Makna Warna Tali Pinggang Taekwondo!!!

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Taekwondo (juga dieja Tae Kwon Do, Taekwon-Do) adalah olahraga bela diri Korea yang paling popular dan juga merupakan olahraga nasional Korea. Ini adalah seni bela diri yang paling banyak dimainkan di dunia dan juga dipertandingkan di Olimpiade.

Dalam bahasa Korea, hanja untuk Tae bererti "menendang atau menghancurkan dengan kaki". Kwon sebagai "seni tangan dan kaki" atau "jalan" atau "cara kaki dan kepala".

Populariti taekwondo telah menyebabkan seni ini berkembang dalam berbagai bentuk antaranya teknik perkelahian, bela diri, olahraga dan juga hiburan.

Macam yang "uols" tau, taekwondo ni bukan saja dipelajari oleh lelaki tetapi juga wanita. Pada yang pernah menyertai taekwondo semestinya tau kan maksud warna tali pinggang taekwondo yang pelbagai tu??? Pada yang tak pernah tau atau tak pernah ambil tau, jom akak kongsikan sikit dengan "uols"...

PUTIH
Melambangkan bersih dan suci sepertimana pelatih2 baru yang belum mengenali seni Taekwondo... Siapa2 yang baru menyertai Taekwondo memang akan diberikan tali pinggang putih... Dalam erti kata lain, "junior uols".

KUNING
Melambangkan bumi yang tumbuhannya mula mengeluarkan pucuk dan akar sepertimana asas Taekwondo mula berkembang.

HIJAU
Melambangkan tumbuhan yang mula membesar sebagaimana kemahiran Taekwondo mula dibina.

BIRU
Melambangkan syurga, ke arah kematangan tumbuhan kepada lebih membesar sebagaimana latihan Taekwondo sedang berjalan 

MERAH/COKLAT
Melambangkan bahaya, berharap pelatih2 berwaspada dan latihan mengawal dan amaran agar menjauhi daripada musuh.
HITAM
Bertentangan dengan putih, melambangkan kematangan dan berkemahiran Taekwondo.

Siapa di sini antara "uols" pemegang tali pinggang hitam??? ^_^ Heee... Teringat satu ketika dulu masa majlis merisik dan pertunangan seorang rakan baik perempuan, bila pihak lelaki datang merisik dan untuk mengikat tali pertunangan, bapa rakan baik perempuan ni siap boleh bagi amaran dalam nada bergurau yang anaknya adalah pemegang tali pinggang hitam... dah fikir masak2 ker... wakakakaka... bergurau jer tu sebenarnya tapi jangan pandang ringan wanita yang memegang tali pinggang hitam ni, tak boleh buli tau!!! *_^ wink...

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehe sy baru tali kuning :D
    tak naik naik lg level ni adoii..

    ReplyDelete
  2. time sekolah dulu ingat.. sekarang ni dah lupa..

    ReplyDelete
  3. sempat ambik tali pinggang puth je pastu ayah suruh stop sbb nak fokus pd upsr hihi

    ReplyDelete
  4. dedulu masa sekolah ada masuk..tapi tak lama sebab badan sakit2 lebam sana sini..tak sanggup rasanya..hihihihhi

    ReplyDelete
  5. Akak sempat pakai kuning je..pas tu berenti..now dah x ingat dah step2..

    ReplyDelete
  6. Jenis gadis ayu dulu, tak masuk taekwondo....hehehehe

    ReplyDelete
  7. Kita tak sempat join dulu...sekarang dah too late..he..he. nwaty thanks for info farah..

    ReplyDelete
  8. Anak okje yg sulung tu Farah ....org nj belajar taekwando dia pun nk gak belajar tp belt putih pun tak habis hehe

    ReplyDelete
  9. nak masuk taekwondo tpi, tkut pulak.. hihi... maybe naik form 1 nani msuk silat kot?

    ReplyDelete
  10. owh biru tu melambangkan syurga...baru tahu :)

    ReplyDelete
  11. Saya punya tali pinggang kulit, macam mane tu...hehe

    ReplyDelete
  12. pernah masuk dulu... tapi tak abis belajar... sampai tali pinggang hijau je...

    ReplyDelete
  13. tali pinggang pink ader tak...?hehe
    akak pakai tali pinggang kulit jer....jangan marah Farah...gurau petang...

    ReplyDelete
  14. Xde tekwando tapi de satu je senjata iaitu doa.. Heee...

    ReplyDelete
  15. @Cik Itah@RRP

    wah ita masuk taekwondo ek... habiskan tau sampai black belt...

    ReplyDelete
  16. @ros_reeza

    ye lah ros, dah berapa lama pula tinggal sekolah kan?

    ReplyDelete
  17. @Cik Kumbang

    kelas taekwondo ni memang consistent dan kerap kan?

    ReplyDelete
  18. @Amanda Suria

    kak masuk kickboxing pulak sekarang kak...he he he...

    ReplyDelete
  19. @Mia Kassim

    Mia shareler gambar gadis ayu tu kalau ada...he he he...nak jugak tengok...

    ReplyDelete
  20. @Raudzah Z

    eh masih belum terlewat dan terlambat, boleh jer kalau nak...

    ReplyDelete
  21. @Bin Muhammad

    BM, tali pinggang kulit tu special tu... he he he...

    ReplyDelete
  22. @Ibu Amirul

    wah kak, kira hebat jugalah tali pinggang hijau tu...

    ReplyDelete
  23. @Sukma Haron

    kalau tali pinggang pink farah pun nak kak...he hehe...pink is my favourite colour kan??? *_^

    ReplyDelete
  24. @Maria Firdz

    Doa tu kan memang bagus dan dituntut...tak apa, doa tu pun senjata juga... ^_^

    ReplyDelete
  25. tak masuk pon taekwondo..hihihi...sbb berat -_-"

    ReplyDelete
  26. sekarang ni white belt . baru masuk form 1 so masuk unit taekwando . next year nak tukar unit lain sebab mahal sangat . hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !