"Lense" Tertinggal Dalam Mata???

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
Tak berapa lama dulu,saya "publish" satu entri berkenaan dengan "contact lense" di SINI dan entri ni bercerita tentang fakta penggunaan "contact lense" dan juga "the DO'S and DONT'S"... Dan semalam, saya telah menerima satu pertanyaan melalui Encik ataupun Cik Anonymous mengenai "lense" tertinggal dalam mata seperti di bawah berikut:


Nak kata pakar tu tak adalah, tapi berdasarkan pengalaman yang dah memakai "contact lense" semenjak dari sekolah menengah lagi, saya cubalah menjawab pertanyaan yang diajukan berdasarkan pengalaman sendiri, rakan2 dan juga pembacaan saya yer??? 

"Contact lense" yang kita pakai mustahil akan bergerak ke belakang mata. Mungkin ianya cuma tersekat di kelopak mata ataupun terpelanting keluar dari mata. Jadi sepertimana yang diajukan pertanyaan macam mana nak tahu sama ada "contact lense" masih ada dalam mata atau tidak??? 

1. Kenalpasti salah satu mata yang "uols" perasan telah ketiadaan "contact lense". Tutup sebelah mata yang tidak berkenaan (cubalah mula2 mata kiri, lepas tu mata kanan). Jika penglihatan "uols" masih jelas, itu bermaksud "contact lense uols" masih di tempat yang sepatutnya. Ini serang berlaku kepada si pemakai "contact lense" silikon hidrogel. Disebabkan "contact lense" terlalu nipis, si pemakai ini melihat di hadapan cermin seolah2 mata mereka tanpa "contact lense". Sebenarnya ianya tidak. "Contact lense" masih di tempat yang sepatutnya. 

2. Kalau betul "contact lense" telah tiada dan penglihatan juga menjadi kabur, "uols" mungkin risau di manakah perginya "contact lense" tersebut. Telah terkeluar daripada mata ataupun masih di dalam mata??? Caranya, tutup mata sebelah mata (cuba kedua2 belah mata). Ataupun jika melibatkan kedua2 mata, minta pertolongan kawan untuk tengok sama ada beliau perasan ada sedikit benjolan di kelopak mata "uols". Teknik in juga boleh digunakan dengan mudah terutamanya untuk si pemakai "contact lense" separa keras. "Uols" juga boleh merasa sendiri kehadiran "contact lense" tu dengan menggunakan deria sentuhan di tapak tangan. Bila "contact" lense dalam mata, "uols" boleh perasan sebab pergerakan mata jadi terhad dan mata jadi tak selesa. Boleh jadi kadang2 rasa sakit sikit atau pedih sikit.

3. Ataupun, "uols" mungkin tak berani nak buat apa2 pun. Risau... sebab kalau buat apa2 akan menyebabkan kesan yang lagi teruk. Cepat2 pergi berjumpa dengan pakar mata yang terdekat untuk proses membuang cebisan "contact lense" yang tertinggal selepas terkoyak. Pakar mata akan meletakkan cecair fluorescein untuk mengesan cebisan "contact lense" yang tertinggal di dalam mata. 

"Uols" mungkin akan mengalami petanda2 atau gejala2 ini juga bila "contact lense" tersekat di dalam mata, seperti:

1. Susah nak buka kelopak mata dan kelopak mata bergetar (blepharospasm)
2. Pedih dan mata berair.
3. Silau terhadap cahaya. 

Cepat2 jumpa pakar mata. Jangan biarkan melarat. "Hopefully" "post" ni dapat membantu Encik atau Cik Anonymous yang bertanya. Yang penting, jangan biarkan "contact lense" kering dalam mata. Bila "contact lense" kering tak mustahil perkara2 ni boleh berlaku dan juga jangan menangis beria sangat... Kalau menangis pun boleh jadi juga, bila dah lebat sangat kan??? ^_^... Tak pun masa nak kesat air mata, janganler ganas sangat... Itu pun boleh jadi juga....

*Hati2lah "uols" bila pakai "contact lense"... Jangan sampai keselamatan dan kesihatan terabai yer... Cantik memanglah semua orang nak kan? Tapi "safety" nak kena jaga juga.... 

Credit: HERE

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. selalu sangat terlupa...hahaha...akak pun pakai lens dari zaman sekolah..la nie dah tua kena pakai spec..kadang2 jer pakai nak tunjuk keayuan..hahah

    ReplyDelete
  2. Kakak tak berani pakai contact lense. Berisiko besar buat pelupa mcm kakak ni. hehe... BTW, nice sharing ni :) O ya, terima kasih selalu berkongsi entri dalam ruang komuniti blog ieta. Senang kakak nak blogwalking direct ke tajuk2 entri yg Farah kongsikan lagipunkan, memang tebiat kakak akan blogwalking n komen banyak2 entri, lebih2 lagi entri yg dikongsikan ke ruang komuniti blog kakak. Than, suka lah tengok mata Farah yg ceria kat banner tu... Happy je kakak rasa... :)

    ReplyDelete
  3. mase jadi pengantin je ade pakai lens ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. mmg kna hati2.. klu slalu lupa.. baik pkai spek aje kan.. bhyaa...

    ReplyDelete
  5. sally diharamkan pakai lens..sbb sally jenis senang ttdo kat mana-mana pun...baling tgh laut pun bole tdo..hihi...so family tak kasi sally pakai, pakai spec pun selamat :)

    ReplyDelete
  6. kami penah jugak cuci muka, tapi tak buka lens dulu. bila tenyeh2 muka, memang lens tu lari. haha buka mata luas2, nampak lens tu tersangkut kat atas. heeeee

    ReplyDelete
  7. wah ! pengalaman banyak tu ! CN pernah dulu duk main netball lense tercabut tak tahu ke mana, perasan tiba2 blur jer tak nampak sangat ! mmg malas nk pakai lense ni, take time untuk orang macam CN..hehe

    ReplyDelete
  8. masa kawat kat PLKN pun terjadi benda camni . sedar2 asal blur2 je sebelah mata ni , tercabut rupanya .. check kat toilet dia termasuk kat dalam rupanya nasib baik boleh korek keluarkan balik

    ReplyDelete
  9. Ouchhh..Tak pernah pakai lense, tapi terasa macam ngeri pulak bila dengar lense tertinggal dalam mata..

    ReplyDelete
  10. nice sharing sis! kenit tak pernah merasa pakai lens pasal takut nak masukkan benda pelik ke dalam mata haha.

    ReplyDelete
  11. Teringin juga nak pakai contact lens tapi kalau jenis pelupa cam aku ni, tak payahlah jawabnya...tido pun dengan spek mata...huhu

    ReplyDelete
  12. Tak pernah berlaku kat OKje sebab tak pernah pakai contact lense... lagipun OKje ni rabun ayam je hehe bukan tinggi sgt pun power tu

    ReplyDelete
  13. bahaya juga jika tertinggal di dalam mata.. setakat ni aiza tak pernah pakai contact lens lagi..

    ReplyDelete
  14. ngerinya kalau lens tertinggal. so far filzah tak pernah pakai lagi.. takot :)

    ReplyDelete
  15. jgn pakai.pakai je cermin mata mcm sy ni.xrisau sgt... :) pandangan sy la..

    ReplyDelete
  16. tak pernah guna lens, akak guna spek jer lebih baik untuk akak...hehe

    ReplyDelete
  17. alamk, cam takut pulak bile tau kes camni
    sebab selama ni pakai xde masalah.
    hehe
    kne extra careful la pasni

    ReplyDelete
  18. Nice sharing..Pemakaian lens memerlukan penjagaan yang lebih rapi pada pandangan saya..:)

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak pakai contact lens.. Lebi selesa bercermin mata skerang.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  20. Ros tak pernah pakai lense.. dulu, masa kawan kawan dok beli lense, ada jugak rasa nak beli.. tapi tak beli pun sebab memang dah tahu tak boleh pakai. sedangkan nak pakai eyeliner pun dah nagis nagis, berair mata, inikan pulak nak pakai lense.. hihihi..

    ReplyDelete
  21. baru mengalami kejadian di mana contact lens mata kiri koyak dan serpihannya tertinggal dlm mata..curah eye mo bg basah cam air mata baru keluar..
    bertahun2 pakai contact lens..inilah pertama kali mengalami perkara sebegini

    ReplyDelete
  22. T.kasih sbb share entry ni...sy hr tu nangis berjam2..pastu bla sampai rumah contact lens sblh je ade.yg sblh lg xde...pastu cuba ingat blik kot trkeluar time ngis tu tp xde plk..skg ni risauu yg teramat sgt...kot contact lens tu tertinggal dlm mata..ape effect klu trtggl dlm mata...??nk g jmpa pakar tp lom smpat lg..ni tetibe kepala sllu pening smcm jer...

    ReplyDelete
  23. Yeke...sy pnya contact lens sblh tak tau hlg mata...risau koy trtggl dlm mata...cmna nk kesan yer...ni kpla sllu pening je..risau gak kot cntact lens tu trtggl dlm mata...sbb time nagis tu mmg xpasan cntact lens kuar...huhu..risauuu sgttt

    ReplyDelete
  24. saya x dpt kesan bonjolan keras dlm mata...sya x pasti dah terkeluar atau x ??

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !