah2 yg murah2..semua harga RM200K dah tu pun rumah flat..xtaulah..k.el mmg dah ada rumah..rumah flat je tp sewa kat org..la ni umah skun pulak developer nak amek..caner lah idup k.el pasni..harap2 dipermudahkan lahhh huhu

    ReplyDelete
  12. harga rumah flat pun dah semakin mahal..

    ReplyDelete
  13. mgk akan cari ikut pada bajet kewangan kami suami isteri

    ReplyDelete
  14. fuhhhhh apa nak buat.pakat2 sewa la ramai2 save kos...ehehe :p

    ReplyDelete
  15. Gaji mahal pun payah, gaji rendah pun payah.. Apela kan? Hmmmm..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah... suami mmg dh sedia rumh sblum khwin lagi.., lpas khwin..de rezeki ingt nk beli tanah je kot...

    ReplyDelete
  17. so true..rummah mmg mahal..kat sepang pon dah mahal gila..huhu

    ReplyDelete
  18. nasib la dah ada rumah sendiri sekarang...tp tetap garu kepala jugak bila pk masa depan -___-''

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !