Siapa Yang Berhak Memilih Nama Anak???

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Ala tomey2, geram pulak tengok gambar "baby" kat atas ni...Heee... ^_^... Walaupun berdebar tapi tak sabar rasanya nak tunggu junior lahir... Dan tak sabar rasanya menunggu saat junior diazankan atau diiqamatkan oleh abahnya di hadapan mata sendiri... (huwaaa...tetiba syahdu teringat episod akhir Cinta Jannah semalam...wakakaka...apakah??? tiba2 jer kan???)... Ok, entri ni bukanlah di-"post" disebabkan ada konflik di antara suami dan saya tentang pemilihan nama anak, eh, kitaorang tak mainlah konflik2 ni ok??? Apa yang penting kerjasama dan kedua2 pihak sama2 bersetuju sorang bagi satu nama... *_^ amacam ok tak? Ye lah anak pun sama2 ye tak...jadi untuk jadi "fair and square" kami berdua bersetuju untuk sorang pilih satu nama... Abah pilih satu, mummy pilih satu lepas tu "combine"kan nama tersebut... ^_^... Takkan pasal nama anak pun nak gaduh kan??? *_^ wink wink... (walaupunn... dot dot dot dan dot...wakakaka)

Bercerita tentang siapa yang berhak untuk memilih nama anak ni (mungkin ada pihak2 di luar sana yang mungkin tak sependapat yang masing2 nakkan kuasa veto untuk memilih dan memberikan  nama anak kan?)... Jom kita baca apa yang ada ni... 

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan. Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada si kecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila2. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil2 akademiknya sehingga ke sijil kematiannya. 

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, "melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu". 

SIAPAKAH YANG BERHAK MEMBERI NAMA???
Jika kedua2 ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui kedua2nya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak2.

Credit: HERE 

Seorang suami dikehendaki memilih nama yang baik dari segi lafaz dan maknanya menurut neraca agama (Islam) serta nama tersebut menggunakan bahasa Arab. Setiap orang sudah pasti menginginkan nama anaknya yang baik2 dan elok pula bunyi panggilannya. Namun yang paling penting hendaklah nama2 tersebut dihindari daripada menggunakan nama2 yang dimakruhkan apalagi yang diharamkan oleh syariat.

Credit: HERE

Bapa selaku wali kepada anaknya adalah orang yang berhak memilih dan memberi nama. Namun elok bagi bapa sama2 berbincang dengan isterinya selaku ibu dalam memilih nama untuk anak mereka, kerana yang demikian itu akan menggembirakan dan menyenangkan hati isteri. 
Selain daripada itu, sunat menyerahkan urusan memilih dan memberi nama anak kepada orang2 soleh, sama ada dia itu lelaki atau perempuan. Ini adalah berdasarkan sebagaimana yang sering berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana apabila salah seorang sahabat dikurniakan anak dia akan membawanya kepada Nabi SAW, lalu Baginda memberi nama anak tersebut. Di antara hadis yang menegaskan perkara tersebut ialah yang diriwayatkan daripada Anas RA, beliau berkata, maksudnya:

"(Apabila) anak Abu Talhah lahir maka aku (Anas) membawanya kepada Nabi SAW, lalu Baginda mentahniknya (mengunyahkan kurma kemudia dimasukkannya ke dalam mulut anak itu) dan diberinya nama Abdullah."

Jelas kan? Bapa a.k.a. suami yang berhak "uols"... kalau suami bagi ibu2 pilih tu, memang dah "best" dan "awesome" bangatlah tu...ekekeke... Terima kasih En. Suami sayang yang beri kebebasan untuk mummy pilih nama junior walaupunnnn... sorang pilih satu nama kan??? kan??? kan??? bha ha ha... Kalau suami dah pilih nama tu, kalau dia tak setuju untuk diubah, nak tak nak, sebagai isteri kenalah redha dan terima... dan cuba sukakan juga walaupun pada asalnya tak nak... (ini kalau sayalah...wakakaka... malas nak meleret2 berpanjang2an, asalkan nama tu sedap didengar, mempunyai maksud yang elok dalam Islam itupun dah cukup memadai... hu hu hu... )... Nama penting juga, tapi cara didikan pun penting juga dalam membentuk anak ye tak???  Haippp... +AyueJean AJ dan akak diva +Amanda Suria jangan dok gelak sangat k pasal "statement" ni...wakakaka....

*Nama depan junior, abah yang bagi...katanya "trademark"... nama belakang junior... mummy yang bagi... ^_^... Apa2 pun semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat dan junior dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh/solehah buat abah dan juga mummy yer sayang...dengan izin Allah SWT...In Shaa Allah... 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bila nk kuar nie...tak sabar dah nk tngok junior....

    ReplyDelete
  2. akak dah tau..tp nk la citer dulu..tu ggu junior lahir eh..tp masa akak dulu kan...nama tu akak yg bagi...Ainnul Dania Huda..dah 9 thn dah ari ni..adik diva dah wish lom?

    ReplyDelete
  3. yag penting for KA berilah nama yag baik2 untuk anak2 siapa pun yang berhak memilih nama anak tersebut !

    ReplyDelete
  4. Pilihlh nma dan didik slari dgn nmanya...

    ReplyDelete
  5. nama anak semua akak pilih dan syorkan setelah mendapat sumpah perkenan my hubby....hehe
    setiap nama anak ada maksud tertentu dan kenangannya.....huhu

    ReplyDelete
  6. Farah husband bagi 100% kuasa veto letak nama ank..hehehe

    ReplyDelete
  7. ok lahhh macam tu jangan sampai terlalu pnjg sudah lahh nama kesian anak nak menulis nanti..

    ReplyDelete
  8. nory baru peknen 3 bulan, tapi nama dah ada dah...heheheh...Abi serah bulat2 suruh nory yang pilih asalkan ada makna yang baik...heheh

    ReplyDelete
  9. selamat memilih nama...jgn panjang2...kang berbelit nak sebut! :P

    ReplyDelete
  10. Memang eksaited kan kalau bab2 pilih nama anak ni....anak2 semua mmg saya dan hubby yang sama2 buat pilihan.... :D

    ReplyDelete
  11. selalu pasangan mesti nak to be fair & square kann.. so jadi lah nama yg dicombine kan mom & dad baby tu.. =)

    ReplyDelete
  12. wah tengah tunggu junior baru kuar ea...tak sabar nak tgok bb...

    ReplyDelete
  13. utk kes ai lak...

    ai senaraikan nama-nama pilihan,
    satu pangkal namanya bermula huruf F (ikut pangkal nama mr. hubby) dan huruf E (pangkal nama ai)

    then mr. hubby yang akan decide nama apa, tapi kalau ada nama yang ai berkenan ai hint2 kat dia untuk beri nama tu...hehehehehe

    untuk ketiga-tiga anak ni, begitu lah prosesnya...alhamdulillah sepakat :)

    ReplyDelete
  14. x sabar nak tgk baby kak farah... x pe letak je nama x yah gaduh2 jagan letak susah sgt nanti cikgu nak sebut pun terbelit lidah...:)

    ReplyDelete
  15. oo bapak yang kene bagi..hehe..tak kisahla mana2..asalkn nama anak tu baik2..dah berapa bulan kak farah

    ReplyDelete
  16. tak terfikir pula yang macam ni... tapi nama tu sama2 yang pilih..

    ReplyDelete
  17. oh..c ayah kena bagi..hehe..nasib baik anak first ni my hubby suh Noey yg pilih.cuma yg second ni dia nak sgt dia yg pilih nama kalau kluar baby gurl..

    barulah lega dapat blogwalking..

    ReplyDelete
  18. salam. oohh,..ayah yang lebih berhak pilih..baru tahu hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !