![]() |
Source Extracted from Google |
Bila teringat buku2 serta "paper work project and thesis" semasa "study" dulu yang ada tersusun rapi kat dalam satu bilik khas di rumah tu, tiba2 seakan2 terpanggil untuk berkongsi pula tentang adab kita terhadap buku2. Oh ya, saya masih menyimpan segala bagai buku2 semasa "study" dulu dan juga segala bagai "assignments, notes, paper work project and thesis" sebab sayangkan benda2 tu semua... kenangan indah tu sewaktu belajar, yang mana kenangan tu mana mungkin boleh berulang lagi kan??? Melainkan kalau saya dah cukup syarat nak sambung belajar balik...Syarat??? He he he...Syarat tu adalah duit... Kan ke masih "survey" nak keluarkan akaun 2 EPF saya untuk buat MBA... jadi tak cukup lagi la tu... ^_^
Buku pun perlu dihormati dan dijaga serta ada adabnya. Cuba perhatikan jap kat almari atau rak buku kat rumah "uols"...Macam mana "uols" menyusun buku di rak atau di almari??? Adakah "uols" menyusun mengikut sesuka hati atau "uols" menyusun mengikut peraturan atau sistem tertentu yang memudahkan "uols" untuk mengesan dan mendapatkan kembali buku yang disusun itu? Inilah yang terfikir dalam kotak pemikiran saya sekarang.
Kita mungkin tidak mempunyai masalah jika "books collection" kita masih kecil "but then", bila mana "books collection" tu dah menimbun, "we might face a big problem". Kalau lebih canggih lagi, apakah kita menyusun buku berdasarkan klasifikasi tertentu seperti Dewey Decimal Classification (DDC). DDC ialah sistem utama pengelasan buku yang digunakan oleh perpustakaan di seluruh dunia yang telah dikembangkan pada tahun 1873 oleh Melville Dewey, pustakawan dari Amerika. Sekiranya kita tidak berdasarkan klasifikasi tertentu, kita perlu mempunyai sistem sendiri yang sistematik, yang mana dalam jangka masa panjang tidak akan menyusahkan kita "especially whenever your personal library collection or your home library getting bigger"
Keperluan pada klasifikasi yang standard sebenarnya merupakan satu adab untuk menjaga dan menghormati buku. Dalam sejarah tradisi ilmu silam, sama ada Islam, Yunani ataupun China, terdapat tradisi adab menghormati buku. Melalui tradisi, kita diajar adab menghormati ilmuan: orang bijak pandai dan alim ulama. "Logically", ia juga menggambarkan perlunya penghormatan terhadap buku. Buku dihormati bukan kerana fizikalnya tetapi isinya yang mencerdaskan umat manusia. ^_^
Tidak hairanlah dalam tradisi ilmu Islam, adab menjaga dan menghormati buku amat ditekankan sebagaimana saranan Musa al-Almawi (meninggal dunia pada tahun 1573) sepertimana yang dipetik oleh Franz Rosenthal dalam buku klasiknya The Techniques and Approach of Muslim Scholarship (1974). Menurutnya, buku2 harus disusun menurut "subject", dan buku yang paling penting harus ditempatkan paling atas. Susunan berikut harus dipatuhi:
1. Al-Quran
2. Tafsir Al-Quran
3. Kitab Hadith
4. Komentar terhadap Kitab Hadith
5. Kitab2 Usuluddin
6. Kitab2 Feqah
7. Buku2 Tatabahasa, Puisi dan Ilmu yang lain-lain.
Melalui pembacaan saya di buku "Keunggulan dan Keanehan Buku"... Ibnu Jamaah pula menambahkan saranan yang lebih terperinci...
Jika ada dua buku tentang subject yang sama, maka buku yang lebih banyak mengandungi kajian Al-Quran atau hadith hendaklah ditempatkan di sebelah atas. Jika dalam hal itu kedua2nya sama, maka sejauh mana pentingnya pengarang buku tersebut mesti dipertimbangkan. Jika dalam hal itu kedua2 pengarang sama tersohor, maka pengarang yang lebih tua umurnya dan lebih diperlukan ilmunya ditempatkan lebih atas. Kalaupown dalam hal ini kedua2nya sama, maka buku yang lebih benar atau diyakini penulisannya harus ditempatkan di atas.
Ibnu Jamaah menyatakan lagi, buku2 berukuran besar tidak sewajarnya diletakkan di atas buku2 berukuran kecil, agar longgokkan buku tidak sering roboh.
Judul buku hendaklah ditulis pada pinggiran luarnya. Sebuah daftar judul bab harus ditulis dalam sampul yang berhadapan dengan "lidah jilidan". Jika tidak, maka penulisan daftar tersebut akan terbalik.
Musa al-Amawi menyatakan, buku tidak boleh dijadikan tempat menyimpan lembaran2 kerta atau benda2 lain yang serupa.
Buku tidak boleh dijadikan bantal (rupa2nya al-Amawi telah menjangkakan tabiat buruk sebahagian daripada kita, dijadikan kipas, sandaran punggung atau alasan berbaring, atau digunakan untuk membunuh lalat.
Untuk menanda halaman yang sedang dibaca, pinggir atau sudut halaman buku tidak boleh dilipat. Orang yang kurang cerdik sahaja yang sering melakukan hal itu (sekali lagi al-Almawi sudah menjangkakan kebiasaan buruk kita. Penanda bacaan selembar kertas atau yang menyerupainya harus diguna, tetapi tidak boleh bahan daripada potongan kayu atau apa pown bahan yang diperbuat daripada bahan yang keras.
Menyalin Buku
Seorang penyalin yang menyalin halaman2 daripada buku haruslah suci daripada hadas dan menghadap kiblat. Badan, pakaian, tinta serta kertas yang digunakan haruslah bersih.
Setiap manuscript harus bermula dengan Bismillah. Jika pengarang asalnya terlupa, si penyalin harus membuat penambahan. Selanjutnya si penyalin hendaklah menuliskan: "Telah berkata Syeikh..." atau "pengarang mengatakan...". Selanjutnya dia harus menyalin teks buku sebagaimana yang ditulis oleh pengarangnya.
Setelah ditulis, buku atau jilid buku harus disudahi dengan puji2an kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW.
masa sy sekolah dulu cikgu pun ckp mcm ni jugak.smpai skrg sy masih igt...tq igt kan sy sekali lg :)
ReplyDeleteSy jenis yg tak suka lipat helaian buku.. nak preserve katanya.. kalau lipat2 ni nanti cepat rosak, mudah terkoyak dan tak nampak cantik dan terjaga.. Tak kisah lah novel atau ref books atau apa2 buku sekalipun.. :)
ReplyDeleteena tak byk sgt koleksi buku sbb masa banjir habis buku2 tenggelam huhuhu sedih
ReplyDeletebyknye buku akak
ReplyDeletebaru yumida tahu adab menyalin buku
nice sharing kak
Tulah. Lia pon xduke men lipat buku ngen buka buku luas2.. Kdg2 terpakse kedekutkn diri drp bg dkt sstgh org yg xreti nk jge buku. Haha
ReplyDeleteXsuke*
ReplyDeleteBaru tau pasal adab terhadap buku ni.. Kalau Farah taj share haram tak tau.. Huhu.. Btw, thanks tau sudi berkongsi ilmu ni.. Berguna sangat.. =)
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya juga tidak membuang buku masa saya belajar dulu.
ReplyDeletehu2.. buku2 sekolah masa kecik2 dulu masih ada dalam simpanan abah, sebab abah sayang nak buang/bakar.. semuanya disimpan rapi sampailah dah kena air banjir pun still jemur lik dan kering simpan balik.. alahai.. so sweet abah ni.. dia kata nak simpan buat kenang2 kami masa sekolah rendah dulu..
ReplyDeletesaya mmg suka ada bilik khas utk buku aka study ...
ReplyDeletetq atas perkongsian info.. saya masih simpan lagi nota2 masa study... di bakar katanya membakar ilmu.. wallahualam....
ReplyDeletebuku zmn ayah sya sekolah dulu msih tersmpan rapi... syg nk buang... tpi bdk2 zamn skrg mmg x reti hrgai buku....
ReplyDeleteTQVM sis. Atas perkongsian ilmu ini...
ReplyDeleteRos baru tahu adab-adab ni. Rupanya tak lipat ye helaian buku. thanx Farah share ni. Amat bermanfaat.
ReplyDeletebyk mcm mane pun buku kite al quran memg kte kne utama kan
ReplyDeleteAssalammualaikum...farah,
ReplyDeletemacam mselim3 ada satu mini pustakaan di rumah... buat satu rak... al-quran,tafsiran al-quran dan buku2 ilmiah yh lain..
mselim3
buku-buku sekolah akak habis mak buang selepas roboh rumah lama...sayang...susah-susah nak beli buku-buku tebal masa study dulu...ralat rasanya....
ReplyDeletesekarang buku anak-anak akak simpan dlm kotak, takder tempat nak simpan ingat nak beli almari...lagi satu pantangnya buku jangan langkah nanti hilang segala ilmunya.....
Sally buku study je duduk satu tempat..yg lain kelaut!
ReplyDeleteFarah tak banyak koleksi buku la akak..tpi insyaallah rumah baru farah nnti mmg ada ruang khas utk bilik bacaan.. masa tue baru la nk start kumpul bahan2 bacaan nie..=D
ReplyDeletesaya kelaskan buku ikut subjek kak. kalau buku agama ada satu rak khas.. al-quran tempat yg paling atas
ReplyDeleteKita punya collection buku punyalah banyak. dari sekolah rendah lagi..dah tak ada tempat nak simpan farah..
ReplyDelete"Buku dihormati bukan kerana fizikalnya tetapi isinya yang mencerdaskan umat manusia" - betul,, rsa bersalah wlwpun nk langkah buku huhu
ReplyDeletesaya suka entri ini. teringat masa sekolah dahulu . Cikgu sejarah saya pesan, tidak rugi kita bawa buku ke mana (jaga dengan baik), ia mendatangkan berkat. barulah ilmu senang masuk
ReplyDelete