Pengaruh Penggunaan Jenis Tulisan Di Blog

Farah Waheda Wahid
20
Berikutan dari entri "Test Your Typing Skills???" petang semalam, saya telah menerima satu pertanyaan dari Iman / Budak Kampung seperti yang dinyatakan di dalam gambar di atas... ^_^... 

Sekarang ni "mood" tengah rajin menjawab pertanyaan dari kawan2 dan sesiapa saja, In Shaa Allah akan cuba kekalkan momentum ini untuk menjawab setiap pertanyaan agar ukhuwah sesama kita akan menjadi lebih erat... selagi terdaya, Cik Puan Bubbly akan cuba menjawab setiap persoalan yang diajukan yer... 

Betul ke penggunaan jenis tulisan akan mempengaruhi blog serta pembaca??? Bagi saya, pendapat peribadi saya, dan saya rasa berkemungkinan besar ramai juga yang akan sependapat... sememangnya penggunaan jenis tulisan akan mempengaruhi blog serta pembaca...kenapa???

Jenis Tulisan / "Font"

Pemilihan jenis tulisan / "font" yang bersesuaian juga harus dititikberatkan bagi para blogger....  cuba bezakan jenis tulisan yang pertama dan jenis tulisan yang kedua di bawah...


Mana yang lebih mudah di baca??? Tentulah jenis tulisan yang pertama lebih mudah dibacakan??? Jenis tulisan yang kedua sememangnya cantik dan "very the cursive" sebegitu... tapi bila dah banyak2 "cursive" dalam sesuatu entri tu, nak nak lagi macam akak ni ha, selalu buat entri panjang lebar... huh...memang berjahit ataupun berair juga mata nak membacanya...Betul tak? Bila kita menggunakan jenis tulisan yang mudah dibaca, para pengunjung blog dan juga pembaca akan lebih mudah untuk meneruskan pembacaan dan kepala tak adalah pening sangat nak tengok tulisan yang "cursive2" giteww... Ada juga pembaca yang tak kisah, tapi majoriti lebih suka kepada sesuatu yang "simple" dan mudah dilihat serta dibaca... Al-maklumlah, pembaca blog kita terdiri dari pelbagai lapisan dan juga pihak, dan adakalanya mereka singgah di blog kita dalam waktu yang singkat pada waktu terluang atau senggang... mungkin mereka nak kejar masa juga... 

Bentuk atau jenis tulisan yang ringkas serta senang dibaca juga boleh membantu tidak menampakkan blog kita semak. Sekiranya jenis tulisan seumpama yang kedua di atas dijadikan "text font" blog kita, ada kalanya boleh terasa ibarat blog seperti semak di situ.

Saiz Jenis Tulisan / "Font"

Saiz juga memainkan peranan yang penting...ahakss..ni ibarat terkena batang hidung sendiri nih...wakakaka... sebab masa mula2 tukar "design" blog hari tu, tulisan memang sangat kurus adanya, sampai dapat komen, kecik biji mata nak membacanya...tapi sekarang dah ok kan? Akak dah besarkan sikit... 
Saiz jenis tulisan / "font" yang di-"set"kan, jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Kalau kecil sangat, susah nak membacanya, kalau besar sangat ... umang ai, macam semak lah jugak...jadi yang sedang2 ajer yer...

Warna Jenis Tulisan / "Font"

Cuba bezakan di antara di bawah berikut:
www.bubblynotes.com

www.bubblynotes.com

www.bubblynotes.com

www.bubblynotes.com

Lain orang lain pandangan mata mereka...hik hik hik, tapi sejujurnya bagi saya sendiri, saya selesa dengan warna jenis tulisan / "font" yang berwarna hitam...Kenapa??? Bagi saya mudah untuk membaca dan tak sakit mata... yang berwarna ni boleh... tapi untuk "highlight" beberapa perkara tertentu yang penting dalam intipati sesebuah entri itu. 

Ha, ni nak bagi tau, akak memang agak kurang gemar membaca warna jenis tulisan / "font" yang pertama tu, yang berwarna kelabu...macam samar2 jer, susah nak baca "uols" seriously, al-maklumlah "power contact lens" ni dah tinggi benau... 600 setiap belah mata... ahakss...tinggi betul tahap kerabunan akak ek? Tapi itukan pilihan dan hak individu, lagipun blog masing2... siapalah kita nak tentukan pilihan seseorang blogger itu kan? Jadi terima dan redha jer lah... Disebabkan semangat blogging secara sihat dan "support" sesama blogger...akak bacalah juga... Tak nak diskriminasi, tapi kalau boleh janganlah buat warna kelabu yang samar2 tu... adehhh..berair jugak mata... nak nak lagi dah warna kelabu yang samar2, tulisan kecik cinonet, pas tu entri panjang... memang adakalanya baca separuh jalan juga, dan cuba sambung lepas dah berehat beberapa ketika...hu hu hu... (rehatkan mata....)

Melalui kupasan akak di atas, diharapkan agar entri ni telah menjawab pertanyaan dari Iman... dan harap2nya tak adalah yang berkecil hati dengan entri ini, ini cumalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi... setiap manusa mempunyai pandangan serta perspektif mereka yang tersendiri kan??? ^_^... "peace no war!!!"  

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul..tulisan mempengaruhi pembaca utk terus baca blog kita kan

    ReplyDelete
  2. kekadang font kecik, kelip-kelip mata akak pun baca berkelip terus pangkah tak minat nak baca....hoho

    ReplyDelete
  3. Setuju Farah ..Font yang kita guna sangat mempengaruhi..kita lebih suka yang simple..senang nak baca..jangan terlalu besar and not too small..sedang-sedang aje..he..he..

    ReplyDelete
  4. betol2 kak farah.TB ske tulisan yg simple n sng nk baca..xdela skt mate mcm nk terkua mata sbb xnmpk kekeke

    ReplyDelete
  5. setuju dengan akak, patut lah ditukar apa yang perlu ditukar... supaya jelas terang dan nyata,..

    p/s: kak farah, font mama tu ok tak...? macam serabut je..

    ReplyDelete
  6. Kot yang short form memanjang yi pub jenuh gak nak menbacanya

    ReplyDelete
  7. font dan size memang mainkan peranan penting. Maklumla nak baca entri orang ni perlukan mood, kalau dua aspek tu tak diambil kira mood kelaut jadinya hehehe. Thanks for sharing dear (^_^)

    ReplyDelete
  8. jenis dan saiz tulisan memang main peranan..er..tapi akak rasa, tulisan kat blog saya ok tak?

    ReplyDelete
  9. ktepn klu font yg sakit mata ni mmg xbaca dah entry tu kak...

    ReplyDelete
  10. A ah .. Betol tu ..
    Setuju dengan FWW

    ReplyDelete
  11. agreed..

    sebab mama kaori ni rabun..so, mmg mempengaruhi size font dan jenis font tu..lagi besar dan terang lagi bagus..haha..

    ReplyDelete
  12. Setuju sgt... Byk lg fktor lain... Tpi wrna font dn saiz mmg berprnn pntg...

    ReplyDelete
  13. warna dna jenis font mmg pengaruhi pembaca ...

    ReplyDelete
  14. tau xpe..blog yg fancy sgt ni kadang malas nk baca puna ada..bukan sombong, dah pakai kanta pun still rabun -__-'

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !