Apa Itu "Braxton Hicks"???

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Cerita orang mengandung lagi... wakakaka... ^_^...Pada yang tak mengandung tu, sekadar ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama...Hari tu ada cerita tentang Tanda-Tanda Bersalin di SINI dan kali ni kita bercerita tentang kontraksi "Braxton Hicks" pula...Penting juga ni bagi ibu2 mengandung untuk mengenali jenis2 kontraksi supaya tak terjadi "false alarm" katanya... *_^

APAKAH ITU KONTRKSI "BRAXTON HICKS"???
Satu masa pada pertengahan kehamilan "uols" (atau lebih awal), "uols" akan merasakan otot uterus (rahim) mengecut. Jika "uols" meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, "uols" boleh merasa betapa kerasnya uterus "uols" pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk 1/2 minit sahaja, dan barangkali "uols" tidak berasa selesa. "Uols" mungkin mengalami sensasi ini 1 atau 2 kali dalam sejam, pada masa2 tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi2 ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.  

APAKAH TUJUAN KONTRAKSI "BRAXTON HICKS"???
Kontraksi "Braxton Hicks" mungkin petanda uterus "uols" sedang melatih serat2 ototnya. Mungkin kontraksi2 itu adalah cara uterus "uols" menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin. 

Ada pakar2 yang berpendapat bahawa kontraksi2 mempengaruhi serviks "uols". Pada peringkat awal kehamilan, serviks "uols" akan mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi "Braxton Hicks" adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini. 

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi "Braxton Hicks" tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 

BAGAIMANA UNTUK KITA MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA "BRAXTON HICKS" DAN KONTRAKSI KELAHIRAN SEBENAR???
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan2 dan jawapannya selalu tidak jelas atau tidak memuaskan. "Uols" akan tahu akan kelahiran sebenar bila ianya berlaku. Itu jawapan yang selalu diterima. Hu hu hu. 

Memang ada perbezaan antara kontraksi "Braxton Hicks" dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi "Braxton Hicks":
  • biasanya tidak melebihi 1 atau 2 kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari.
  • lazimnya berhenti bila "uols" bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau "uols" sedang duduk dan sebaliknya.
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja.
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari 1 minit.
  • tidak boleh dijangka dan tidak beritma.
  • tidak bertambah intensiti.
Kontraksi Sebenar:
  • tahan lama
  • lebih teratur
  • lebih kerap
  • lebih menyakitkan
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit 
"Uols" mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu ("false alarm"). Ini berlaku bila kontraksi "Braxton Hicks" lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. Mungkin susah bagi "uols" nak membezaka sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya bila kerenggangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks "uols". Doktor "uols" boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

APA AKAN JADI JIKA KONTRAKSI "BRAXTON HICKS" MENJADI LEBIH SAKIT???
Apabila kehamilan "uols" berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walaubagaimanapun, jika "uols" merasakan kontraksi "uols" menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya "Braxton Hicks".

Setengah professional kesihatan mengesyorkan supaya "uols" menganggap "Braxton Hicks" sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus "uols", juga bagi "uols" sendiri supaya boleh beraltih menggunakan latihan pernafasan yang "uols" akan memperolehinya di kelas antenatal "uols".

"Uols" mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika "uols" melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika "uols" merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika "uols" berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan2 - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

BILAKAH KITA HARUS MEMANGGIL DOKTOR???
Jika "uols" hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor "uols" jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah
  • sakit pinggang atau kekejangan\
Ini semua adalah tanda2 yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor "uols" jika:
  • pergerakan bayi "uols" sudah mengurang
  • "uols" fikirkan "uols" sudah pecah ketuban
  • jika "uols" mengalami sebarang pendarahan
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor "uols" mungkin sudah bercakap dengan "uols" tentang apa yang harus dilakukan apabila "uols" merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika "uols" merasakan sebarang keraguan, hubungilah doktor.

"Reference and Credit: HERE"

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. teringat pengalaman masa nak bersalin dulu....huhu...

    ReplyDelete
  2. 2 kali pengalaman bersama isteri nak bersalin, tapi kontraksi yang di alamai berbeza

    ReplyDelete
  3. ingat hiccups tadi..haha..nasib baca

    ReplyDelete
  4. ketika sakit (kontraksi) rasa mcm bertaubat..tak mau bersalin lagi hehe...tp sebaik melihat baby...kesakitan tu akan lenyap...

    ReplyDelete
  5. hehe.. sakit, tak selesa tapi tu pngalaman indah... lpas bersalin nk anak lagi.. xde iatilah serik...

    ReplyDelete
  6. nama dia pun dah macam sakit2...huhu ...susahnya jadi wanita dan ibu

    ReplyDelete
  7. Sukandaily | Sport images at its best
    www.sukandaily.com.my

    Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video

    ReplyDelete
  8. pengetahuan tambahan ni.. hehe..

    ReplyDelete
  9. knah setuju ngan Kamsiah..masa sakit rasa taubat xnak bersalin lagi.. tp anak tula penawarnya..

    ReplyDelete
  10. salam blogging , ok lah tu berkongsi -kongsi info .. done klik :)

    ReplyDelete
  11. info yg berguna Kak Farah :) takleh nak bayang sakit mama masa mengandung dulu..

    p/s : Hana sihat aje, cuma sekarang baru dapat update blog + blogwalking.. hehe :D

    ReplyDelete
  12. tengkiu sharing info ni farah....

    ReplyDelete
  13. good info..thanks dera sharing info yg sgt bagus utk rujukan kaum ibu dan bakal ibu

    ReplyDelete
  14. @Sukma Haron

    kak watie, pengalaman yang mana mungkin dilupakan kan???

    ReplyDelete
  15. @Faizal Mohamad Twon Tawi

    yer saya pernah dengar, kontraksi setiap kali nak bersalin tu berbeza dan kontraksi setiap orang tu berbeza...

    ReplyDelete
  16. @❤Kamsiah❤

    ramai orang cakap, bila dah tengok baby dah hilang dah semua sakit tu...

    ReplyDelete
  17. @Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah

    abak apakah maksudnya itu??? tengah membayangkan kesakitan ke? he he he...ke terkejut??? general knowledge ni untuk abak ni...he he he...

    ReplyDelete
  18. @Maria Firdz

    maria itu jugalah yang sering akak dengar... he he he...

    ReplyDelete
  19. @Sayur Paku

    sebab tu lah kita kena menghargai wanita dan ibu kan?

    ReplyDelete
  20. @Gombug

    terima kasih kerana sudi melawat Bubblynotes...In Shaa Allah akan membuat kunjung balas...

    ReplyDelete
  21. ingatkan nama ubat apa tadi..hahaha..

    ReplyDelete
  22. @~Kak Nah Backyard (^_^)~

    setuju setuju, cakap orang yang berpengalaman ni kena dengar...

    ReplyDelete
  23. @Haruno Hana 하나

    sebab tu kena hargai mama kay? jangan buat mama sedih dan sentiasa cuba bahagiakan serta gembirakan mama... ^_^...

    Alhamdulillah Hana sihat...

    ReplyDelete
  24. @husna zahidi

    bukan nama ubat husna tapi nama sejenis kesakitan...he he he...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !