RM1 Bersamaan Dengan??? Nilai Ringgit Malaysia...

Farah Waheda Wahid
22
Source Extracted from Google
Pagi2 dah bercerita tentang duit! ^_^... Bukannya apa, mentang2lah baru lepas siapkan "Travel Reimbursement and Expenses Claim" untuk Pink Panther... teringat pula nak bercerita tentang duit... Setakat main dengan "Currency Converter" ni dah biasa sangat dah... Al-maklumlah, Pink Panther selalu pergi luar... Singapore, Auckland, Sydney, India...dan seterusnya... 

Selalunya kita akan mula menyemak nilai mata wang sesuatu negara bila merancang percutian atau nak ke luar negara atas urusan2 tertentu, dan jarang kita nak ambil perkembangan jatuh naiknya nilai Ringgit Malaysia dari semasa ke semasa... Maksudnya ambil tahu nilai Ringgit Malaysia di sesuatu negara secara terperinci... Dan salah satu perkara penting sebelum pergi bercuti? melancong? ke luar negara atas urusan yang tertentu? kenalah ambil tahu dan semak nilai matawang... Tujuan? Semestinya nak merancang bajet perbelanjaan serta perjalanan... 

Untuk kawan2 yang merancang untuk ke luar negara dalam masa terdekat... bolehlah tengok2 nilai matawang Malaysia di beberapa tempat yang saya senaraikan ni yer... Dan ini adalah nilai setakat 6 September 2013 jam 12.11 AM... ^_^

RM 1 = EURO 0.2306
RM 1 = USD 0.3026
RM 1 = CAD 0.3177
RM 1 = GBP 0.1941
RM 1 = AUD 0.3314
RM 1 = Japanese Yen 30.2965
RM 1 = SGD 0.3874
RM 1 = Brunei Dollar 0.3876
RM 1 = Thai Baht 9.7862
RM 1= Phillipine Peso 13.4718
RM 1 = Indonesian Ruppiah 3360.3965

Pada siapa2 yang merancang nak berjalan dan ke luar negara tu bolehlah mula tinjau2 keadaan nilai matawang dan sediakan bajet yang diperlukan... Saya cuma senaraikan beberapa negara saja... Dan kalau nak tengok negara2 lain yang tak tersenarai di atas, bolehlah melawat ke "website" yang selalu saya gunakan sebagai rujukan... iaitu YAHOO CURRENCY CONVERTER - Yahoo Finance...

*Bulan September 2013 ni memang jenuhlah nak buat pengiraan (macamlah manual kan? walhal boleh jer rujuk kat Yahoo tu dan kiraan akan dibuat secara automatik)... Sebabnya bulan ni adalah bulan "travel" Pink Panther...Pastinya "claim" bulan ni melonjak dengan jayanya... ^_^ Seronok tengok angka serta jumlah yang besar tu... (macam kita aje yang dapat "claim" tu kan?)...ekekekeke.... 

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah, banyak rezeki tu, belanjalah akak ye

    ReplyDelete
  2. jarang sangat nak tengok sebab xpernah lagi nak pergi luar negara..tapi kalau adik akak blik dari singapore mesti nak mintak 10S Dollar..buat collection...

    ReplyDelete
  3. RM1 kat Malaysia pun dah tak tahu dpt beli apa skrg ni.

    Kalau dah siap convert mcm ni nmpk alahai sikitnya...

    ReplyDelete
  4. bagi saya rm1 malaysia = 10sen, sekejap ja habis..

    bercuti pon dalam negara ja :), tak sempat nak tengok mata wang asing.

    ReplyDelete
  5. sedeynye bila Rm malaysia semakin merosot kan . ade tira tgk berita singapura tu , diorang suka belanja kat mlsia sbb barang murang punca nilai mata wang rendah .

    ReplyDelete
  6. Terasa sangat RM jatuh nilainya sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. RM 1 dah semakin tak dak nilainya..huhuhu

    ReplyDelete
  8. duit malaysia teruk laa...org kata masa kit akeluar duit baru, mata wang malaysia mmg rendah..haihhh

    ReplyDelete
  9. rezeki tu farah....alhamdulillah...:-)

    ReplyDelete
  10. selalu tgk Ausy dollar jer....hoho

    ReplyDelete
  11. hehe..org yg tukang buat claim ni pon seronok ape..blh extra kot? hihi..

    jepun tu kalau nak pegi melancong tayah la..sebab mahal..tapi kalau duduk dan kerja di sana berbaloi..sebab barang2 keperluan kat sana murah2 walaupon duit diaorg mahal bila convert duit malaysia..:)

    ReplyDelete
  12. kak farah klu rm0.20 ni cmne plak kire nk translate kekek..harge minyak ni ;p

    ReplyDelete
  13. x mampu gi melancong overseas skrg. cuti2 malaysia aje...itu je yg abe kie mampu...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum farah. sheila tengok curency converter bila nak g holiday je. hehehe :)

    ReplyDelete
  15. untungnya farah banyak income masok tu :)

    ReplyDelete
  16. Ringgit Malaysia mmg rndah berbnding ngra2 maju.. kita lak bersndar kan dgn US Dollar, lagi lh kecik nilainya... huu

    ReplyDelete
  17. Belum berkesempatan ke luar negara lagi...huhu cuti2 Malaysia jak...

    ReplyDelete
  18. RM dah banyak jatuh..Last time my USD tak boleh convert coz rugi..now dah boleh Alhamdulillah..walaupun sedih tapi ad juga berita gembira buat kita...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, rezeki kak ! rezeki ~

    ReplyDelete
  20. Wahh.
    Tak pernah tahu sangat sebab jarang travel tapi teringin sangat.

    Minta tolong jawab survey kat sini Terima kasih :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !