![]() |
Source Extracted from Google |
Apa Itu Plasenta Previa, dan Adakah Kerap Berlaku???
Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wantia, antara 3 hingga 6 orang mempunyai masalah ini. Pendarahan mungkin berlaku sebagai simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan pendarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.
Pendarahan tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku . Jika pendarahan tidak berhenti, atau jika ibu ingin meneruskan kehamilan sehingga ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.
Plasenta previa boleh dibahagikan kepada 4 jenis, yang disenaraikan di bawah di mana yang 2 terdahulu adalah yang paling biasa:
1. Plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.
2. Bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.
3. Plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
4. Plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Jika "uols" ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan2 terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi "uols" membesar, uterus "uols" yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila "uols" sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim "uols", kebanyakan plasenta seakan2 "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.
Apakah Beberapa Petanda Amaran Plasenta Previa?
Pendarahan vagina yang tidak sakit semasa 3 bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan "uols' perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang "uols" mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.
Adakah Sesetengah Wanita Lebih Berisiko Dari Yang Lain?
Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesarean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.
Bagaimana Untuk Menangani Plasenta Previa?
Ini bergantung dengan sama ada "uols" mengalami pendarahan dan pada minggu kehamilan berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi "uols" tidak mengalami pendarahan, "uols" mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat. Sekiranya "uols" turun darah dengan banyak, "uols" akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ia berhenti selepas itu, "uols" mungkin diminta tinggal di hospital sehingga bayi "uols" sedia dilahirkan. "Uols" dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilah itu sebab ianya akan menerukkan lagi pendarahan dari plasenta yang terduduk rendah.
Reference: HERE
nice info.
ReplyDeletegood info ni.tq..kwn umi dulu pun plaseta previa...stage brp dah lupe tapi mmg dok dlm wad dlm 3 bulan kot...
ReplyDeleteibu ibu mengandung kena alert bab bab nih
ReplyDeletenice sharing sis. Boleh jadi rujukan di masa hadapan hehe. Sepupu kenit pernah kene plasent previa ni. Dari awal hamil hingga akhir asyik kuar darah sikit1 je. Takleh bergrak atau buat keje berat langsung kalau tak lagi banyakd arah kuar.
ReplyDeleteNice sharing... :D
ReplyDeleteoh new knowledge for me :D
ReplyDeletewah mcm ni pon ada ye.. xpenah tauu pon . huhu
ReplyDeleteharuslah dibaca info ni untuk para bakal ibu2 di luar sana..(hari ni nak masak apa eh?..)
ReplyDeletemakanya, berhati-hati lah... nice sharing kak..
ReplyDeletethanks 4 the info.....nice sharing akak......
ReplyDeletenice infoo...akak :)
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteSyukur sepanjang 3 kehamilan OKje tak mengalaminya
ReplyDeletesama ngan akak...dah 7 bulan baru ok balik...hehehe
ReplyDeleteMsa 5 bln hdpi situasi ni.. Tpi lpas 7 bln dh naik ke tepi.. Alhamdulillah... Yg 2nd Alhamdulillah... Ok..
ReplyDeleteInfo yang perlu diambil tau oleh bakal2 ibu nih terutamanya bagi yang mengandung anak sulung.. Thanks Farah coz sudi berkongsi.. =)
ReplyDeleteSIAPA DIA BLOGGER BUDIMAN?
Nice sharing kak farah.. =D
ReplyDeleteWow! blog Farah dah berwajah baru... Lebih ceria. Kakak suka dik... Akak pernah mengalami Placenta Previa ni tapi Alhamdulillah sekejap je, than dia ok semula bila dah 7 nak masuk ke 8 bulan. Cuma nak berkongsi: Nurse pernah beritahu "elakkan angkat even stationary box, coz bleh menyebabkan keguguran". Hati2 ya. Moga semuanya dipermudahkan. Nice info :)
ReplyDeleteTerima kasih farah ulasan panjang lebar ttg ini.
ReplyDelete