Entri Bubblynotes.Com "Year To Date" 2013

Farah Waheda Wahid
7
Sila Klik Pada Gambar Untuk Tumbesaran
Kemain lagi kan??? Siap ber-graf segala bagai...^_^...Bukan apa, sekadar memantau momentum entri yang di'"post" di Bubblynotes sendiri... Setakat ke hari ini bermula dari 1 Januari 2013...rupa2nya saya dah membebel sebanyak 786 entri sehingga bulan September 2013. Huh...banyak juga akak membebel ek? Dah nama pun "bubbly"...memang bersesuaian sangatlah dengan temanya tu ye tak??? ^_^...

Bila diperhatikan dan dikaji sendiri... bulan Januari 2013 adalah bulan yang paling banyak entri berbanding bulan2 lain... Masa ni belum "preggy" lagi...ahaksss... tapi masuk bulan2 yang seterusnya dah mula "up and down gradually"... Entri yang paling sedikit buat masa ini adalah pada bulan Ogos 2013... Sebab raya gamaknya tu...he he he... 

Bukan senang "uols" nak kekalkan momentum tu... ada masanya disebabkan kekangan masa, ada masanya disebabkan oleh kekangan idea itu sendiri (tak ada benda nak cerita...*_^), ada masanya juga disebabkan kemalasan yang melanda...dan ada masanya juga disebabkan keletihan yang amat dari tugasan2 hakiki seharian... kira berbagai2 serta bermacam2 alasanlah di sebaliknya... 

Walaubagaimanapun, setakat ini, paling tidak sehari mesti ada juga entri kan? Dikecualikan Sabtu dan Ahad. Untuk Sabtu dan Ahad, diri sendiri memberi kelonggaran kepada diri sendiri dalam dunia blogging. "I set my own rules on weekend!!!" Bha ha ha.... 

Kita tengoklah nanti macam mana "last quarter 2013" ni...adakah jumlah2 entri yang bakal di-"post" oleh saya akan meningkat ataupun mendatar ataupun semakin berkurang... Kemungkinan serta kebarangkalian bulan November dan Disember 2013 tu akan berkurang buat masa ini adalah dalam 50% kot? Tapi, In Shaa Allah, saya akan cuba sebaik mungkin (ini berkata kepada diri sendiri) untuk kekalkan momentum itu...Cumanya mungkin ada masa2 tu, mungkin dalam seminggu dua akan menyepi sekejap kot??? (dalam "labour room" dan baru lepas bersalin takkan nak blogging juga kot??? Itu namanya blogger "super" kental tu!!! ahaksss)... Nanti2 kalau Cik Puan Bubbly hilang seminggu dua tu, "uols" tolonglah tengok2kan dan tolong sapu2 habuk2 serta sawang2 kat sini ek??? Jangan biarkan Bubblynotes sedih tau... he he he... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Rajin tul buat graf mcm tu... Hehe tpi betullah bkn sng nk maintain entry ni.. Tepu kpla gak kdg2...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum farah...banyak juga n3 tu moga dpt diteruskn...:)

    ReplyDelete
  3. memang banyak entry .. tahniah.. teruskan kak... :)

    ReplyDelete
  4. Insya Allah kak...nanti saya jadi makcik cleaner kat sini...hehe...semoga dipermudahkan semuanya yer...ada kelapangan updatela pic baby ek...^_^

    ReplyDelete
  5. makin laju dan pantas,...dah lama akak tak main dgn graf...akak suka dengan graf, kalau buat bukan satu graf, tapi macam-macam graf....go ahead Farah.....akak dah sapu sawang kat sini...hihi...

    ReplyDelete
  6. tuu diaa...camne boleh byk sgt idea tu..? siap buat graph!

    ReplyDelete
  7. Banyak tu buat entri. Macamana boleh dapat idea setiap hari camni?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !