5 Fungsi Yogurt Untuk Perawatan Wajah

Farah Waheda Wahid
56
Source Extracted fraom Google
Yogurt memang "yummylicious"... dan yogurt yang paling saya suka adalah jenis "mixed fruit"... ^_^... Selain dari suka makan yogurt, saya juga kebiasaannya menggunakan yogurt untuk lembutkan rambut... Bila ada waktu2 terluang dan berkesempatan saya akan lumurkan seluruh rambut dengan yogurt (yogurt perisa asli lah ok? takkan yang "flavor" pula... kalau yang "flavor" tu lebih sedap dimakan begitu sahaja "uols"...*_^)... dan hasilnya rambut lebih lembut dan mudah diurus... guna jari pun boleh!!! ahakss... 

Tapi kali ni bukan nak bercerita tentang yogurt untuk makan atau yogurt untuk rambut... sebaliknya tentang 5 Fungsi Yogurt untuk Perawatan Wajah... 

YOGURT BOLEH MEMBERIKAN KELEMBAPAN PADA KULIT DAN MEMBUATKAN KULIT KELIHATAN CERAH
Lakukan "facial" dengan yogurt 2 atau 3 kali seminggu dan kulit "uols" akan menjadi lebih halus dan lembut. Tidak perlu susah payah membuat masker dan mencampurkan yogurt dengan bahan lain, hanya perlu menggunakannya dengan cara menyapukan yogurt di seluruh wajah secara rata setelah membersihkan muka dan bersihkan yogurt yang telah disapu pada wajah tadi selepas tempoh 10 minit. 

KANDUNGAN ZINK DI DALAM YOGURT SANGAT BAIK UNTUK KULIT TERBAKAR ("SUNBURN")
Tambahkan "essential oil" dari bunga chamomile pada segenggam yogurt, lepas tu sapukan pada kawasan2 kulit yang terbakar. 

YOGURT JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MELAWAN JERAWAT
Yup, yogurt memiliki kandungan antibakteria. Gunakan sikit dengan menyapu di kawasan2 berjerawat dan bersihkan setelah 30 minit. 

YOGURT DAN "LEMON" UNTUK KULIT CERAH
Campur beberapa sudu makan yogurt dengan air sari "lemon" untuk menjadikan kulit lebih cerah dan warnanya sama rata. Gunakan sebanyak 3 kali dalam seminggu dan "uols" akan mendapati kulit "uols" lebih cerah dan bercahaya.

KULIT HALUS DENGAN YOGURT DAN "OLIVE OIL"
Tambahkan satu sudu makan "olive oil" pada 3 hingga 4 sudu makan yogurt, dan gunakan masker selama 30 minit, 3 kali seminggu. Hasilnya, selain dari kulit menjadi lebih halus, garis2 halus akan berkurang secara semulajadi. 

Ingat tau, pakai yogurt asli yang tak ada perasa atau bau tambahan. Dan kalau kulit "uols" terasa gatal atau berjerawat lepas sekali gunakan yogurt, ini adalah tanda yang "uols" alergi terhadap yogurt atau mungkin juga semua produk dari susu. Jadi, tak payah gatal nak guna lagi...nanti rosak pula muka... ^_^ Setakat ni, segala yang saya cuba hasilnya menarik dan saya suka... Ikut kesesuaian kulit jugalah kan??? Tapi kalau nak mencuba tak ada salahnya...silakan... (at your own risk tau)...Saya pun dapat petua2 ni dari kawan2 dan juga dari hasil pembacaan ok...bukan suka2 buat sendiri dan jadi "beautician" tak bertauliah...wakakakaak... Pada yang rasa2 nak mencuba tu, selamat mencuba "peeps"... *_^ 

Post a Comment

56Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saya pon suka buat masker guna yogurt gak.. compare yogurt nestle dgn yogurt dutch lady, sy prefer dutch lady.. sy mix kan dgn esp shaklee + vit e shaklee.. kdg2 tu yogurt + madu pon ok... so far xda mslh dgn kulit wpun sbnr nya kulit sy sensitif.... lembut dan gebu gittew.... hehehe.....

    ReplyDelete
  2. selalu yougurt akak buat makan jerk..tak pernah lagi buat pada anggota badan..haruslah mencuba untuk jadi cantik kan...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Nak cantik kenalah bermodalkan Farah...kakau nak cantik tapi sayang duit....baik duk diam diam hehe

    ReplyDelete
  4. Wah! Banyak juga kelebihan yogurt ni ye.. Mieza suka makan jer.. Mixed berries yogurt jang! Hehehehe.. Lepas ni boleh la bermasker yogurt plak.. Thanks farah for sharing.. Mohon kebenaran nak share kat page.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  5. @cheq eem

    wah boleh campur dengan shaklee yer...nak cuba jugalah nanti... ^_^...thanks cheq eem bagi tips...

    ReplyDelete
  6. @Kisah Si Dairy

    farah dari sekolah lagi dah lumur yogurt ni kat rambut kak...

    ReplyDelete
  7. @hainom OKje

    tapi yogurt ni modal dia tak adalah tinggi sangat OKje... he he he...apa orang kata, mampu milik??? cenggitulah...

    ReplyDelete
  8. @Rosmiza Ali

    mieza yang mixed berries tu farah pun suka... he he he...boleh jer silakan... happy sebab mieza sudi share...

    ReplyDelete
  9. suka jugk MG wat masker tapi kan nak letak kt muka tu tebal ke nipis ea?
    haha..

    ReplyDelete
  10. waahhhh I like entry pasal kecantikan nih..hehe...anyway..tqvm!!

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya yogurt. Best dimakan dan dijadikan masker sebab texturenya yg lembut gitu.

    Nice tips sis Farah :)

    ReplyDelete
  12. alamak sygnye nak lumurkan yogurt kat muka...gulps...nak cuba jugak la nnt.

    ReplyDelete
  13. Shark kureng sket yogurt ni..
    Tp kalu dmam yogurt yg dicari.
    Hehe.

    ReplyDelete
  14. Banyak kegunaan yogurt ni rupanya...lepas ni boleh cubalah. Thanks sharing!

    ReplyDelete
  15. selalu yogurt ni masuk mulut terus je kak.. haha.. sy suka yg peach, mixed berries pun yummy jugak. hehe

    ReplyDelete
  16. Kita pernah try farah..tapi tak consistent..so effect dia tak nampak lagi..he..he. Nway kita memang suka yogurt...

    ReplyDelete
  17. Kenit tk try lg nak letak kt muke. Tapi kenit suka.minum yogurt bliss tu. Yogurt yg lain tu kureng sikit sebab masham hehe

    ReplyDelete
  18. Lama tak makan yogurt. Anis suka strawberry, nyum nyum. Nanti nak cuba jugak lah buat masker. :)

    ReplyDelete
  19. selalunya yogurt akak buat makan sebab sedap, tapi kalau facial tu pernah buat sekali...sejuk jer.....

    ReplyDelete
  20. nice sharing farah..tapi akak lebih suka makan yogurt dari letak kat muka..haha..

    ReplyDelete
  21. thanks for sharing kak farah :)

    ni kena guna yogurt kosong or mixed berries yek?

    ReplyDelete
  22. mmg betul sgt, KA pun pernah wat entry tentang kebaikan yogurt ni !

    ReplyDelete
  23. hehe.. tak dpt bygkan gune klu gune yogurt yang ader perisa.. kompom semut dtg bertenggek kt muke.. hehe..

    ReplyDelete
  24. Selamat pagi kak Farah.. Ros tak makan yogurt la.. macam mana ni?.. hihi

    ReplyDelete
  25. isteri saya memang peminat yugort. tidak sangka pula boleh merawat wajah

    ReplyDelete
  26. Petua yg sgt2 berguna..murah pun murah kan....

    ReplyDelete
  27. akak suka makan strawberry yogurt..mmm

    ReplyDelete
  28. @Jia Rizaira

    jia, yogurt tak ada perisa tu tak apa, kalau yang ada perisa tu memang sayang... hu hu hu...baik makan jer...he he he...

    ReplyDelete
  29. @Shark Kay

    takper shark kalau kurang sikit, ni nak lumur kat muka jer...tak suh makan pun...ekekeke...

    ReplyDelete
  30. @Mia Kassim

    nanti dah cuba gi tau mia...he he he...my pleasure...

    ReplyDelete
  31. @aisya

    kalau yang berperisa memang akak terus masuk mulut jer...ekekeke..especially yang mixed berries...yummylicious...

    ReplyDelete
  32. @Raudzah Z

    yeay kita sama2 suka yogurt... nak consistent tu memang memerlukan semangat yang tinggi kan? he he he... i know how does it feels...

    ReplyDelete
  33. @Kenit Cinonet

    yogurt bliss tu kalau minum mesti asyik nak ke tandas jer kenit...hu huhu...

    ReplyDelete
  34. @Anis Athia

    strawberry yogurt masuk mulut tau anis, yogurt tak ada perisa buat masker... he he he...

    ReplyDelete
  35. @Sukma Haron

    memang best jer rasa kan kak letak yogurt kat muka...

    ReplyDelete
  36. @mama_ka0ri

    yang ada perisa sedaplah makan kak, yang plain kita letaklah kat muka...he he he...

    ReplyDelete
  37. @Danee

    danee kena guna yang kosong tu jer... yang mixed berries kita makan sesama ek? *_^

    ReplyDelete
  38. @Kesuma Angsana

    yogurt ni sebenarnya banyak kegunaannya kan kak?

    ReplyDelete
  39. @Hafiza AizZawa

    jadinya jangan guna yogurt yang berperisa tau...nanti semut pula yang menghurung...

    ReplyDelete
  40. @ros_reeza

    ros ni tak payah makan, ni letak jer kat muka...sapu...he he he...

    ReplyDelete
  41. @Faizal Mohamad Twon Tawi

    Faizal selain merawat wajah boleh rawat rambut sekali tau... ^_^

    ReplyDelete
  42. @SecretOfShaila

    yogurt kiranya memang beneficiallah untuk semua pun...

    ReplyDelete
  43. hebatnyee yougurt bolehh gune utk satu badan..lg2 utk skin..

    ReplyDelete
  44. Kak, sy nk tnyer ni, kan akak kata yogurt+lemon tu utk cerahkan kulit kan.. mcm mner nk guna, kene lumur ke seluruh badan atau kene mandi pakai adunan yogurt+lemon tu?
    PLEASE.. URGENT

    ReplyDelete
  45. Salam. Klu wat masker tuk 1 mlm leh x? Pagi esok baru cuci...

    ReplyDelete
  46. Tp kalau guna yg berperisa,ada effect tak elok ke?

    ReplyDelete
  47. Kalau guna yg perisa letak kat muka mmg xboleh ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !