Home »
bubbly
,
emotions
,
entertainment
,
expressions
,
family
,
feelings
,
free time
,
fun
,
home sweet home
,
me
,
movie
,
music
,
news
,
perspective
,
recreation
,
thoughts
» Astro Naik Harga!!!
Astro Naik Harga!!!
Semalam dapat surat cinta dari ASTRO!!! Ingatkan bil macam biasa... rupa2nya tidak2... ianya adalah surat pemberitahuan atau pemakluman dari pihak ASTRO yang mana menyatakan bermula dari 24 November 2013 harga langganan bulanan pakej ASTRO saya akan naik daripada RM 125.sebulan kepada RM 133 sebulan... Huwaaaa... Ingatkan petrol, gula dan barang2 lain jer naik... ASTRO pun nak jugak???... dushhh.... ok ok... saja nak buat ayat dramatik...walhal kita semua memang tau kenyataannya yang mana memang kebanyakan barang dan servis akan dinaikkan harga susulan dari kenaikan harga petrol... muahahaha....So tak payah nak dramatik sangatlah Cik Puan Bubbly oiii... Ok??? *_^
Yang pastinya kalau naik tu bukanlah servis ASTRO rumah saya sorang ye tak??? "Uols" yang jadi pelanggan ASTRO pun pasti akan menerima surat yang sama... Sama2lah kita membayar ye... Dikatakan kenaikan tersebut adalah untuk memberikan servis dan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan mereka... Hurmmm... nak buat macam mana... nak tak nak kenalah bayar juga kalau nakkan perkhidmatan ASTRO ye tak??? Nanti kalau tak ber-ASTRO kesian pula kat mama "ai" yang duduk rumah sorang2 bila semua orang pergi kerja dan jadi kebosanan... nak tukar kepada pakej lebih murah, nanti "channel" kegemaran dia tak masuk dalam senarai pula... nak tak nak, tiada pilihan... nak main dengan cucu, cucu masih lagi dalam "tummy" mummy dia... ngeee... jadinya... redha jer lah...
Nak tambah baik servis yer? Wahai ASTRO harga dah naik, harap2nya nanti apa yang dikatakan penambahbaikkan servis tu kan... bila hujan tak adalah skrin tv tu hitam jer dengan nota mengatakan gangguan siaran disebabkan hujan dan juga kalau boleh tak payah nak ulang2 banyak kali sangat rancangan yang ada... sila banyakkan lagi rancangan dan juga "movie"...muahahaha...boleh tak ni agak2??? Bosan juga bila dok tengok rancangan, siaran dan "movie" yang sama jer... *_^... Kalau ulang sekali dua kali tiga kali boleh terima lagi...tapi kalau dah berkali2 dalam sebulan tu lebih dari 20 kali apa kes??? Tak ada yang lain ke??? (dramatiklah konon ni... ha ha ha... sebabnya bila buka jer, benda yang sama...ha ha ha...sendiri "timing" tak kena kot???)
*Dah dapat surat ASTRO "uols"??? ^_^
Label:
bubbly,
emotions,
entertainment,
expressions,
family,
feelings,
free time,
fun,
home sweet home,
me,
movie,
music,
news,
perspective,
recreation,
thoughts
Terimakasih telah membaca artikel Astro Naik Harga!!! . Jangan lupa share ya
Share
76 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
adoiiii belum dapat surat lagi ni kan..susah la camni..sumer pon naik..banyak pulak tu..haiyaaaa
ReplyDeletekalo servis betul2 bertambah baik takpe la..ni kalo macam sekarang wat sakit hati jer..pastu citer pon dok ulang tayang yang sama banyak kali..kadang rasa nak gak potong tapi tu la,kalo takde cam bosan plak..
bil astro naik lagi?? kalau boleh guna antena kat rumah tu dah lama potong bil astro..makin lama makin naik...cerita ulang alik hak tu jugak...
ReplyDeletehuhuw,...sama2lah kita berusaha membyar..pandaikan kerajaan pelan2 d naikkan harga..adohh...tp my mom dah nak tukar p astro enjoy yg cuma byr sekali ja untuk seumur hdup..byr dalam rm50o kot x silap..tp sedih tdk dapat nak tenguk citer corea dah..sebab channelnya hanya tertentu ja..
ReplyDeleteramai dh komplen....mahal tapi hujan tetap sama..
ReplyDeletedia berani naikkan harga sbb dia tahu dia xada pesaing
ReplyDeleteNak tanya, astro pakai petrol ke? ke pakai gula? huhu... semua benda nak naik ni pe jadahnya? tak de kene mengena ngan gula n petrol...
ReplyDeleteHuhu dapat dah semalam..astro tu nama mak, mak pening naik harga astro ni..haha :)
ReplyDeleteAmboi...kemain byk naik ni..tp hujan ilng jgk siaran ni..huhu..pasni letak tudung periuk je la wat parabola cari canel tv..huhu..
ReplyDeleteBoleh je farah..klu dkt sya bg kek coklat tu tau.. :)
astro ni menanam tebu di pinggir bibir.. manis nyer lebih.,. pahitnyer pelanggan yang tanggung.. dr dulu lagi asal nak hujan, servis pun yillek.. citer ulang tayang ulang tayang.. ermm..
ReplyDeleteRasanya Eraz belum dapat..
ReplyDeletebanyak kali juga saya dapat panggilan astro untuk upgrade dari njoi kepada astro byond..bila saya cakap taknak mereka tanya kenapa? saya jawab, saya taknak bayar bulan2...
ReplyDeleteNsb baik umah ana tak psg astro..hehe.lgpn dh cukup tgk channel biase kt tv ni.
ReplyDeleteastro ni makin melampau..
ReplyDeleteharga minyak n gula takde kena mengena dgn dia pon nak naik harga...
tapii iklan banyak plak tu..
pastu citer asyik ulang2..
gerammmm...
dah lama tahu....macam-macam ada.....aptb....
ReplyDeletenaseb paly tak layan astro, hehe..
ReplyDeletesaya tak dapat lagi pun..hurmmm....
ReplyDelete@Zee Suhaini
ReplyDeleteakak ni banyak naiknya sebab satu sports channel naik RM6 itu untuk papa akak, dan satu lagi family package untuk mama akak, naik RM2...tu yang jadi banyaknya tu zee...
@Kisah Si Dairy
ReplyDeletemacam kat thailand kan kak eda, diaorang still ada channel macam astro tapi free sebab cable tv... kalau ada servis cam tu kat sini dah lama dah tak langgan astro... puas hati... kalau hujan tak ley tengok pun tak per sebab tak bayar kan...
@Huny eda
ReplyDeletelambat laun pelan2 semua naik dear... gaji jer semput2 nak naik...
@:: Mrs.Eady ::
ReplyDeletebila hujan mulalah terima message yang terpampang kat skrin tv kita tu kan...
check your cable connection lah, due to heavy rain condition lah... adehh...sakit jer hati...last last bila hujan tido jer... ^_^
@ros maisara
ReplyDeletenak kena ada pesaing juga ni nampak gayanya...
@Karya Mahirah
ReplyDeletebila gula dan petrol dah naik, semua pun mesti nak naik perlahan2 walaupun tak ada kena mengena...erks...mungkin petrol tu sebagai bahan api untuk satelit diaorang kot memancarkan siaran...muahahaha...
@NURSHAKIRA ABDUL HALIM
ReplyDeletebila cakap pasal kenaikan harga servis dan juga barang, ramai yang akan mula berputar pening kepala dear...
@adrianna syaz
ReplyDeletehe he he...tudung periuk dapat channel mana tu dear???
@Lilynn Wifey Sham
ReplyDeletepart hujan dan ulang tayang tu memang masalah diaorang yang paling ketara...
@Eraz Fadli
ReplyDeletenantikan surat cinta tu yer eraz...hu hu hu...
@Faizal Mohamad Twon Tawi
ReplyDeletebagus tak guna enjoy Faizal?
@All About AnaYna
ReplyDeletesaya terpaksa demi ibunda tercinta, kesian dia boring duduk rumah sorang2 kalau ikutkan saya memang jaranglah nak tengok tv... rancangan tertentu jer...
@Nory Zoulkefle
ReplyDeleteha ah nory sekarang ni dah mula banyak iklan dah...
@Sukma Haron
ReplyDeletebetul tu kak, apa pun tak boleh... hu hu hu...redha jerlah... makin kaya owner dia tu...
@Paly
ReplyDeleteakak lagilah jarang layan tv paly... tapi demi ibunda tercinta kukorbankan segalanya...he he he...
kenit belum terima surat cinta, tapi dia dah call suruh bayo hehehe. Nak kene potong jugak astro ni nanti.
ReplyDeleteisk isk..balik ni kena tengok mailbox la. confirm saya dapat juga. adoi..semua nak naik harga ni apa kes
ReplyDelete@julia jamaludin
ReplyDeletejulia mesti dapat punya, dia hantar notis berperingkat lah tu... hu hu hu... kan ada tempoh lagi sampai 24 november 2013...
@Kenit Cinonet
ReplyDeleteakak pun belum bayo lagi untuk bulan ni..wakakakaa.... nantilah malam bayar online...
Samalah Farah.....semalam pun dpt surat gak dpd Astro....naik lagi....Betul tu asyik berulang sampai 20x...apa kes pulak...cammon le Astro....ececeh marah ni....hehe
ReplyDelete@Ainim Suju
ReplyDeletebila satu naik mulalah berperingkat2 yang lain pun naik... hu hu hu...
@hainom OKje
ReplyDeletetak pe tak pe OKje, kita buatkan dramatik sikit...he he he...kannn tayang sampai lebih 20 x...kalau contohnya lord of the rings tu, huh...dah naik hafal dari mula sampai habis citernya...wakakaka... dan dah boleh hafal dialog dah, tak lama lagi boleh jadi pelakon pulak...wakakakak...
Huhu.. Nasib baik weols x langgan astro.. Selamat duit ku.. Hehehe.. Harap2nya betul2 tambah baik la servis dia nanti ye.. =)
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
@Rosmiza Ali
ReplyDeletekalau tak ada keperluan tak payah nak bazir duit pun mieza langgan astro ni, despite online pun boleh tengok kan?
geram betol...saalu je naik kan..huhu...
ReplyDeleteakak dpt semlm en.cyg bising membebel astro selalu naik segala brg naik gaji x naik2...bangga jadi anak msia.
ReplyDeletefizi x pakai astro..heeh jadi x perlu nk pening2..
ReplyDeleteAstro naik lgi akak..oh no.. sakitnya hati..dah la servis mcm hampeh...bila ujan lebat sikit jer terus xleh tgk.. hrp2 lps naikkan hrga nie servis akan bertambah baik la.. ggrrr!
ReplyDeleterege makin naik...rancangan makin ntah apa2...huhu
ReplyDeletebiasalah tu, kalau harga myk naik, semua benda pun confirm naik jugak. kecuali gaji kita.. walaupun astro tayang citer sama byk kali, terpaksa byr jugak daripada tgk tv 1,2,3,7,8,9 setiap hari ..haha
ReplyDeleteSUME BARANG DAH NAIK KAK .. HAISH .. MACAM2 LA ..
ReplyDeleteNaik lagi? bil astro masih dalam postbox malas nak ambik. huhu
ReplyDeleteHarapnya lepas kenaikan ni, servis pun ditambah baik....jgn nak ulang siaran yang sama ja...huhu
Deme mentang mentang la takde pesaing ... kot tak sebab bapak minat cenel sukan mmg dah lama takde astro kat rumah mak saya
ReplyDeletememang bosan pun kak kalau dah asyik ulang2 tengok cerita yg sama je.. huhu
ReplyDeleteGeram jugak bila dapat notification tu..tapi kita tak ada pilihankan coz kita ni memang antara peminta tegar beberapa program..itu punb dah banyak unsubscribed channel-channel yang kita tak maximise..
ReplyDeletejom tuka njoi...hehe
ReplyDeleteplan bulan 12 nak tuka njoi la..
umah sndiri terpaksa la layan angka 133 tu..kang nak tuka pakej takut xde channel peberet
Mak ai!!!! Astro pun naik harga..ish2..apa nak jadi la..
ReplyDeletesally pun dah dapat dah kakak....sama la rate kita...aishhh! -___-''
ReplyDeleteWayang je kata nak tambah baik servis. Dulu nak naikkan pakej Sports pun dia sebut macam tu jugak. Hasilnya, time musim hujan still sama jugak tak dapat siaran. Tak dapat siaran satu hal, nak claim rebate pun susah. Haih.
ReplyDeletemelamapau la Astro ni.. asyik naik harga je..
ReplyDeleteAmik kesempatan betul dorang erk...service mcm hampeh....
ReplyDeletesemuapun naik harga sekrang..tpi akak tak pakai astro..hihi
ReplyDelete@Nao Mei
ReplyDeletenanti bila dah laksanakan GST mesti naik lagi ni... huh...
@Maszie Fatah
ReplyDeleteha tu la pasal kak...sangat bangga...
@Fizi Zaidi
ReplyDeleteuntunglah orang tu kan? he he he...
@♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH)
ReplyDeletehopefully macam tu lah farah... hu hu hu... wait and see jer lah ni...
@Ida Shaaban
ReplyDeletebetul tu Ida betul, Farah setuju...
@Nur A.Z
ReplyDeletebetul tu bak nyanyian Francessca Peters... Kerna Terpaksa... hu hu hu...
@dEdEQ dE wIshEs
ReplyDeletebetul tu Deq, tak ada yang tak naik...
@Mia Kassim
ReplyDeleteMia dah naik jemu dah dok tengok ulang tayang...
@Fahmi mohd razari
ReplyDeletesamalah kita fahmi, disebabkan parents... kita berkorban kan... nak kena ada pesaing juga ni mereka ni...
@aisya
ReplyDeletesangat bosan aisya... hu hu hu...
@Raudzah Z
ReplyDeletememang pun dear, kita dah buat pilihan yang suits kita dan terendah pun... tak boleh nak elak, nak tak nak kena bayar...
@Yumida Huda
ReplyDeleteyumida njoi tu best tak? dan berbaloi tak?
@Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah
ReplyDeletememang naik pun abak... hu hu hu...habis tu nak buat macam mana...redha jer lah...
@Sally Samsaiman
ReplyDeleteha ha ha..bermaksud kita subscribe channel yang sama tu sally...
@Sylarius Yusof
ReplyDeleterasanya cam tak ada beza pun kan?
@ros_reeza
ReplyDeletenanti GST start dia pun naik harga lagi ros, tak caya kita tengoklah nanti...
@Amanda Suria
ReplyDeletetau tak pe akak diva... hu hu hu...
@memmetlenggeng
ReplyDeletebetul tu kak, semua pun naik harga...untunglah tak pakai astro... he he he...