![]() |
Source Extracted from Google |
Hari Ahad malam Isnin hari tu (semalam la pun), sempat juga melayan "movie" ni... BenCinta... Benci + Cinta agaknya... he he he... ^_^... Pelakon2 yang terlibat bagi filem ini adalah Farid Kamil, Nora Danish, Fezrul Khan, Zalif Sidek serta ramai lagi...
Bila tengok "movie" ni, teringat pula pada satu "English Movie" yang pernah saya tonton dulu, tapi tak ingat bila, sebab dah lama sangat dan apa tajuk pun tak ingat...tapi jalan cerita BenCinta ni lebih kurang sama jugalah dengan "English Movie" tu...
Sedikit sinopsis... Filem ini mengisahkan pasangan baru berkahwin dan hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal, suami yang kaya mula menjalinkan hubungan dengan orang lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konservatif, Fathia melarikan diri ke Langkawi dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya. Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing2 saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya.
![]() | |
Source Extracted from Google |
![]() |
Source Extracted from Google |
Mesej untuk wanita...itulah sebenarnya cerita ni cuba sampaikan... Kes penderaan rumahtangga, membabitkan wanita bukan perkara baru. Cerita ni memaparkan kisah wanita yang tabah, berhadapan dengan suami yang panas baran. Kesian, sedih dan geram semua ada...
Dari 5 bintang, saya berikan cerita ini, 3.5 bintang... ^_^... Pada siapa2 yang belum menonton, dan sekiranya berhajat untuk menonton, selamat menonton "peeps"!!! Kalau yang tak berminat tak apa, saya kongsi jer...he he he...
bila lah dapat menonton cerita ni..tunggu en.husband downloadkn jlah
ReplyDeleteFarah dah tengok eh! Bilalah nak berpeluang tengok wayang. Bila dah ada Alia ni... Tak pernah lagi ke panggung.
ReplyDeleteteringin nak tgk cerita ni sbnrnya..tapi xde kesempatan..sikecik la taknak masukmpanggung..ada hantu katanya..nanti tunggu jumpa link downnload boley?? hikhik..
ReplyDeletekenit pun baru layan citer ni semalam farah. Kenit perasan jalan cerita filem ni seakan filem Enough lakonan J.Lo.
ReplyDeleteEnglish movie tu JLo yg berlakon kan... rasa mcm lbh kurang je citernye kot...
ReplyDeleteEnglish movie tu JLo berlakon kan... mcm lbh kurang aje jln citernya kot...
ReplyDeleteKat astro first dh kuarkan citer nih
ReplyDeletewah beznye, yumida x pnh lg ke panggung, siannye..hikhik
ReplyDeleteisu penderaan
teringat ngan citer JLO, enough
mcm best je.. jka berkesempatan blh la layan...
ReplyDeletetu, cerita yg JLo berlakon tu, sama dengan cerita ni..Tp ok je kut Nora Danish berlakon..Comel
ReplyDeletefizi kurang sikit layan citer cinta..hoho x leh nk masuk kepala
ReplyDeleteMenarik juga cerita ni kan.....tapi lama dah tak masuk panggung, tunggu cd je lah..:D
ReplyDeletekita dah tengok kak, tapi serius kita xpaham. sgt2 confuse dan hurm... kita dah siap draf satu entri pasal ni. luahan rasa bila tengok filem ni =) hehe
ReplyDeleteAkak x suka tgok citer yg buat akak naik darah...better x yah tgok..hihihi. ..
ReplyDeletehehhe, tengah gigih nak download ni kak :)
ReplyDeleterasa marah kalau tgk citer nie...
ReplyDeletecerita ni mmg pelik..hahaha...sayang tapi benci..LOL
ReplyDelete