"Blogging 101": Apa Yang Dikatakan "Support" Sesama Blogger???

Farah Waheda Wahid
35
Source Extracted from Google
Lama juga rasanya Cik Puan Bubbly tak membebel dalam "thematic entry Bubblynotes" yang diberi nama "Blogging 101" ni. Kali terakhir adalah pada 24 Ogos 2013 di SINI ... ^_^

Hari ni nak bebel pasal apa yang dikatakan "support" sesama blogger.. tak taulah sama ada intipati entri ni boleh diterima umum oleh para blogger sekalian ataupun sebaliknya, tapi inilah dia pada pandangan peribadi saya sendiri...

1. BERKUNJUNG KE BLOG, BLOGGER2 LAIN
Sokongan kepada blogger2 lain boleh dilakukan dengan melakukan kunjungan, tak kira sama ada kunjungan gerak hati sendiri atau kunjungan balas tanpa sebarang paksaan. ^_^... Dengan berkunjung ke blog, blogger2 lain kita sebenarnya membantu meningkatkan trafik blog mereka dan secara tak langsung juga mungkin membantu dalam meningkatkan trafik blog kita sendiri. Blogger2 tentu akan rasa dihargai atau rasa macam "sesuatu" yang positif serta menyeronokkan apabila mengetahui ada blogger2 lain atau pembaca atau "silent readers" atau "stalkers" yang sudi datang bertandang ke blog mereka... eleh, semua orang pun rasa macam ni kannn??? Jangan tipu...lepas tu bila ada orang yang sudi bertandang kita rasa semangat nak berblogging tu tinggi sikit... he he he....

2. MENINGGALKAN KOMEN
Bab2 meninggalkan komen ni adalah sesuatu yang sangat subjektif dan tak boleh dipaksa. Apabila kita memberikan komen atau meninggalkan komen, sebaik2nya biarlah ianya komen yang ikhlas dan jujur. ^_^. Bagi saya sendiri, saya meninggalkan komen setelah memahami intipati sesuatu entri itu dan bila saya meninggalkan komen ianya adalah sebagai tanda saya menyokong penulisan maya "uols" dengan harapan "uols" akan terus berblogging secara sihat, sebagai tanda saya berkunjung ke blog "uols" yang mana tiada paksaan untuk berkunjung balas dan meninggalkan komen di Bubblynotes (saya tak suka paksa orang)...tapi orang kata apa??? lebih kepada teknik orang berbudi kita berbahasa... orang dah datang sini, kita pun datanglah ke sana... Tentang meninggalkan komen ni macam saya katakan adalah subjektif, kadang2 kita tidak perlu meninggalkan komen pun bila tak tau nak memperkatakan apa, kita datang menjengah ke blog rakan2 kita itu pun dah cukup untuk menunjukkan kita "support" mereka kan? "I always support uols occay???"... *_^

3. MENYERTAI SEGMEN & GA
Bila ada seseorang blogger di kalangan rakan2 kita menganjurkan segmen ataupun GA, sekiranya kita berkesempatan, tidak salah sekiranya kita turut serta sebagai tanda sokongan kita kepada rakan kita itu. Secara tak langsung kita juga dapat menambah kenalan baru dan juga merapatkan lagi ukhuwah sesama kita. Tapiii, sekiranya kita tak berkesempatan... (ini selalunya terjadi pada akak ok??? Akak bukan sombong "uols" tapi kekangan masa sangat2 mencemburui akak... tapi mereka2 yang dah lama follow Bubblynotes tau dan sedar...sekiranya akak ada kesempatan memang akak akan turut serta...bergantung juga pada keadaan dan masa)...sekiranya kita tak berkesempatan, memadai sekiranya kita turut memberi sokongan dengan meninggalkan komen kata2 semangat di blog rakan2 kita... itupun salah satu tanda sokongan ok???

4. TIDAK KIRA LAMA/BARU, "FAMOUS"/TIDAK, "OTAI"/TIDAK
Jangan sombong!!! Tak kira sama ada kita ni blogger yang baru berjinak2 atau dah lama berkecimpung, "famous" ataupun tidak, "otai" ataupun tidak.. sentiasalah menerima dengan tangan terbuka kehadiran blogger2 baru dalam dunia blog dan sentiasalah terima dengan tangan terbuka tali persahabatan yang dihulurkan oleh blogger2 lain... Dalam bidang apa sekalipun kita ceburi, kalau sorang2 takkan ke mana "uols"... Kalau nak ikut kepala kita, kekwat kita, perasan kita, angkuh kita, sombong kita... jawabnya tak lamalah tu... untuk berjaya mesti ada medium sokongan kan??? Bukan buta2 macam tu jer...Bayangkan buat blog tapi tak ada orang nak datang??? Sedih tak??? Sedihkan??? Melainkan "uols" buat blog "private" dan cuma "invite" sesetengah orang datang untuk membaca jer... hu hu hu... 

5. JANGAN PILIH KASIH KETIKA BER-"BLOGWALKING"
Ha "part" ni akak jujur ek "uols" dan tak ada niat nak buat sesiapa pun terasa... ikhlas dan jujur ini cerita tentang akak... bukan orang lain... saya ni kalau ber-"blogwalking", saya tak pilih blogger yer??? Sila harap maklum... ^_^ Ngee...tak kira blogger tu blogger "famous" sampai ke bintang ke yang ada ribu riban "follower" serta peminat ataupun blogger tu baru jer ada 10 orang "follower" semua saya tibai... Tak caya ke? Cakap gaya2 iklan... "Sila perhatikan jejak2 saya di blog2 yang pernah saya lawati"... He he he... Saya tak memilih... Siapa pun blogger itu, pada saya semuanya adalah sahabat... saya tetap menyokong mereka selagi mereka bergelar blogger.... kecuali kalau blog2 yang saya rasa tak relevan tu (tak relevan tu bermaksud blog2 negatif la...) yang tu dikecualikan dari saya "follow", "blogwalking" atau baca... Dalam kamus blogging saya, tak ada istilah bagi saya untuk cuma "blogwalking" ke blog berdomain sendiri sahaja atau blog popular sahaja atau blog yang sebaya dengan saya saja atau blog mummy2 sahaja... "Nope, there's no such thing in my dictionary!!!".... Selagi positif, selagi baik dan selagi bermanfaat saya tak pilih kasih...Semua pun saya kawannnn.... 

6. TIDAK MENJATUHKAN SESAMA BLOGGER YANG LAIN
Salah satu cara kita untuk "support" blogger lain adalah dengan tidak melakukan perkara terkutuk lagi keji...wakakakak... iaitu mempunyai agenda untuk menjatuhkan blogger yang lain... Apakah perkara yang terkutuk dan keji itu yer? Ini namanya main taktik kotor untuk tarik perhatian pun yer jugak ni... Huh... Contohnya... ber"gossip" tentang kelemahan serta keburukan blogger lain di belakangnya dengan niat nak menjatuhkan atau memalukan blogger itu tanpa kita tahu kesahihan cerita yang kita "gossip"kan itu... atau bila kita menaip sesuatu entri dan "post"...intipati entri itu menuju kepada seseorang blogger yang mana masa mula2 bercerita orang tak perasan tapi lama-kelamaan dari cara kita "post" entri itu seolah2 kita nak orang tau pulak siapa gerangan orang yang dimaksudkan itu...itu namanya mengaibkan orang dan berniat busuk nak jatuhkan orang tu... "sorry this type of people just so not my type"... silap2 hari bulan boleh jatuh fitnah bila cerita atau tuduhan kita tu tak betul... eeee..tak maulah tanggung dosa "free".... mintak dijauhkanlah... So jangan jatuhkan blogger lain yer "uols"...tapi "support"...kita semua sama2 nak berblogging...jadikan gelangang blog ni satu gelangang yang sihat... jangan cemari dan kotorkan ia kalau boleh... 

7. MEMBERI TEGURAN SERTA KRITIKAN MEMBINA
Memang tak semua orang boleh menerima teguran serta kritikan, tapi sebenarnya, bila kita memberi teguran dan kritikan secara ikhlas dan kena pada caranya, ini juga adalah salah satu tanda atau cara kita "support" sesama blogger... 

Kita semua sesama blogger sebenarnya memerlukan antara satu sama lain... "personally I do really think that we should always support each other so that we are strong together..." ...Dunia blogging di Malaysia ni dah mula berkembang dan merupakan salah satu cabang hobi dan juga minat rakyat Malaysia... dan dunia blogging akan lebih indah sekiranya kita "support" sesama blogger bukannya jatuh menjatuhkan atau buat hal masing2... Apa pun cara kita "support" sesama blogger sebenarnya tak penting asalkan niat kita ikhlas dan jujur... Tak semestinya sokongan kita tu kena dicanang atau dihebohkan sekampung... Sebenarnya dalam senyap pun kita boleh... ^_^... Benda baik kalau dicanang atau dihebohkan itu namanya riak, menunjuk2 dan saja2 nak orang tau... Dalam hidup ni, benda baik yang kita buat, tak perlu nak canang atau heboh sebab kalau niat kita ikhlas serta jujur... "even" ada orang yang katakan sesuatu yang buruk, orang lain yang tau menilai dengan mata hati dan fikiran akan nampak benda baik tu... Tak pun kalau orang tak nampak, Allah nampak kan??? Allah tau kan???

"Peeps" jangan berhenti "support" sesama kita tau??? Kita semua saling memerlukan... *_^ (Dah macam bunyi bagi "speech" nak berkempen pulak...wakakakaka)... 

"Till then, cheerios!!!"   

Post a Comment

35Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul...betul... sy baru dalam blog. klu sudi , beri tunjuk ajar pd sy :)

    ReplyDelete
  2. nice entri. untuk smua blogger baca ni. :)

    ReplyDelete
  3. betul tu! totally agree with u, akak :)

    Btw, jom support GA Lia.. hehe XD

    http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/09/duo-giveaway-by-amilia.html

    ReplyDelete
  4. Ya betul2. Walau liza berblog secara suka2 tp suka gak support bloggers lain.

    ReplyDelete
  5. betul tu kak farah, kinah stuju dengan akak thumbs up

    ReplyDelete
  6. entry yangs angat bagus.. boleh dijadikan panduan untuk semua blogger dan untuk jaa jugak... jaa kdg2 bab blogwalking lah susah sikit. kdg2 masa terlalu suntuk. 24jam sehari mcm tak cukup, siang hari keje, adoii...

    ReplyDelete
  7. betul la kak farah
    kak farah ni peramah mcm kak mia
    klo yumida blogwalking
    dah nampak dahulu nama kak farah kat atas n yumida akui kak farah rajin blogwalking tanpa mengira siapa pun blogger tu..mmg blogger yg ramah la

    betul kata kak farah..klo xde yg support kita..xde yg singgah blog kita...huwaa! sedihnye!

    ReplyDelete
  8. betul tu akak..selalu berlaku kat saya walaupun saya dah penat berblogwalking..kdg2 cuma 1/4 je yang sudi singgah balik.. itu pun tak follow.. hrmm..btw,boley tolong buat tutorial cantikkan koment box mcm akak tak? sy punya tak jadik lah..entah knapa tak tau pulak..

    ReplyDelete
  9. yupppp..support u. tp CiM seriously jarang and almost tidak joint GA or segmen...hahahah....blogging just for fun

    ReplyDelete
  10. Support bloggers!....hehe
    Setuju dgn semua di atas :D

    ReplyDelete
  11. wow terbaik info ni Abee sokong 200 peratus .. satu tip yg penting klik iklan dulu juka jguk blog kwn2 sbb tu salah satu income diaorang kan he3 .. pastu komen lah cikit :)

    ReplyDelete
  12. Salam..artikel yang menarik...selamat berblogging...thanks.

    ReplyDelete
  13. betul...kita sesama blogger harus saling membantu sebab kita juga saling bergantungan..takmau gadoh²..hehe:)

    ReplyDelete
  14. nice entri kak :) apa yang akak listkan tu semua betul..tambah2 untuk newbe cam fizi..:)

    ReplyDelete
  15. Sya sgt setuju..seronok jugak jlm2 g blog kengkawan..wlupun kekdg komen sya tnggal pndek je..saya ttp tnggalkan jejak.. :)

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat..siapalah kita tanpa blogger yang lain dalam dunia blogging ni kan..sebab tu perlu saling sokong antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  17. Well said farah..kita pun tak memilih Blog yang nak diziarahi cuma priority to those yang memang rajin drop by kat my blog. They've always got my support....then bila ada extra time terjah blog-blog lain as well..

    ReplyDelete
  18. provide support to the blogger very important for healthy development

    ReplyDelete
  19. sokong ! CN ni kategori junior gak dalam dunia blogging ni, mula2 sajer2 suka berkongsi ttg dunia pendidikan, tapi kelamaan bila dah ada member blogger, jadi best lak !walaupun tak pernah bersua, dengan baca blog orang tu, kita tahu mcm mana karakter dia, lagi 1,rakan2 blogger yang bagus adalah saling tegur jika kita berbuat silap, semoga salam ukhwah yang terjalin dalam dunia blogger ni kekal sampai bila2.. sayang awak !

    ReplyDelete
  20. Farah, mohon share boleh tak review ni.. nak C&P nak buat review kat blog kita???

    ReplyDelete
  21. akak support farah...insyallah..kita lakukan sesama perkara di atas nie agar tidak jadi blogger yang lupa diri...hehehehe..

    ReplyDelete
  22. yeayyyy setuju sesgt...jom kiter support sesama kite...welldone bubbly :)

    ReplyDelete
  23. akak ^_^ u are the best tau, saya belajar byk dgn akak la ...

    ReplyDelete
  24. Ini yang buat semangat nak blog ni thanks bagi motivasi

    ReplyDelete
  25. bagus sangat entry ni Farah! betul tu, dalam berblogging ni jangan memilih.. kawan je dengan semua.. rajinkan ke semua blog :) sesetengah blogger tak pandang blogger baru :(
    kita sebagai blogger kena saling bantu membantu kan :)
    suka..suka..suka..entry ni!

    ReplyDelete
  26. kak mia setuju dengan semua yang di atas.... itulah yang sebaiknya... barulah kita boleh berblog dengan harmoni, mesra dan meriah...

    ReplyDelete
  27. suka entri ni..entry positif..betul tu mesti beri sokongan sesama blogger..bab komen tu kdg2 tak komen sbb tak tau nak komen apa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !