![]() |
Source Extracted from Google |
Nak menjadi seorang ibu ni bukannya mudah ye tak??? "I believe" ramai yang bersetuju dengan "caption" ini... ^_^... Untuk menjadi seorang ibu pelbagai perkara yang perlu difikirkan dan pelbagai perkara yang perlu diambil kira...Dan menjadi seorang ibu bermakna, kena bersedia dari segala aspek... Bagi bakal2 ibu dan juga ibu2 yang berkerja ada satu perkara tambahan lagi yang perlu dititikberatkan iaitu CUTI...Betul tak???
CUTI TAHUNAN
Cuti tahunan yang disediakan oleh syarikat, tidak boleh dihabiskan atau dibazirkan dengan sewenang2nya, sebab ada masa dan ketikanya, sebagai contoh, bila pengasuh anak2 memohon cuti daripada ibu bapa anak2... kerana hal2 yang tertentu atau nurseri terpaksa ditutup kerana hal2 tertentu, takkanlah sebagai ibu bapa kita tak ambil berat dan tak bercuti kan? Ini lebih dikatakan sebagai percutian tahunan terancang yang mana salah seorang sama ada ibu ataupun bapa terpaksa mohon cuti tahunan untuk menjaga anak2 masing2... Takkanlah nak biarkan anak terumbang ambing tanpa hala tuju...melainkan ibu bapa mempunyai alternatif... Oleh yang demikian, nak tak nak sebagai ibu atau bapa, kena sediakan cuti2 tahunan "extra" untuk anak2 dalam hal2 yang sedemikian...
Dalam lain hal pula, mungkin sebab nak hantar anak ke sekolah pada hari pertama persekolahan setiap tahun??? Ha ha ha...bulan 12 dah nak dekat, mana2 anak2 yang bersekolah dan mula nak bersekolah tu mesti dah "plan" nak ambil cuti kan??? *_^
CUTI KECEMASAN
Cuti kecemasan ni biasanya orang akan ambil apabila ada perkara2 kecemasan seperti kematian berlaku ataupun kemalangan berlaku. Tapi bagi "parents" pula, cuti kecemasan ini akan diambil bila mana, contohnya, pagi2 nak pergi kerja, anak tiba2 jatuh sakit, contohnya demam panas yang melampau, cirit birit dan yang sewaktu dengannya... tentunya hati tak tenang selagi tak dibawa berjumpa doktor dan tentunya dalam keadaan anak tak sihat, tak sedap hati nak meninggalkan anak di rumah pengasuh ataupun nurseri kan? ataupun tinggalkan dengan "maid" atau nenek atau atuk mereka... pilihan yang ada untuk keadaan yang tidak terjangka ini adalah??? cuti kecemasan... dan dalam kes yang lain pula, tengah2 bekerja di pejabat, menerima panggilan anak tidak sihat atau sakit teruk...tentunya dalam keadaan tempoh waktu yang singkat sebegitu mana ada masa nak "apply annual leave"...jadinya cuti kecemasan sahaja yang ada... dah dapat panggilan sebegitu, takkan nak biarkan ajer anak tu sampai melarat...haruslah balik.... hu hu hu...
CUTI SAKIT
Yang ni mungkin jarang orang buat, tapi saya pernah tengok dan tau... anak tak sihat, si ibu boleh minta cuti sakit dari doktor demi menjaga anak...dan cuti sakit dikeluarkan atas nama ibu... ada...tapi jarang jugalah jumpa...
Setakat ni tu sajalah jenis cuti yang biasa diambil oleh ibu2 bekerja ataupun bapa, tapi yang selalunya cuti ibulah, bapa ni jarang2...he he he... Nampak2 gayanya, tahun depan tak payah nak ber-joli sangatlah dengan cuti tahunan yang ada tu ye tak? (In Shaa Allah, jika segalanya selamat dan lancar)...kena simpan juga untuk keperluan junior tu... dan bersedialah dengan cuti kecemasan dan juga cuti sakit...walaupun sebelum ni jarang nak bercuti sangatkan...sampaikan cuti tahunan yang ada "carry forward" ke tahun depannya... muahahahaha... tapi semalam akak cuti... ooopsss... he he he...tu yang senyap jer semalam tak ada entri tu (saja mencelah sikit).... *_^
yup betul tu fara setuju sgt !
ReplyDeletekalau keje jaa tanpa cuti x tau laa apa jadi kn..haha
ReplyDelete@Kesuma Angsana
ReplyDeleteterima kasih kak KA kerana bersetuju, tapi itulah hakikatnya kan?
@Ayie Abas
ReplyDeletehaih, tak dapatlah nak bayangkan kalau kerja jer tanpa cuti macam mana tu... he he he...
deno pula sentaisa cuti seab kerja kat umah.. haha^^
ReplyDeleteMelaka cuti hari ni...
ReplyDeletex sabar nak tgk junior kak farah keluar hehehe
ReplyDeleteCikgu diperutukan dgn 7 hari setahun utk cuti... namanyq cuti rehat khas.. dan cuti ni x l2h amik sewenang2nya... kna dpt kelulusan pengetua atau guru besar... mmg mncbr bg kmi klu de kecemasan... 7 hari je setahun... huhu.. bygknlh.. kita bkn leh jgka apa nk jadikan.. sbb tu ada yg amik cuti tnpa gaji tpi mmg terkesanlah bila cuti tak bergaji wlaupun 1 hari.. huhu
ReplyDeletewah nnti akak dah de bby sure busy jd super mom
ReplyDeletecuti jd berganda2
x sabar tengok baby kak farah
Betul tu farah. Hbs cuti utk ank ank je. Bergilir gilir x sihat. Klw ank x sihat akk pun kdg kdg mc gak sbb nk jimat cuti.
ReplyDeletekak farah..iman kan keje bhgn2 ubat2 ni.yg dtg klinik smua nya kaki mc.ada plak yg xptt dpt jdik dapat.menipu plak 2 geram je. akk amik cuti bpe hri tok bersalin kang?
ReplyDeletebetul.sokong sgt. lagi satu duit pon kena berjimat.. kena ade duit kecemasan bila anak sakit.. jadi ibu bukan senang. macam2 nak kena sediakan dari segi fizikal dan mental terutamanya~
ReplyDeletebetul tu kak :) kan tetiba pengasuh minta cuti..memang cari nasah la kan..hehe
ReplyDeletebanyak cuti sebab anak kan..
ReplyDeletecuti sally hbs kat final exam je.... :(
ReplyDeleteAkak cuti warded..hihihi. ..
ReplyDeletebila fara due yer? CN mmg selalu amik cuti sebab irfan, tahun ni jer dah amik 3 hari cuti rehat khas sebab irfan dan mc tak perasan berapa ari dah..tu semua demi anak tersayang ;)
ReplyDeleteCuti2 malaysia takda ke kak?? Heheheh.
ReplyDeleteermm betul tu jaa pun setuju ngn farah. kdg2 pengasuh kita pun ada hal nya yg tersendiri gak kan. mmg kena spare cuti tu byk2. xleh nk bazirkan.
ReplyDeletecuti tahunan selalu habis sebabkan hal2 keluarga dan anak2 je Farah..kematian saudara terdekat, anak2 demam, ambil report card anak2, anak2 tiada penjaga dan macam2 lagilah..pendek kata cuti tahunan tu memang allocate utk keluarga ...EL ambil pun sebab kecemasan kalau ada kematian. MC tak berapa kerap ambil..huhuhu..so far kerja tak pernah carry forward leave ke tahun depan..asyik negative aje...
ReplyDeleteKalo gomen lagi panjang description cutinya, jenuh nak menghapal kalo g periksa
ReplyDeletepenat lelah seorang ibu hanya Allah yang akan membalasnya. Terima kasih semua ibu-ibu di dunia. Semoga kalian mendapat balasan yang setimpal dengan jerih payahmu.
ReplyDeletekenit pulak sejak keje opis hour ni cuti rehat tak banyak mana sangat yg tinggal haha. Maklumla, kejap nanak tak sihat, kejap nak uruskan sekolah anak dan lain2.
ReplyDeleteBerbeza ngan masa keje syif dulu, cuti PH berlambak hehehe :D
sekarang nie jadi isteri orang,sebulan mesti ada cuti..AL tak pernahnya lekat...hoho...belum jadi mak orang lagi..confirm cuti 3-4 kali sebulan...hahaha...best2
ReplyDeletecuti tahun ena habis lebih kpd anak2
ReplyDeleteKena banyak berkorban cuti demi untuk anak2.. =)
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
dah jadi mama nanti, mmg kena simpan cuti untuk anak la kan.
ReplyDeleteSetuju Farah....bukan mudah nk jadi ibu....bab standby cuti tu mmg wajib hehe
ReplyDeleteteringt bos ayut dulu...slalu gak cuti sbb anak tak sihat..hihihi..mmg klu nasib baik ada org bawah bt keje..klu takde org bawah,nek cuti sakit kepala :D
ReplyDeleteye, memang banyak nak guna cuti kan.. macam Ros ni pun rasa macam tak cukup je cuti yg dapat 20 hari setahun tu. walaupun masih belum ada anak lagi ni.. hihi.. bukan berjoli pun. tapi nak buat macam mana, kampung jauh. sekali balik cuti, mesti ambik seminggu kan?.. apa pun, perancangan tu memang penting.. moga semua ibu yang berkejaya dapat mengatasi situasi ni :)
ReplyDelete