Air Gula Perisa Anggur!!!

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from Google
Hari Jumaat yang lepas ada bercerita sedikit tentang saya yang nak kena minum air gula kan??? Dalam entri di SINI ... Macam2 yang difikirkan kepala ni "uols" sebelum pergi minum air gula tu dan macam2 yang dibayangkan setelah membaca dan mendengar cerita2 dari kawan2 yang mengatakan air gula tu tak sedap dan rasa gulanya sangat pekat!!! Apakah? Betulkah? Dan berfikir2 sama ada betul ke cakap "my gynae" yang rasa air gula di "medical centre" yang saya pergi ni ada "flavor" dan sedap??? 

Jadinya, malam Sabtu hari tu, berpuasalah Cik Puan Bubbly bermula dari pukul 12.00 pagi... ^_^... Pagi2 Sabtu seawal 7.00 pagi dah semangat bersiap dan "travel" ke "medical centre" yang berkenaan... Sampai "medical centre" lebih kurang dalam pukul 8.30 a.m.... daftar, timbang berat... aiyarks...berat dah Cik Puan Bubbly... biasalah "carry baby" kan??? *_^... Kalau tak betul2 boleh lawan berat badan suami "ai" pula "uols"...wakakakaka... Al-maklumlah selera makan meningkat2 dengan mendadak sejak kebelakangan ni... lepas timbang berat, "check blood pressure", lepas tu "urine" dan selepas tu...jeng jeng jeng...tangan kena cucuk dengan pen untuk "test" gula dalam darah...dan bacaan sebelum minum air gula adalah 4.7...kemudian tibalah masa untuk minum air gula!!! Tenang jer waktu tu...wahhhh... bila mula jer masuk dalam tekak air gula tu... MEMANG SEDAP!!! tak tipu "uols"... air gula perisa anggur... ikhlas ni cakap...memang sedap...seronok jer minum, rasa macam nak minta segelas lagi...he he he... "So, it is not as scary as I'm imagining it..." dan tak ada rasa nak muntah langsung!!! Sedapppp.... 

KENAPA PERLU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL??? 
Bagi yang belum pernah ada pengalaman mesti tertanya2 kenapa kena minum air gula semasa hamil kan??? Antara sebab2nya kenapa ibu2 mengandung perlu minum air gula adalah:

1. Boleh dikatakan kesemua ibu yang sedang hamil disarankan ambil minuman bergula.
2. Sebab potensi ibu hamil diserang penyakit diabetes adalah tinggi walaupun pada awalnya mereka tidak pernah menghidap diabetes sebelum ini.
3. Apabila berat badan ibu hamil tersebut melebihi 80kg atau berat badan naik secara mendadak. (ooopss... akak tak tergolong dalam kategori ni...berat pun tak cecah 80kg ok??? *_^ gemuk gila tu...)
4. Sejarah diri atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini. Sama ada dari ibu atau bapa atau kedua2nya sekali. Ataupun sejarah kehamilan yang sebelum ini.

Kaedah minum air gula bagi ibu hamil ni dipanggil "Oral Glucose Tolerance Test" (OGTT) iaitu ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk meminum air gula dan pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula. Ada gak yang panggil MGTT.

Lepas dah minum air gula, bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi, saya tak dibenarkan makan atau minum apa2... kena tunggu 2 jam...masa tu, alahaiii bosannya kena tunggu 2 jam...he he he.. bateri Ms. Apple pun dah hampir nak jadi nyawa2 ikan sebabnya dok sibuk layan FB, Twitter, Instag dan Candy Crush... sementara nak tunggu 2 jam tu.... 

Source Extracted from Google
Lepas 2 jam...tepat pukul 11.00 pagi... terus jer saya gi jumpa "nurse" tu balik, sebab dah lapar...wakakaka...tak sabar2 kan? terus kena cucuk balik untuk "test" gula dalam darah macam gambar kat atas tu!!! Yayyyyy!!! Syukran, Alhamdulillah...bacaan menunjukkan 4.7... normal... saya tak ada diabetes!!! ^_^...

KENAPA PARAS GULA DALAM DARAH PERLU DIKAWAL??? 
Sebabnya ibu mengandung yang menghidap kencing manis mungkin akan menghidapi risiko berikut:

1. Meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan.
2. Janin menjadi lebih besar untuk kelahiran secara pembedahan.
3. Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing meningkat yang dipanggil pre-eklampsia.
4. Cecair likuor dalam kantung janin meningkat.
5. Jangkitan sistem pundi kencing.
6. Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi.
7. Kematian bayi dalam kandungan mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Alhamdulillah, setakat ni, tiada darah tinggi, tiada kencing manis... Semoga berterusanlah sihat hendaknya keadaan diri ini sehingga ke akhir fasa kehamilan... ^_^ 

*Pada yang bakal minum air gula tu...jangan seriau2 dan bayangkan bukan2 ek? Yang penting kena berfikiran positif dan kalau kena minum air gula yang tak ada perisa tu, anggapkan macam tak ada apa2 pun... kena set mental dengan kuat tau... "Just" fikir, kita buat ni semua demi kebaikan diri sendiri dan juga "baby" dalam kandungan jer.... "Trust me"...kita wanita yang kuat dan tabah pasti boleh melaluinya... 

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mula-mula fikir ingat memang ada perasa dekat gula tu..bila baca tang bawah tu,just kena imagine je ker farah..oh no!! ramai yang tak suka pada part nie..

    ReplyDelete
  2. oh tidak pada air gula....manis tu....

    ReplyDelete
  3. Salam Isnain Farah...Bestnya air anggur tu...yummy..yummy..

    ReplyDelete
  4. weee.. perisa anggor memang sedap ^_^

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...farah,

    moga farah dan baby sihat k.. amin,

    mselim3

    ReplyDelete
  6. ok kak..
    take note.
    lpas ni air gula apple pulak rasa.
    hehe.

    ReplyDelete
  7. siyess akak ckp sedap air gula tu..
    eja mnum dekat sejam br nk habis..huhu

    ReplyDelete
  8. kalau KK bg yg takde perisa.erghh, mmg kaw2 rs nya.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kak farah.. semoga baby akak membesar dgn sihat.. =D

    ReplyDelete
  10. moga akak dan baby sihat hendaknya, amin :)

    ReplyDelete
  11. air gula ni dipanggil glukos, buka air gula yang kita kacau gula pasir ngn air panas tu.. hihihihi...

    moral of the story, jgn terlalu dgr ckp2 org. pegalaman dia ngn kita tak sama.

    sama gak mcm rasa sakit bersalin, 10 org yg ditanya, 7 yg jawab sakit, sakit, sakit. pastu yg belum merasai terus percaya. dan terus jadik takut.

    padahal nanti kita sendiri yang rasa lak lain, ada jugak yg mudah. macam jaa jugak. hihihi...

    ReplyDelete
  12. Mula-mula anak sulung dulu, air gula yg tak ada perisa, dah tu, pekatnya Ya Rabbi...Nak terpengsan rasanya, kalo muntah kena minum balik, hadui yai..nasib sekarang dah tak macam tu lagi

    ReplyDelete
  13. dulu-dulukan farah..serius..air gula pekat tu semata-mata, memang..eee..tak taula nak cakap, tapi sekarang ni pelikkan..korang pregnant sulung pun dah kena minum air gula ye..kami dulu dah masuk umur 30-an baru kena minum air gula ni, orang muda sekarang dah ramai yang kena kencing manis kot...

    ReplyDelete
  14. kan... sedap aje.. hehe... saya tggu check up akn dtg la bru tahu result... diorg tak gtau pun brpa.. debarlak nk tggu mggu depan.. huhu

    ReplyDelete
  15. Rasanya rata rata ibu mengandung zaman ni kena minum air gula lebih lagi yg ada keturunan.....Alhamdulilah....

    ReplyDelete
  16. ye memang untuk kebaikan ibu dan baby. Tapi selalu dengar rungutan member, tak sanggup nak minum. hihi

    ReplyDelete
  17. alaaa.. klu perisa anggur petik jari je minum.. hik3 (amboih.. eksyen yea.. kui3)

    ReplyDelete
  18. manis2 dan mula la kedatangan kencing manis..ouh tidak..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !