 |
Source Extracted from Google |
Hari Jumaat yang lepas ada bercerita sedikit tentang saya yang nak kena minum air gula kan??? Dalam entri di
SINI ... Macam2 yang difikirkan kepala ni "uols" sebelum pergi minum air gula tu dan macam2 yang dibayangkan setelah membaca dan mendengar cerita2 dari kawan2 yang mengatakan air gula tu tak sedap dan rasa gulanya sangat pekat!!! Apakah? Betulkah? Dan berfikir2 sama ada betul ke cakap "my gynae" yang rasa air gula di "medical centre" yang saya pergi ni ada "flavor" dan sedap???
Jadinya, malam Sabtu hari tu, berpuasalah Cik Puan Bubbly bermula dari pukul 12.00 pagi... ^_^... Pagi2 Sabtu seawal 7.00 pagi dah semangat bersiap dan "travel" ke "medical centre" yang berkenaan... Sampai "medical centre" lebih kurang dalam pukul 8.30 a.m.... daftar, timbang berat... aiyarks...berat dah Cik Puan Bubbly... biasalah "carry baby" kan??? *_^... Kalau tak betul2 boleh lawan berat badan suami "ai" pula "uols"...wakakakaka... Al-maklumlah selera makan meningkat2 dengan mendadak sejak kebelakangan ni... lepas timbang berat, "check blood pressure", lepas tu "urine" dan selepas tu...jeng jeng jeng...tangan kena cucuk dengan pen untuk "test" gula dalam darah...dan bacaan sebelum minum air gula adalah 4.7...kemudian tibalah masa untuk minum air gula!!! Tenang jer waktu tu...wahhhh... bila mula jer masuk dalam tekak air gula tu... MEMANG SEDAP!!! tak tipu "uols"... air gula perisa anggur... ikhlas ni cakap...memang sedap...seronok jer minum, rasa macam nak minta segelas lagi...he he he... "So, it is not as scary as I'm imagining it..." dan tak ada rasa nak muntah langsung!!! Sedapppp....
KENAPA PERLU MINUM AIR GULA SEMASA HAMIL???
Bagi yang belum pernah ada pengalaman mesti tertanya2 kenapa kena minum air gula semasa hamil kan??? Antara sebab2nya kenapa ibu2 mengandung perlu minum air gula adalah:
1. Boleh dikatakan kesemua ibu yang sedang hamil disarankan ambil minuman bergula.
2. Sebab potensi ibu hamil diserang penyakit diabetes adalah tinggi walaupun pada awalnya mereka tidak pernah menghidap diabetes sebelum ini.
3. Apabila berat badan ibu hamil tersebut melebihi 80kg atau berat badan naik secara mendadak. (ooopss... akak tak tergolong dalam kategori ni...berat pun tak cecah 80kg ok??? *_^ gemuk gila tu...)
4. Sejarah diri atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini. Sama ada dari ibu atau bapa atau kedua2nya sekali. Ataupun sejarah kehamilan yang sebelum ini.
Kaedah minum air gula bagi ibu hamil ni dipanggil "Oral Glucose Tolerance Test" (OGTT) iaitu ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk meminum air gula dan pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula. Ada gak yang panggil MGTT.
Lepas dah minum air gula, bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi, saya tak dibenarkan makan atau minum apa2... kena tunggu 2 jam...masa tu, alahaiii bosannya kena tunggu 2 jam...he he he.. bateri Ms. Apple pun dah hampir nak jadi nyawa2 ikan sebabnya dok sibuk layan FB, Twitter, Instag dan Candy Crush... sementara nak tunggu 2 jam tu....
 |
Source Extracted from Google |
Lepas 2 jam...tepat pukul 11.00 pagi... terus jer saya gi jumpa "nurse" tu balik, sebab dah lapar...wakakaka...tak sabar2 kan? terus kena cucuk balik untuk "test" gula dalam darah macam gambar kat atas tu!!! Yayyyyy!!! Syukran, Alhamdulillah...bacaan menunjukkan 4.7... normal... saya tak ada diabetes!!! ^_^...
KENAPA PARAS GULA DALAM DARAH PERLU DIKAWAL???
Sebabnya ibu mengandung yang menghidap kencing manis mungkin akan menghidapi risiko berikut:
1. Meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan.
2. Janin menjadi lebih besar untuk kelahiran secara pembedahan.
3. Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing meningkat yang dipanggil pre-eklampsia.
4. Cecair likuor dalam kantung janin meningkat.
5. Jangkitan sistem pundi kencing.
6. Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi.
7. Kematian bayi dalam kandungan mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.
Alhamdulillah, setakat ni, tiada darah tinggi, tiada kencing manis... Semoga berterusanlah sihat hendaknya keadaan diri ini sehingga ke akhir fasa kehamilan... ^_^
*Pada yang bakal minum air gula tu...jangan seriau2 dan bayangkan bukan2 ek? Yang penting kena berfikiran positif dan kalau kena minum air gula yang tak ada perisa tu, anggapkan macam tak ada apa2 pun... kena set mental dengan kuat tau... "Just" fikir, kita buat ni semua demi kebaikan diri sendiri dan juga "baby" dalam kandungan jer.... "Trust me"...kita wanita yang kuat dan tabah pasti boleh melaluinya...
mula-mula fikir ingat memang ada perasa dekat gula tu..bila baca tang bawah tu,just kena imagine je ker farah..oh no!! ramai yang tak suka pada part nie..
ReplyDeleteoh tidak pada air gula....manis tu....
ReplyDeleteSalam Isnain Farah...Bestnya air anggur tu...yummy..yummy..
ReplyDeleteweee.. perisa anggor memang sedap ^_^
ReplyDeleteAssalammualaikum...farah,
ReplyDeletemoga farah dan baby sihat k.. amin,
mselim3
ok kak..
ReplyDeletetake note.
lpas ni air gula apple pulak rasa.
hehe.
siyess akak ckp sedap air gula tu..
ReplyDeleteeja mnum dekat sejam br nk habis..huhu
kalau KK bg yg takde perisa.erghh, mmg kaw2 rs nya.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak farah.. semoga baby akak membesar dgn sihat.. =D
ReplyDeletemoga akak dan baby sihat hendaknya, amin :)
ReplyDeleteair gula ni dipanggil glukos, buka air gula yang kita kacau gula pasir ngn air panas tu.. hihihihi...
ReplyDeletemoral of the story, jgn terlalu dgr ckp2 org. pegalaman dia ngn kita tak sama.
sama gak mcm rasa sakit bersalin, 10 org yg ditanya, 7 yg jawab sakit, sakit, sakit. pastu yg belum merasai terus percaya. dan terus jadik takut.
padahal nanti kita sendiri yang rasa lak lain, ada jugak yg mudah. macam jaa jugak. hihihi...
Mula-mula anak sulung dulu, air gula yg tak ada perisa, dah tu, pekatnya Ya Rabbi...Nak terpengsan rasanya, kalo muntah kena minum balik, hadui yai..nasib sekarang dah tak macam tu lagi
ReplyDeletedulu-dulukan farah..serius..air gula pekat tu semata-mata, memang..eee..tak taula nak cakap, tapi sekarang ni pelikkan..korang pregnant sulung pun dah kena minum air gula ye..kami dulu dah masuk umur 30-an baru kena minum air gula ni, orang muda sekarang dah ramai yang kena kencing manis kot...
ReplyDeletekan... sedap aje.. hehe... saya tggu check up akn dtg la bru tahu result... diorg tak gtau pun brpa.. debarlak nk tggu mggu depan.. huhu
ReplyDeleteTak tau la bila my turn plak.. Huhu..
ReplyDeleteZon Permaisuri Chomel
Rasanya rata rata ibu mengandung zaman ni kena minum air gula lebih lagi yg ada keturunan.....Alhamdulilah....
ReplyDeleteye memang untuk kebaikan ibu dan baby. Tapi selalu dengar rungutan member, tak sanggup nak minum. hihi
ReplyDeletealaaa.. klu perisa anggur petik jari je minum.. hik3 (amboih.. eksyen yea.. kui3)
ReplyDeletemanis2 dan mula la kedatangan kencing manis..ouh tidak..
ReplyDeleteBestnya dpt air gula perisa anggur
ReplyDelete