Sistem Operasi Baru dari Apple iOS 7

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Tiba2 jadi bersemangat nak bercerita...wakakakaka...pagi tadi masa nak "charge" Ms. Apple dengan menggunakan PC Office, tiba2... jeng jeng jeng, dapat "notification" yang iOS 7 dah available untuk update pada Ms Apple... Memang hari tu ada dengar2 diaorang dok kepoh2 cerita pasal iOS 7 ni... wah nampak gayanya dah "release" dah ni... Jadi dengan gatal tangannya...akak pun "update"lah daripada iOS 6 kepda iOS 7....

Apakah Kelebihan iOS7?

Dikatakan iOS7 adalah satu perisian "mobile" yang cuba memperbaharui segala perspektif dalam telefon pintar iPhone supaya lebih mesra pengguna. Paparan skrin mengalami banyak perubahan yang menarik dari segi ikon aplikasi, "control centre', "multitasking", kamera dan "photo" (galeri gambar), semuanya diperbaharui.
iOS 7  dilengkapi dengan teknologi "Airdrop". Melalui aplikasi, pengguna boleh berkongsi gambar dan data lain dengan hanya menggunakan talian 3G, LTE ataupun WiFi.  "Airdrop" tidak memberi masalah kepada pengguna kerana teknologi itu sudah digunakan melalui sistem operasi X (OS X) yang digunakan pada komputer keluaran Apple. Dikatakan tidak akan timbul sebarang masalah mengenai kestabilan aplikasi "Airdrop" kerana ianya sudah pun diuji. Applikasi ini akan memudahkan pengguna peranti "Apple" kerana semua data, termasuk dokumen dan gambar boleh dikongsi dengan mudah tanpa perlu pelayaran Internet, mahupun teks pesanan ringkas (sms). Ia tidak memerlukan tetapan, ia mengesan individu menggunakan peranti Apple berdekatan secara automatik dan seterusnya melakukan perkongsian data.

Bagi versi iOS 7, "Apple" turut memperbaharui kamera dalam iPhone dengan pelbagai kesan khas baru. iTunes kini diperbaharui dengan iTunes Radio. Pelayaran web menggunakan Safari juga semakin bagus, pengguna boleh melayari paparan (tab) Internet tanpa batas. Integrasi dengan laman web sosial juga tidak lagi hanya terhad dengan Facebook dan Twitter, kini turut diintegrasikan dengan LinkedIn dan Flickr.

Sumber: SINI

Seronok juga bermain2 dengan iOS7 ni... sesuatu yang baru... skrin pun dah lebih cantik...he he he... Ms. Apple 5 dah "update iOS7", tinggal Ms. Apple 4 dan juga iPad sahaja sekarang ni... Contoh paparan skrin iOS7? Cer tengok kat bawah ni...


*Siapa2 yang pengguna Apple, jomlah cepat2 "explore" iOS terbaru ni... *_^... akak pun x habis "explore" lagi ni...hik hik hik... ooopsss... sila perhati betul2...akak tak ada pun apps Camera 360 ataupun Perfect 365 "hoccay"? Semua gambar "natural" jer giteww.... dan tak banyak sangat pun "download apps" melainkan "games and tools for browsing and blogging"...wakakaka.... Jap... tiba2 terfikir nak "download" pula "apps" Camera 360 tu, nak try tengok bagaimana kecanggihannya...he he he, kesian tertinggal "train" rupanya akak ni... *_^ wink wink...

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nak update iOS 7 jugak tapi takde iphone.. :(

    ReplyDelete
  2. Iphone 5 bff sally pun dah update...dia tu gila gadget :P

    ReplyDelete
  3. tak de kena mengena kot sebab tak pakai I phone huhu

    ReplyDelete
  4. pagi td fizi ada baca pasal ini dari fb kawan fizi..:)

    ReplyDelete
  5. wahhh..hu3, sy mmpu baca je :D iphone xde..pkai yg murah2 je kak..kalau bleh nk menyimpan dlu he3..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. sheila taksuka pakai apple. tak mesra alam. terus tukar samsung.. tapi sheila minat sony, camera dia awesome :)

    ReplyDelete
  7. Mmpu baca je.. Hehe... Mmpu pkai smsung je..

    ReplyDelete
  8. Saya pun dah update kat anroid saya.. jangan marah..

    ReplyDelete
  9. mmg elok upgrade klu dah ada depan mata ...

    ReplyDelete
  10. hihi..cik akak pakai nokia dan samsung je :)

    ReplyDelete
  11. Tu dia. Mau fenin nak katamkan iOS 7 nih.

    ReplyDelete
  12. Farah pakai noteII k.farah..huhuhu x brp nk minat dgn iphone..hehehe

    ReplyDelete
  13. AJ dah update pepagi bute lagi...
    Hehehheh...
    Sempatlah explore sikit....
    Wahhhhh.... Siapakah disebalik wallpaper itu??

    ReplyDelete
  14. umi pun dah update semalam...masih dok godek-godek lagi yg iOs7 ni...semua umi suka cuma tang icon je cam kena ngan mata umi ni huhuhu...

    ReplyDelete
  15. Nak upgrade limit internet pulak abis ... tunggu je la bila dah ok

    ReplyDelete
  16. iol pakai samsung
    alahhhhh samsung x update pape ke haha

    ReplyDelete
  17. salam kenal..apa yg nak buat saya pakai hp lama jer ...

    bila update sukalah tu.

    jemputlah ke blog saya http://cahayacinta.com/ blh tukar cerita nanti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !