Sibuk Dengan Bajet 2014???

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from Google
Ho ho ho, orang lain sibuk dengan Bajet 2014 Negara, saya pun sibuk juga dengan Bajet 2014 Keluarga... Ahakss... Sibuk jer kan??? Nak juga sibuk dengan bajet2 ni, eh tapi baguslah kan? Merancang kewangan... Lebih2 lagi tahun depan In Shaa Allah, kalau tak ada aral melintang, dari berdua jadilah bertiga... In Shaa Allah, semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT dan dilancarkan... 

Bagi yang dah mempunyai pengalaman tu, mesti dah tau dah macam mana jenis bentuk perbelanjaan dan kewangannya ye tak? Bagi yang belum berpengalaman macam saya? Baru pertama kali ni, mestilah fikiran tu asyik berlegar2 jer... Tapi orang kata, rezeki anak kita tak tau kan? Dan anak tu kan rezeki??? ^_^... Bukannya apa, apa2 pun kalau pun mampu sekalipun hatta duit boleh "cover" or beli bangunan sekalipun, perancangan kewangan tu kan penting... Silap langkah maunya jerat diri sendiri dan keputusan bekalan kewangan... hu hu hu... 

Setiap keluarga mesti mempunyai perancangan kewangan yang betul. Selalunya si suami yang akan merancang kewangan dalam sesebuah keluarga kerana lazimnya suami yang mencari nafkah untuk menyara keluarga. Perbelanjaan dalam mengurus keluarga perlu dirancang dengan baik supaya ianya dapat diatur dan diguna apabila perlu terutama pada waktu kecemasan... Tapi dalam hal kami? Saya rasa pasangan lain pun macam tu juga. Apa yang penting kerjasama... Takkan nak harapkan suami jer? Kesianlah kat dia, saya dengan rela dan redha memang cuba "survive" sendiri tanpa bergantung pada suami 100%. Bukan kerana apa2 pun, tapi belajar untuk berdikari sedari awal. Tanggungjawab seorang suami tu memang lah perlu dilaksanakan kan? Tapi sebagai isteri pula, tak boleh ler nak lepas tangan dan ambil kesempatan pada suami dan anggapkan suami tu kilang cop duit. Nak ajer dapat, nak ajer dapat... Mau botak kepala suami "uols"...ekekeke..walaupun isteri berhak kan???

Sekarang ni, dah mula berfikir yang kewangan perlu dibahagikan untuk waktu kecemasan, urusan bayaran bulanan, hal2 keperluan asas, pendidikan anak2 (walaupun baru lahir pada waktu dan ketika itu kan? insurans?), hal2 santai dan juga perancangan nak menambah sesuatu aset. Fuyooo, banyak betul nak kena fikir ni...he he he... 

Ada segelintir yang berfikiran, "alah takpe, esok ada rezeki tersendiri". Alhamdulillah, memang prinsip inilah amalan ibu Imam Syafie. Tapi cermin balik diri, adakah kita hidup sebegitu sederhana seperti ibu beliau? Adakah kita sanggup tak makan bila ada pengemis datang ketuk pintu sebab kita beri satu2nya makanan kita pada dia? Adakah kita sanggup berkelana dari Palestin ke Mekah demi supaya anak kita dapat belajar Bahasa Arab yang bagus? Adakah kita sanggup menolak segala kesenangan dunia demi mencapai redha Allah semata2? 

Sekali lagi, ukur baju di badan sendiri. Kita pun tahu dunia hari ni makin kompetitif. Semua orang cuma menjaga kepentingan masing2. Dengan kita sendiri pun tak berapa mantap iman dan akidahnya. Jadi kita kena rancangan semuanya dengan baik. Memang rezeki tu Allah dah tetapkan untuk setiap orang, tetapi Dia juga tetapkan yang kita kena usaha untuk dapatkan rezeki.

*Jawabnya, mummy nak kena "cut" bajet untuk "shopping" barang mummy sendiri ni tahun depan ni, he he he.... tapi tak apa, demi anak kan? Apalah sangat nilainya anak tu kalau nak kira dengan barang2 mummy tu... barang boleh cari dan ganti, anak tu anugerah dan rezeki dari Allah tu... antara "shopping" dan anak, mummy mestilah pilih junior.... Ibu mana pun akan buat perkara yang sama...berkorban demi anak, tapi dalam masa yang sama, kena maintain "diva" "uols"...wakakaka... "diva" lah sangat!!! erks, diva ker? ekekekee.... ^_*

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kena rancang perbelanjaan dari sekarang..mmg patut tu..

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah kena rancang bajet 2014 saya ni kak

    ReplyDelete
  3. every month kena planning budget..if tak..haru biru financial..

    ReplyDelete
  4. Pelan-pelan dan plan, pasti suksess

    ReplyDelete
  5. Bakal bertiga?tahniah kak..semoga semakin dimurahkan rezeki ye..InsyaAllah...:)

    ReplyDelete
  6. nasib baik masih bujang . saya ada acc kecemasan dan acc pelaburan . cash utk kegunaan satu bln ... settle

    ReplyDelete
  7. harap-harap la bajet 2014 ni dapat bonus..hihi. Anyway, sayapun kena merancang bajet keluarga jugak, anak bakal skolah sorg lagi tahun depan

    ReplyDelete
  8. selamat merancang bajet 2014 ye kak..hehe xpe bersusah skrg senang kemudian..:)

    ReplyDelete
  9. emm, deno pun nak kena ada budget... tiba2 teringat masa belajar costing, bajet2 ni la kena buat^^

    ReplyDelete
  10. Betul tu Farah. Bila dah jadi ibu memang macam-macam yang kita teruja nak sediakan untuk anak tapi jangan lupa si ibu pun nak kena maintain macam biasa gitu :-)

    ReplyDelete
  11. sungguh kak farah..zaman skarang ni dah lain..segalanya melibatkan duit..jd rancanglah perbelanjaan elok2..=)

    ReplyDelete
  12. Eraz tengah buat bajet 2014 juga tapi belum lagi untuk personal, tapi untuk company.. :)

    ReplyDelete
  13. perancangan itu perlu ..
    akk teringat yg anak2 akk x lagi diinsuranskan huhuh

    ReplyDelete
  14. kadang-kadang budget selalu over, wang terselit perlu ada di kala kecemasan takkan nak pinjam kat orangkan.....

    ReplyDelete
  15. memang sibuk sekarang ni... anak-anak pun dah pandai nak buat bajet sendiri huhuhuu

    ReplyDelete
  16. yup, kena rancang betul betul agar tak tersalah bajet :)

    ReplyDelete
  17. Mmg kalau yang dah ada anak, keperluan sendiri mmg kena kurangkan...demi anak2 kan...

    ReplyDelete
  18. Setuju ngan hang Farah zaman ni bukan mcm zaman dulu... betul anak2 ada rezekinya ... tapi bukan hanya datang melayangkan...ambik education pun bagus jugak....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !