Sayang Suami Banyak-Banyak

Farah Waheda Wahid
17
Source Extracted from Google
Entri review bagi pemenang SEGMEN: MY BEST ENTRY BUBBLYNOTES.COM kali ini adalah dari PCL / +PakcikLie PCL yang bertajuk Sayang Suami Banyak-Banyak yang telah di-"post" pada 24 Mei 2013... 2-3 kali juga baca entri ni, heee...berpeluh jap, sebab nak review entri PCL kan? Orang yang lebih berpengalaman dari saya dalam dunia blogging...apa pun saya cubalah sedaya upaya yer untuk review entri ni... ^_^... Kalau ada salah silap dan kekurangan silalah beri teguran...

Ada suami yang tak pandai sangat nak uruskan rumahtangga...asyik isteri yang buat semua, namun dia bijak berjenaka, meriah sungguh suasana.

Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri makan2 di luar mencari sedikit kelainan dari biasa, tenang sungguh suasana. 

Ramai juga suami yang tidak pandai memujuk apa lagi bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta tolong sini dan bantu sana.

Setiap keluarga yang terbina dari dua insan, ada kelasnya tersendiri... 
kita lihat mereka tak bahagia walhal bagi mereka, mereka cukup bahagia...bahagia mereka dengan cara tersendiri... 

Siapalah kita, orang luar untuk mengukur kebahagiaan orang lain...

Letak tepi kekurangan suami dan ambil kelebihannya pasti isteri juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti yang diharapkan... 

[buat isteri] ... Syukur nikmat kepada Nya, katakan..."aku sudah bersuami"...  

Tiba2 terasa macam terpaksa jadi "Dr. Love" pula pagi ni...ahaks...Berpeluh tak berpeluh jugalah akak nak mengulas madah2 dan kata2 PCL ni, sebab sesungguhnya akak bukanlah orang yang pandai bermadah2 dan berkata2...ecehcehceh...he he he... ^_*... "Siapa Tak Sayang Isteri Oii!!!" biasanya yang kita dengar... kali ni dari jejari kaum Hawa pula nak "quote"... "Siapa Tak Sayang Suami Oii!!!"...he he he...  

Pasangan yang "perfect" tak bermaksud pasangan yang ideal. Kekurangan dan kelebihan akan saling melengkapi. Semua orang pun tahu kan?

Maksud sebenar menerima pasangan seadanya ialah menerima kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri pasangan "uols" dalam erti kata pasangan "uols" itu mampu dan berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dan menjalankan peranan sebagai suami atau isteri.

Contohnya, jika seseorang itu mengahwini seorang lelaki yang memang telah diketahui mempunyai pendapatan yang jauh lebih rendah berbanding dirinya maka terma menerima pasangan "uols" seadanya dalam kes ini ialah si isteri tidak boleh memaksa si suami mengeluarkan belanja yang melebihi kemampuan si suami bagi memenuhi keperluan nafkah zahirnya. Tetapi si isteri masih berhak menuntuk keperluan yang munasabah dengan keperluan harian dan selari dengan kemampuan suami. Jika si isteri telah terbiasa ketika sebelum berkahwin, menikmati hidangan KFC untuk setiap kali makan tengah hari sebaliknya si suami tidak mampu menyediakannya, maka si isteri tidak boleh memaksa si suami menyediakan. Kenapa? Kerana si isteri telah bersedia dan sanggup menerima si suami yang memang telah diketahui tidak mampu menyediakan hidangan KFC untuk setiap kali waktu makan tengah hari. (contoh jer, ada ker jenis yang makan KFC hari2...tak jemu ke? ahaks....). Inilah contoh kes menerima pasangan seadanya. Jika si isteri memaksa juga si suami menunaikan kehendaknya, bermaksud si isteri tidak menerima pasangan seadanya. Dah tahu kalau lelaki tu tak mampu penuhi selera mewah "uols", kenapa tetap memilih dan menerima dirinya? Kalau dah terima, terimalah seadanya.

Paling penting, menerima pasangan "uols" seadanya mestilah dalam erti kata pasangan "uols" itu masih mampu menunaikan tanggungjawab dan menjalankan peranannya yang perlu dan patu di dalam sesebuah perkahwinan dan rumahtangga. Terima kelebihan dan kekurangan. Namun, menerima kelemahan pasangan "uols" bukanlah bererti memaksa "uols" mengambil alih peranan dan tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh pasangan "uols" itu. Terdapat perbezaan yang ketara antara suami yang bekerja dan berpendapatan rendah berbanding suami yang enggan bekerja. Suami yang berpendapatan rendah berusaha menjalankan tanggungjawab sebaliknya suami yang malas bekerja, sudah nyata dan pasti dia dengan rela dan selambanya enggan menjalankan tanggungjawab. Sama juga dengan isteri yang enggan dan malas memasak (sinonim dengan tugas isteri), jauh bezanya dengan isteri yang tidak pandai memasak tetapi tetap berusaha memasak untuk suami.

Hakikatnya, perkahwina adalah perkongsian dua jiwa (ataupun lebih bagi yang berpoligami... *_^). Kelebihan adalah bonus untuk dikongsi bersama pasangan. Kelemahan pula bukan untuk dijaja atau diperlekehkan tetapi untuk sama2 diatasi dan diperbaiki. Malah kelebihan satu pihak adalah untuk menampung kelemahan pihak yang satu lagi. Jangan asyik menunding jari menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan pasangan atau orang lain sebaliknya berbincang dan cari jalan penyelesaian. In Shaa Allah akan wujud kebahagiaan.

Suami isteri perlu menerima pasangan masing2 seadanya, jangan suka membandingkan kemampuan pasangan dengan orang lain kerana rezeki seseorang berbeza. Jika suami tidak mampu memberikan kesenangan yang diidamkan, maka isteri tidak boleh menarik muka hanya kerana permintaannya tidak dipenuhi. Pasangan suami isteri perlu saling melengkapi kerana manusia tidak sempurna. Di sebalik kekurangan itulah , kita perlu menerima dan cuba mengatasi segala kelemahan dan kekurangan pasangan kerana konflik atau pergaduhan dalam hubungan adalah asam garam yang perlu dinikmati bersama sebaik bersetuju untuk hidup bersama. Kurangnya fahaman serta pegangan agama juga antara punca berlaku perselisihan faham kerana apabila hati, percakapan mahupun perbuatan disertai dengan niat kurang baik terhadap pasangan, maka akan berlakulah situasi tegang antara suami isteri.

Lazimnya, antara masalah yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga menimbulkan konflik membabitkan kewangan, isu kesihatan dan seksual, kejujuran, kepercayaan dan kegagalan pasangan mengimbangi antara kerjaya dan keluarga turut memberi kesan kepada rumah tangga. Malah, gangguan daripada faktor luaran yang negatif dalam bentuk fikiran seperti terpengaruh dengan kata orang mengenai pasangan kita, mengamalkan akhlak buruk (mazmumah) dan berlainan budaya juga boleh menimbulkan masalah.

Analoginya, perkahwinan atau rumah tangga ibarat membeli kereta. Bila rosak, kita akan baiki dan terus baiki menunjukkan diri kita tidak sempurna seperti kereta. Kita tidak akan tukar kereta baru dengan mudah, tetapi akan terus membaikinya samalah dalam perkahwinan. (lainlah kalau memang jenis yang berduit dan senang2 nak tukar kereta tu kan? or mampu beli lebih dari sebiji kereta). Petua rumah tangga yang saya belajar amatlah mudah, iaitu jangan buat perkara yang tidak disukai pasangan dan jangan sibuk memalukan pasangan (besar maksudnya ni). 

Lagi satu, hanya pasangan suami isteri yang tahu ukuran kebahagiaan mereka dan janganlah kita duk sibuk nak ukur kebahagiaan pasangan suami isteri itu sekiranya kebahagiaan sendiri tidak terukur... Orang kata, jaga rumahtangga masing2... tak ada hak pun kita nak ukur kebahagiaan orang lain dan siapa kita nak ukur kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu? Bahagia atau tidak terpulang kepada cara pasangan itu mencorakkan institusi kekeluargaan mereka kan?

*Entri PCL yang sepenuhnya, sila lihat SINI

Credit: HERE
 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hal rumahtangga ni mcm2
    sbb tu setiap pasangan kena redha dan sabar :)

    ReplyDelete
  2. setuju dengan fakta di atas nie..akak pernah baca entry ni di blog PCL..

    ReplyDelete
  3. fuhh ... mmg berpeluh baca. pandai susun ayat ^^

    ReplyDelete
  4. terbaik...suka ayat2 farah...memang kena pada pasangan yang kurang menghargai pasagan hidupnya..^^

    ReplyDelete
  5. satu entry yang mantap dan penuh dengan ilmu...terimalah seadanya pasangan hidup kita yang buruk dijauhi yang baik diterima seadanya...
    setiap yang buruk datang dari kita yang baik dari yang maha esa...
    selalulah muhasabah diri kita ke arah kebaikan....aminnnn....

    ReplyDelete
  6. entri yang menarik dan penuh makna..dari hidup berumahtanggalah kita akan kenal diri kita yang sebenar dan pasangan juga.

    gud job sis!

    ReplyDelete
  7. Ala...akak nak komen lebih2 pun x leh, akak xde suami..sob..sob...

    ReplyDelete
  8. Terima kekurangan dan kelebihan pasangan masing2.....:D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum farah! nice gila entri PCL ni. heeeeeeeee. sayang suami kita :)

    ReplyDelete
  10. ecehcehhhh ;)
    x pandai bermadah-madah yee kak :P

    ReplyDelete
  11. hanay orang yang makan, dapat merasa sedap atau tidak masakan itu

    ReplyDelete
  12. Bukan mudah nak melayari bahtera rumahtangga tanpa kesabaran dan saling sayang menyayangi... Wang ringgit pun perlu jugak bukan hanya cinta semata...yng penting keberkatan dari Allah

    ReplyDelete
  13. ehehe..
    PCL mmg terbaek..
    blogger sporting.
    entry dia pn menarik.

    ReplyDelete
  14. fuhh...sally kena ambik iktibar ni..hahaha

    ReplyDelete
  15. bopoloh den baco, tapi fakta yang menarik! komen PCL dan Farah, kenit setuju. Apa yang penting kita perbaiki kekurangan pasangan dan sentiasa bertoleransi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !