Koleksi Buah2an Yang Semakin Dilupakan???

Farah Waheda Wahid
28
Source Extracted from Google
Kalau setakat buah epal, oren, lai, anggur, pear, plum, papaya and etc. kita dah biasa sangat jumpa kat mana2 pun kan??? Tapiii... yang jarang dan tak pernah nampak di pasar... hurmm... buah juga tapi "market" tak banyak yang ada jual atau memang tak jual langsung...kalau nak pun, kena balik kampung baru boleh jumpa atau makan...

BUAH CERMAI
Source Extracted from Google
Ini rupanya buah cermai yang dah dijadikan jeruk. Salah satu jeruk "favourite" saya ni... ^_^... Kalau makan "purely" dari pokok tu saya tak pernah lah, tapi yang dah dibuat jeruk selalu... Kalau jumpa jeruk buah cermai ni, boleh mengadap semangkuk sorang jer...tak ingat orang lain dah...he he he...

BUAH KERANJI
Source Extracted from Google
Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak tahu...
Kan kan kan? Yang ni "seriously" Cik Puan Bubbly sendiri tak pernah makan...dan tak tau pun boleh makan ke tak... "first time" tengok ni sebenarnya ni..he he he...tapi menurut pembacaan ... dikatakan yang buah ni masam, bila dah makan, orang dulu2 atak kanak2 zaman dulu tak buang biji. Bijinya mereka akan kumpul buat permainan.

BUAH TAMPOI
Source Extracted from Google
Boleh??? Ngaku yang sendiri "post" pasal buah ni, sendiri tak pernah makan... dikatakan isi buah tampoi yang manis menjadikan ia dipetik untuk dimakan dan dijual. Siapa pernah makan? Cuba kongsi sikit?

BUAH SENTUL
Source Extracted from Google
 Ini pun sama, Cik Puan Bubbly tak pernah makan...huh...banyak betul buah yang tak pernah makan ni...Dikatakan, buahnya berbentuk bebola macam yang "uols" nampak kat atas ni, berdiameter 5 hingga 7 cm, berwarna kuning keemasan dan berbulu lembut. Kulit buahnya tebal dan agak liat. Isi buah sentul berulas2...tengok cam manggis jer... dan tidak mudah lekang daripada bijinya. Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk.

BUAH ARA
Source Extracted from Google
Buah ara atau yang dikenal sebagai "figs" dalam bahasa Inggeris, "figue" dalam bahasa Perancis. Umat Muslim mengenali buah ara sebagai buah tin. Buah ara berasa manis dan kaya dengan nutrisi serta memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Dan buah ni juga tersedia dalam bentuk yang dikeringkan. Mengandungi vitamin A, B dan mineral seperti fosfor, zat besi, kalsium dan mangan.
*Dalam 5 yang disenaraikan berapa banyak jenis buah yang "uols" pernah rasa atau makan? "Me???"... satu jer lah dari semua yang di atas tu, buah cermai... he he he... ^_^

Post a Comment

28Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semua buah tu da penah dengar dri emak tpi xpenah jumpe..kesian kan..hehe

    ReplyDelete
  2. akak suka buah kiwi dan anggur...emm sedap..

    ReplyDelete
  3. antara yg atas2 tu buah cermai jea teman pernah makan.. heee.. tapi buah kegemaran teman ialah... mata kucinggggg.. tapi.. mahal nya skrg??

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. sheila suka makan asam buah cermai tu! yang lain tak pernah makan rasanya. hehehhee

    ReplyDelete
  5. @lucd007

    macam mana rasanya buah tampoi tu, boleh explain sikit tak?

    ReplyDelete
  6. @Che Rosliza Che Mat

    anggur tak ley makan sangat, sebab nanti susah nak ke tandas...heee...

    ReplyDelete
  7. terliur jap tengok buah2 tu farah...

    ReplyDelete
  8. suka buah plumm.!! :D
    erkk, buah kuning buat jeruk tu je eiqa tahuu, yg bawah2x tu x pernah jumpa dan x tauu pulakk,ehehehee

    ReplyDelete
  9. 2 buah cermai kat kg iman ada..yg lain xpenah lgsg rasa

    ReplyDelete
  10. fae only pernah dgr buah tampoi hehehe.

    ReplyDelete
  11. krole paling mnt buah ara tu..btul ssh nak jmpe da buah2 camni~ skngni ble p market...asyik2 epal..anggur...tembikai...etc

    ReplyDelete
  12. buah cermai mama tahu kak... tapi lain-lain buah.. tak kenal.. hihi

    ReplyDelete
  13. Kita pernah makan buah-buah tu farah kecuali buah ara and tampoi..sentul jumpa kat pasar malam baru-baru ni..itupun dia orang yang cakap..sedap jugak rasa dia..

    ReplyDelete
  14. buah cemai berlambak dekat belakang sekolah. Makcik tukang sapu asyik suruh ambik jer.. Tp sebab tk makan, so tk amik la.. buah tu busuk dgn sendirinya..


    Buah tampoi sedap tau kak. Kita pernh makan masa kat Cameron. Beli drpd org asli

    ReplyDelete
  15. buah ara dgn tampoi zaza xpenah makan lagi..yg lain memang terbaik!! zaza suka!! keranji tu memang masam2 skiti tpi sedap.. ngee! zaza pun dh lama xmkn buah tu.. sentul pun sama.. sedap weh!! masam2 ngee tertelan air liur hahaha.. buah cermai lagi la masam2 kan! zaza suka yg fresh dri pokok.. dulu2 msa nak gi kje lalu tepi umah makcik sempat ambik hehe :)

    ReplyDelete
  16. buah sentul tu org ganu panggil buah setor..

    ReplyDelete
  17. sally kenal buah cermai je...ada kat umah kampung..hehehe...selalu je mkn...sampai terkenyit mata masam!

    ReplyDelete
  18. sama la kak..tapikan buah cermai tu saya pernah makan yg tanpa dijeruk. sgt masam kak. sesetengah org cicah ngan garam. buah sentul pulak, masa saya duduk diTeluk intan, rumah saya sebelah je dgn pokok sentul tp tak berani dekat pokok tu sbb slalu org nampak langsuir bergayut.

    ReplyDelete
  19. Buah keranji dengan buah tampoi tu tak pernah jumpa lagi kak :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !