![]() |
Source Extracted from Google |
Cerita orang mengandung lagi... wakakaka... ^_^...Pada yang tak mengandung tu, sekadar ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama...Hari tu ada cerita tentang Tanda-Tanda Bersalin di SINI dan kali ni kita bercerita tentang kontraksi "Braxton Hicks" pula...Penting juga ni bagi ibu2 mengandung untuk mengenali jenis2 kontraksi supaya tak terjadi "false alarm" katanya... *_^
APAKAH ITU KONTRKSI "BRAXTON HICKS"???
Satu masa pada pertengahan kehamilan "uols" (atau lebih awal), "uols" akan merasakan otot uterus (rahim) mengecut. Jika "uols" meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, "uols" boleh merasa betapa kerasnya uterus "uols" pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk 1/2 minit sahaja, dan barangkali "uols" tidak berasa selesa. "Uols" mungkin mengalami sensasi ini 1 atau 2 kali dalam sejam, pada masa2 tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi2 ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.
APAKAH TUJUAN KONTRAKSI "BRAXTON HICKS"???
Kontraksi "Braxton Hicks" mungkin petanda uterus "uols" sedang melatih serat2 ototnya. Mungkin kontraksi2 itu adalah cara uterus "uols" menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar2 yang berpendapat bahawa kontraksi2 mempengaruhi serviks "uols". Pada peringkat awal kehamilan, serviks "uols" akan mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi "Braxton Hicks" adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi "Braxton Hicks" tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.
BAGAIMANA UNTUK KITA MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA "BRAXTON HICKS" DAN KONTRAKSI KELAHIRAN SEBENAR???
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan2 dan jawapannya selalu tidak jelas atau tidak memuaskan. "Uols" akan tahu akan kelahiran sebenar bila ianya berlaku. Itu jawapan yang selalu diterima. Hu hu hu.
Memang ada perbezaan antara kontraksi "Braxton Hicks" dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi "Braxton Hicks":
- biasanya tidak melebihi 1 atau 2 kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari.
- lazimnya berhenti bila "uols" bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau "uols" sedang duduk dan sebaliknya.
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja.
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari 1 minit.
- tidak boleh dijangka dan tidak beritma.
- tidak bertambah intensiti.
- tahan lama
- lebih teratur
- lebih kerap
- lebih menyakitkan
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit
"Uols" mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu ("false alarm"). Ini berlaku bila kontraksi "Braxton Hicks" lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. Mungkin susah bagi "uols" nak membezaka sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya bila kerenggangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks "uols". Doktor "uols" boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
APA AKAN JADI JIKA KONTRAKSI "BRAXTON HICKS" MENJADI LEBIH SAKIT???
Apabila kehamilan "uols" berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walaubagaimanapun, jika "uols" merasakan kontraksi "uols" menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya "Braxton Hicks".
Setengah professional kesihatan mengesyorkan supaya "uols" menganggap "Braxton Hicks" sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus "uols", juga bagi "uols" sendiri supaya boleh beraltih menggunakan latihan pernafasan yang "uols" akan memperolehinya di kelas antenatal "uols".
"Uols" mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika "uols" melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika "uols" merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika "uols" berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan2 - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.
BILAKAH KITA HARUS MEMANGGIL DOKTOR???
Jika "uols" hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor "uols" jika kontraksi diikuti oleh:
- lelehan yang melekit dan berdarah
- sakit pinggang atau kekejangan\
Selepas 37 minggu, panggil doktor "uols" jika:
- pergerakan bayi "uols" sudah mengurang
- "uols" fikirkan "uols" sudah pecah ketuban
- jika "uols" mengalami sebarang pendarahan
"Reference and Credit: HERE"
teringat pengalaman masa nak bersalin dulu....huhu...
ReplyDelete2 kali pengalaman bersama isteri nak bersalin, tapi kontraksi yang di alamai berbeza
ReplyDeleteingat hiccups tadi..haha..nasib baca
ReplyDeleteketika sakit (kontraksi) rasa mcm bertaubat..tak mau bersalin lagi hehe...tp sebaik melihat baby...kesakitan tu akan lenyap...
ReplyDeleteHuhhhhhhh!!!!
ReplyDeletehehe.. sakit, tak selesa tapi tu pngalaman indah... lpas bersalin nk anak lagi.. xde iatilah serik...
ReplyDeletenama dia pun dah macam sakit2...huhu ...susahnya jadi wanita dan ibu
ReplyDeleteSukandaily | Sport images at its best
ReplyDeletewww.sukandaily.com.my
Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video
pengetahuan tambahan ni.. hehe..
ReplyDeleteknah setuju ngan Kamsiah..masa sakit rasa taubat xnak bersalin lagi.. tp anak tula penawarnya..
ReplyDeletesalam blogging , ok lah tu berkongsi -kongsi info .. done klik :)
ReplyDeleteinfo yg berguna Kak Farah :) takleh nak bayang sakit mama masa mengandung dulu..
ReplyDeletep/s : Hana sihat aje, cuma sekarang baru dapat update blog + blogwalking.. hehe :D
tengkiu sharing info ni farah....
ReplyDeletesemoga sihat walafiat. thank for sharing
ReplyDeleteohhhh...baru tau pasal braxton hicks
ReplyDeletegood info..thanks dera sharing info yg sgt bagus utk rujukan kaum ibu dan bakal ibu
ReplyDelete@Sukma Haron
ReplyDeletekak watie, pengalaman yang mana mungkin dilupakan kan???
@Faizal Mohamad Twon Tawi
ReplyDeleteyer saya pernah dengar, kontraksi setiap kali nak bersalin tu berbeza dan kontraksi setiap orang tu berbeza...
@Sally Samsaiman
ReplyDeleteha ha ha, sally ni lawaklah...
@❤Kamsiah❤
ReplyDeleteramai orang cakap, bila dah tengok baby dah hilang dah semua sakit tu...
@Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah
ReplyDeleteabak apakah maksudnya itu??? tengah membayangkan kesakitan ke? he he he...ke terkejut??? general knowledge ni untuk abak ni...he he he...
@Maria Firdz
ReplyDeletemaria itu jugalah yang sering akak dengar... he he he...
@Sayur Paku
ReplyDeletesebab tu lah kita kena menghargai wanita dan ibu kan?
@Gombug
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi melawat Bubblynotes...In Shaa Allah akan membuat kunjung balas...
ingatkan nama ubat apa tadi..hahaha..
ReplyDelete@aisya
ReplyDeleteyup yup pengetahuan tambahan...
@~Kak Nah Backyard (^_^)~
ReplyDeletesetuju setuju, cakap orang yang berpengalaman ni kena dengar...
@Abee Sam
ReplyDeleteterima kasih Abee Sam... ^_^
@Haruno Hana 하나
ReplyDeletesebab tu kena hargai mama kay? jangan buat mama sedih dan sentiasa cuba bahagiakan serta gembirakan mama... ^_^...
Alhamdulillah Hana sihat...
@jaakechik
ReplyDeletemy pleasure jaa...
@Faizal Mohamad Twon Tawi
ReplyDeleteterima kasih faizal and my pleasure... ^_^
@SecretOfShaila
ReplyDeletenow that you know... *_^
@Mimi Azirah
ReplyDeletemy pleasure dear...
@husna zahidi
ReplyDeletebukan nama ubat husna tapi nama sejenis kesakitan...he he he...
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.