Cerita Daging Korban

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from Google
Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika. Innalhamda wani'mata. La ka Wamulkalla, syarikala

Setiap tahun, sehari selepas wukuf pada 10 Zulhijjah, semua umat Islam atau Muslim akan menyambut Hari Raya Haji... salah satu perayaan yang terbesar dalam Islam selain dari Hari Raya Aidilfitri...Perayaan yang sinonim dengan perkataan KORBAN. Bila sebut Hari Raya Haji, sesuatu yang simbolik dengan sambutan perayaan ini adalah ibadah korban haiwan al-an'am macam lembu, unta, kambing, etc...

Tapi, banyak cerita2 yang timbul pasal daging korban ni, macam yang saya baca di EVIDENCE - BASED ISLAM

KISAH SEPARUH BENAR 1

Tempat: Kenduri Makan Daging Korban Surau Murni

"Ish...mana boleh buang sisa daging korban!"... "Ye ke? Habis tu?"..."Entah, tanam ke? Leceh la...nak pergi kelas lagi lepas ni...nak kena kutiplah ni semua tulang..."

Komen: Tak payah tanam. Buanglah, tiada masalah. ISLAM ITU MUDAH. Jangan susah2kan.

BUANG LEBIHAN DAGING KORBAN / AQIQAH
Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. 

Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi:

Berkata Ibn Mas'ud RA: "Rasulullah berkata: Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka. Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda: "Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu". Nabi bersabda: "Maka jangan kamu beristinjak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukkan kepada saudara kamu" (Hadith Riwayat Muslim #450)

Hadith ini menjelaskan bahawa: 
1. Nabi membacakan al-Quran kepada Jin Islam.
2. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah SWT adalah makanan kepada Jin Islam.
3. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.
4. Larangan beristinjak dengan tulang.
5. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah. 

Kesimpulannya, adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah/korban selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah SWT kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam iaitu, Jin Islam. Wallahualam.

Maka kesimpulannya ialah: 

1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah SAW agar tulang2 dan lebihan daging korban atau aqiqah yang mesti ditanam.
2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan aqiqah sebagai amalan "taqarrub" (mendekatkan diri kepada Allah). Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati. Sebab itu juga, terdapat amalan sesetengah masyarakat Melayu/Nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya. 
3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adaa lah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan umat Islam. Ini kerana, setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut di dapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.

Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah dan sebagainya. Wallahualam.

Sumber: al-ahkam.net

KISAH SEPARUH BENAR 2

Tempat: Asrama Puteri Sekolah Menengah

"Waaa...sedapnya, nak?" kata Ava Orlean. "Eh, "sorry"lah Va, ini daging korban. Kau bukan Islam, mana boleh makan, ini untuk Muslim je... "Ye ke? Habis aku nak makan apa? Hari tu aku bagi coklat aku kat korang masa Krismas hari tu, takkan sikit daging pun kedekut? Aku pun faham Islam juga sikit2, aku tau al-Fatihah, aku pun tahu kisah Nabi Muhammad. "Anyway," bukan aku ke yang tutup TV masa korang solat kat surau? Kalau aku bangun awal, bukan aku ke yang kejut korang subuh?"..."Cop, cop, cop, kitaorang bukan kedekut la...Tak boleh la Va..."..."Habis, kena pergi "dining hall" sorang2 lah ni? Chaitt, sedihnya..."

Komen: Kesian Ava, sebenarnya ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH kerana itulah agama fitrah, agama yang benar.

HUKUM MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA "NON-MUSLIM"
Memberi daging korban pada "non-muslim" mempunyai banyak pendapat. Sebahagian membolehkan kita memberikan daging korban untuk "non-muslim" (ahlu zimah), sebahagian lainnya tidak membolehkan.

Kalau kita kaji lebih dalam syariah, kita akan menemukan beberapa variasi perbezaan pendapat, iaitu:

Ibnul Munzir, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam An-Nawawi mengatakan bahawa umat Islam telah berijma (sepakat) atas kebolehan memberikan daging korban kepada umat Islam, namun mereka berselisih bila diberikan kepada fakir dari kalangan "non-muslim".

Imam Al-Hasan Al-Basri, Al-Imam Abu Hanifah dan Abu Tsaur berpendapat bahawa boleh daging korban itu diberikan kepada fakir miskin dari kalangan "non-muslim".

Al-Laits mengatakan bila daging itu dimasak dulu kemudian orang bukan Islam diajak makan, maka hukumnya boleh.

Ibn Qayyim berpendapat dibolehkan memberi daging pada orang "non-muslim" yang tidak berniat untuk menjatuhkan Islam yang menjadi kenalan kerana ibadah sunnat tidak menghalang sampai pada mana2 manusia termasuk orang "non-muslim".

Al-Imam An-Nawawi mengatakan bahawa umumnya ulama membezakan antara hukum korban sunnah dengan korban wajib. Bila daging itu berasal dari korban sunnah, maka boleh diberikan kepada "non-muslim". Sedangkan bila dari korban yang hukumnya wajib, hukumnya tidak boleh. 

Syeikh Ibnu Qudamah mengatakan bahawa boleh hukumnya memberi daging korban kepada "non-muslim". Kerana daging itu makanan mereka juga dan dibolehkan mereka memakan daging. Kebolehannya sebagaimana kita dibolehkan memberi makanan bentuk lainnya kepada mereka. Dan kerana memberi daging korban kepada mereka sama kedudukannya dengan sedekah umumnya yang hukumnya boleh. 

Sedangkan Al-Imam Malik berpendapat sebaliknya, beliau memakruhkannya, termasuk memakruhkan bila memberi kulit dan bahagian2 dari haiwan korban kepada mereka. 

Kesimpulannya, dari pendapat2 yang agak saling berbeza ini adalah bahawa secara umumnya para ulama cenderung kepada pendapat yang pertama, iaitu pendapat yang membolehkan. Khususnya bila "non-muslim" itu termasuk fakir yang sangat memerlukan bantuan,atau tinggal di tengah2 masyarakat muslim.

Siapa tahu dengan kebaikan yang kita berikan, dia akan masuk Islam? Atau paling tidak, ada nilai tambah tersendiri dalam pandangannya tentang Islam dan umatnya, sehingga tidak memusuhi, bahkan berbalik menjadi kagum. Wallahualam.

PERHATIAN / "DISCLAIMER":
Kisah separuh benar adalah separuh benar, sebahagian dialognya ditokok tambah dengan sepenuh harapan tidak menyinggung mana2 pihak. Hanya berniat menambah rencah dalam berkongsi ilmu. 

Credit: HERE

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. akak suka kisah ke dua tu..
    lepas nie takdelah kita confius samada boleh atau tidak nak bagi daging nie pada non muslim..

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing sis. And selamat hari raya aidiladha (^_^)

    ReplyDelete
  3. Tq sharing dear farah

    misss u !!!

    ReplyDelete
  4. Tertarik dengan kedua-dua kisah. Ada juga dulu dibagkitkan kisah pasal tak sampai hati nak makan daging korban..walhal dibolehkan untuk kita makan walaupun kita merasa kesian dengan binatang tu.

    ReplyDelete
  5. ooo sekarang baru jelas n faham...kadang2 konpius jugak...

    ReplyDelete
  6. ena yg no.2 tu confuse dulu
    skang dah clear

    thanks farah kongsi info

    ReplyDelete
  7. salam..

    nice info sempena hari raya qurban ni kan...thanks.. ^_^

    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA =)

    ReplyDelete
  8. Info menarik lagi2 pasal nak bagi daging kpd non muslim.

    Thanks yer kerana sudi singgah dan follow blog fiza yer. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  9. Bab daging korban makan kongsi non-muslim ni kadang-kadang boleh jadi isu besar kalau dibincangkan secara umum tanpa pengetahuan agama yang jelas. Kadang-kadang orang Melayu kita ni konfius antara adat dengan hukum.

    Tu yang bila kongsi lauk bekal daging korban pun boleh jadi macam isu nasional. Padahal daging korban tu memang diniatkan sekali untuk disedekahkan.

    ReplyDelete
  10. bila ada entri sebegini, sekurang-kurangnya dapatlah idea mengenai isu pemberian daging korban kepada non muslim. nice sharing akak

    Selamat Hari Raya Aidiladha Kakak Sayang :)

    ReplyDelete
  11. Bagus dear share crite nih..skurg2nye kite semua tahu kan

    ReplyDelete
  12. :) Selamat hari raya, akak <3

    ReplyDelete
  13. Islam itu mudah jer kan, kita ni yang kadnag2 merumitkan nya. Thanks for sharing, jelas lah pada saya sekarang akan isu2 ni.

    ReplyDelete
  14. Info yang berguna sempena Hari Raya Haji ni....:D

    ReplyDelete
  15. terima kasih kak farah sebab bgtau kat sini

    ReplyDelete
  16. kadang-kadang kita kurang faham tentang hukum....

    ReplyDelete
  17. rasanya yg tak boleh bukan daging yg kita buat Aqiqah ke..?

    ReplyDelete
  18. ya Allah.. thanx sangat Farah.. teman pun dalam dilema sebenonya ni, xtau mana nak buang lebihan daging n tulang2 daging korban kelmarin.. kami dah lea dok apartment.. nak tanam kot amna kan? mula2 terfikir gak lain kali x nak dah amik daging korban kalau dah susah sgt nak cari tempat nak tanam.. hu3.. thanx sangat farah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !