Home » , , , , , , , » Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Source Extracted from Google
Sambungan kepada "review" entri bagi para pemenang Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com yang mana entri ini adalah dari Kakak Lynn Munir yang telah di-"publish" yang mana tarikhnya tidak dapat dikenalpasti oleh Cik Puan Bubbly...

Menurut sedikit dari entri Kak Lynn...

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA adalah pepatah Melayu yang sinonim dengan kita. Nabi juga pernah berpesan didiklah anak2 mengikut zamannya dan bukan mengikut 'zaman kita pernah dididik'. Setiap bayi yang lahir itu adalah seperti kain putih dan ibu bapanya lah yang mencorakkan sama ada bayi itu menjadi Majusi atau pun Nasara.

Sungguh, menjadi ibu bapa adalah penghargaan dan amanah dari Allah SWT yang bukan saja membahagiakan tetapi juga melaksanakan amanah itu sendiri tidaklah mudah.

Bila membaca keseluruhan intipati entri Kak Lynn, sejujurnya saya kagum dengan cara penyampaian Kak Lynn yang sebenarnya adalah entri luahan jujur dan ikhlas dari hati seorang ibu melalui pengalaman Kak Lynn sendiri membesarkan anak2 beliau. Saya tertarik kepada perkara2 yang telah di-"highlight" oleh Kak Lynn yang saya olahkan / "review" di bawah mengikut pandangan saya sendiri seperti...

SAYA MEMANG BUKAN IBU YANG TERBAIK
Setiap insan yang bergelar ibu pasti bercita2 untuk menjadi ibu yang terbaik dan dalam mencuba untuk menjadi ibu yang terbaik tentunya banyak pengalaman, halangan, cabaran serta onak duri yang perlu dilalui oleh seorang ibu... Sepertimana, sebagai contohnya dalam mendisiplinkan anak... Melayan kerenah anak2 dan mencorakkan disiplin anak2 bukannya mudah, tapi itulah cabaran atau liku2 yang digalas oleh seorang ibu... Adakalanya kita rasa kita bukanlah ibu yang terbaik, tetapi sebenarnya apa yang kita lakukan adalah yang terbaik demi anak2... setiap ibu bapa pastinya menginginkan yang terbaik demi anak2 mereka kan?

SAYA MEMANG TIDAK DITAKDIRKAN BEKERJA SEBAGAI GURU
Kak Lynn mengatakan bahawa walaupun arwah ayah beliau memang sangat suka sekiranya beliau bekerja sebagai guru. Tapi arah hidup dan juga kecenderungan Kak Lynn bukanlah ke arah menjadi pendidik. Walaubagaimanapun, sebagai ibu, sebagai bapa, secara automatiknya kita adalah pendidik dan juga guru kepada anak2...^_^.. Kita yang mengajarkan mereka erti hidup, kita mendidik mereka tentang hidup... kita membantu mereka mengenal huruf A, B, C, D seterusnya sehingga Z... dan segalanya bermula dari kita sebagai ibu bapa... Walaupun kita bukanlah guru pada profession yang sebenarnya...tapi kita adalah guru kepada anak2 kita... Apa yang kita lakukan menjadi contoh kepada anak2 kita...Betul kan?

SAYA MEMANG BUKAN SEORANG USTAZAH
Sebagai ibu, walaupun kita bukanlah seorang ustazah, tapi kita wajib mendidik anak2 kita dengan asas ilmu agama. Membantu mereka mengenal alif, ba, ta dan membantu mereka mengenal pegangan hidup kita iaitu agama Islam. "It doesn't take a mother to be an ustazah to teach her children with regards to religion matters"... Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mengenalkan apa itu Islam atau apa sahaja agama yang mereka anuti kepada anak2... Syabas Kak Lynn kerana telah berjaya melakukan yang sepatutnya... 

SAYA MENGAMALKAN PRINSIP TERBUKA
Apa yang Kak Lynn kupaskan di sini, saya bersetuju kerana saya sendiri walaupun masih belum bergelar dan bakal bergelar ibu, sudah menanamkan tekad untuk mengamalkan prinsip terbuka di dalam mendidik anak2 saya akan datang kelak. Saya percaya in "two ways communication" sepertimana yang suami dan saya amalkan sekarang. Di mana, kita tidak boleh "assume" anak2 untuk menurut setiap kata kita sahaja, setiap arahan kita sahaja, tetapi sebaliknya kita juga kena mendengar pandangan serta pendapat dari buah fikiran anak2.. apa yang mereka fikirkan serta apa yang mereka rasakan kita kena turut selami dan fahami sebagaimana kita "expect" mereka untuk memahami kita... Saya tak nak menjadi seorang ibu yang cuma mementingkan diri sendiri serta perasaan saya sendiri sahaja. 

MEMULIAKAN TETAMU, BERSANGKA BAIK
Memang tugas sebagai ibu bapa untuk mengajarkan anak2 supaya memuliakan setiap tetamu yang datang ke rumah dan bersangka baik kepada sesiapa sahaja. Betul kata2 Kak Lynn. Perkara ini merupakan "essence of life" yang perlu kita titik beratkan Sedari kecillah kita perlu menanamkan sifat2 positif dan murni kepada anak2 kita. Supaya mereka mengamalkan sikap2 murni yang sepatutnya. Bukannya mengamalkan sikap2 yang negatif. 

SAYA MEMANG "BLUES", SAYA MEMANG "ROCK"
Setiap manusia mempunyai perwatakan, kecenderungan serta minat mereka yang tersendiri, tetapi dalam mendidik anak2 kita masih perlu menegaskan kepada mereka untuk menghormati orang yang lebih tua, berbudi bahasa dan belajar berdikari. Dalam mendidik anak2 perwatakan kita adalah berbeza dari blues dan rock itu. 

SAYA MEMANG BUKAN SEORANG "MOTIVATOR"
Memang kita bukanlah seorang "motivator" secara rasminya, tetapi kitalah penguat dan pemangkin semangat anak2 sebagai ibu dan juga bapa. Sebagai ibu dan juga bapa, kita kena sentiasa menggalakkan serta memberi dorongan kepada anak2 dalam apa jua hal yang baik sekalipun.

Untuk menjadi ibu yang terbaik bukanlah mudah di dalam dunia dan zaman sekarang yang sangat "competitive" ini. Menjadi ibu bapa yang baik juga menuntut kita untuk lebih berpengetahuan dan memerlukan kita untuk "keep up" dengan dunia sekarang. Dengan kemajuan teknologi, pendedahan kepada dunia luar yang semakin macam2 di luar sana. Adalah sangat mencabar bagi setiap ibu bapa yang di dalam proses membesar serta mendidik anak2. Semasa kecil cabarannya mungkin tidak begitu terasa, tetapi bila anak2 sudah menjejaki alam persekolahan dan semakin meningkat umur semakin banyak cabaran serta liku2 sebagai ibu bapa yang perlu diharungi. Adakalanya dalam zaman sekarang ini, ibu bapa akan terdiam bila mendengar kata2 dari anak2 yang tidak dapat dipatahkan dek kerana mati akal kerana tidak memahami keadaan serta peredaran atau evolusi tumbesaran mereka. Inilah cabaran yang sebenarnya. 

Memang kita bukanlah orang yang "supergenius" atau ada kuasa psikik untuk mengetahui segalanya, tapi menjadi ibu dan bapa itu sendiri yang mematangkan kita serta mengajar kita... bila menjadi ibu bapa ni, perkara yang kita tak tahu dan tak pernah buat pun, kita akan menjadi tahu kan??? ^_^... Cuma satu, sekiranya ibu dan bapa kita boleh mendidik serta membesarkan kita, kita pun boleh melakukan sedemikian kan??? Tiada perkara yang mustahil di dalam dunia ini...

Untuk mengetahui kupasan Kak Lynn dengan lebih lanjut, "uols" boleh membaca entri Kak Lynn yang sepenuhnya di SINI
Terimakasih telah membaca artikel Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

13 komentar:

  1. Agak menarik kupasan yang diberikan...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. inshaallah boleh dijadikan pedoman utk masa hadapan.


    salam ukhuwah dr nanie

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kita dilahirkan dalam kelurga yang cukup berdisiplin..walaupun my mum & dad boleh dikategorikan sebagi garang tapi sekarang kita sedar kenapa..

    ReplyDelete
  4. nice sharing...
    Bagus entri ni...

    ReplyDelete
  5. mmg gud entry! suka sangat entry ni!

    ReplyDelete
  6. Assalam Farah. Selepas setahun baru akak terbaca tentang revew dari Farah ni.
    Terkedu dan terharu . Terima kasih kerana sudah sudi buat review berdasarkan dari entri saya.
    Hanya yang perlu diingat kita adalah manusia2 yang berbeza. Yang berbeza personaliti dan latar belakang didikan. Moga Farah menjadi ibu cemerlang untuk anak-anak yang soleh/solehah , yang berjaya di dunia dan akhrat. Amiinn.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.