Kenapa Mesti Di Facebook?

Farah Waheda Wahid
24
Source Extracted from Google
Entri terbaik pemenang SEGMEN: MY BEST ENTRY BUBBLYNOTES.COM kali ini yang akan di-"review" adalah entry dari akak RamRam Cute  yang bertajuk Kenapa Mesti Di Facebook? yang telah di-post oleh akak RamRam Cute pada 27 June 2011.

"KENAPA DAN MENGAPA ANDA SEMUA SUKA MENGUPDATE STATUS ANDA DI DALAM FACEBOOK ATAU TWITTER?

1) Adakah ianya untuk keseronokan?
2) Untuk glamour? 
3) Untuk mendapatkan kata2 semangat dari rakan2
4) Cara untuk anda mengekspresikan rasa gembira, marah, benci,meluat, sakit hati, dendam dsb
5) Untuk menunjuk-nunjuk (showed off)
6) Menagih simpati
7) Dan apa-apa lagilah...

Bukannya apa, saya melihat semakin ramai antara rakan2 yang semakin hari semakin seronok meletakkan status (yang baik2 tu tolak tepilah ye) masalahnya mereka meletakkan status amarah, menyindir dan mengutuk rakan2 mereka yang lain di laman Facebook atau Twitter. Semakin hari semakin menjadi2 pulak. Dan menghairankan sekali bila dah letak status macam tu...makin ramailah pulak yang meletak komen seperti 'nasi tambah' kat bawah status tu. 

Betul Tak?
Adakah ianya suatu "trend" atau sekadar untuk meluahkan apa yang dirasakan bersarang di dalam hati setakat ini? Kenapa kita tidak suka mengambil sikap untuk berterus terang sahaja daripada kita terus menyembunyikan diri kita sendiri dan berpura2 menyukai seseorang itu hanya kerana takutnya akan terjadi pergaduhan yang lebih besar meletus atau akan dipulaukan... Bukankah bila anda meletakkan status sedemikian ianya dah dikira berdosa kerana anda menujukan kata2 itu kepada orang yang anda 'niatkan' di dalam hati anda (**orang lain tak kenallah SIAPA melainkan anda sendiri) itu.

Bukan itu sahaja, status berkenaan juga bukan sahaja berbaur marah, geram, benci dan rasa tidak puas hati, malah ada juga yang seolah2 seperti mengugut dan ingin membuat pembalasan dendam ke atas orang berkenaan (kes sama seperti yang pernah dialami oleh rakan sekerja saya) sendiri. 

SUNGGUH TIDAK ADIL!!
Tidak dapatkah anda semua rasakan kesedihan, kemurungan, orang2 yang anda kutuk dan lemparkan kemarahan itu? Sudah hilangkah rasa sensitiviti anda? Manakah hilangnya rasa serta nilai2 murni yang telah diterapkan di dalam diri kita sebagai orang Islam? 

Cuba anda letakkan diri anda atau keluarga anda di kalangan orang2 yang kena kutuk tu... Adil ke tidak? Tidakkah kita semua fikirkan 'impact' selepas kita menulis dan men-update status kita itu? Dan bagaimanakah anda ingin meneruskan kehidupan anda setelah anda memaki serta mencaci orang berkenaan? Puas hatikah? 

HENTIKANLAH!!
Berfikirlah secara rasional dan jangan terbawa2 ruang emosi anda mengaburi pemikiran serta kawalan emosi anda, saya menulis bukan kerana ingin mencari gaduh dan ingin menegakkan sesuatu yang tidak betul tetapi sekadar peringatan buat diri saya dan kawan2 yang lain juga.

Tetapi sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari menjadi seperti itu (tapi saya tak pernahlah mengutuk orang, cuma letakkan status kata2 nasihat adalah.... )

Nasihat saya kepada mereka2 ini, tidak tahukah anda yang jika anda meletakkan status yang bukan2 ianya bukan sahaja akan mengundang perbalahan dan juga fitnah malah boleh diklasifikasikan dalam kes jenayah (SERIUS).

RENUNG2KANLAH!

Saya cuma bertanyakan pendapat anda jika persepsi dan pendapat saya ini salah? (sila betulkan saya). Harap maaf sekali lagi pada sesiapa yang terasa. 

AMPUN DAN MAAF DIMINTA!!

Phew!!! Panas panas panas entri akak RamRam Cute kita ni...^_^. Tapi saya "occay" ajer... "The truth hurts" tapi itulah yang sebenarnya terjadi pada zaman sekarang ni, dah jadi trending dah pun... Hurmm...macam mana nak kata dan macam mana nak kupas ni ek? Tersalah taip ada yang merempan pula karang...hi hi hi... Tapi setiap individu tu kan mempunyai pendapat yang tersendiri dan negara kita adalah demokrasi, jadi setiap orang bebas menyuarakan pendapat masing2 asalkan tahu batasannya... "Honestly it took me more than a day to review this entry"... Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak... hu hu hu... Dan "honest confession"... saya sendiri pernah meluahkan rasa tidak puas hati di "wall Facebook"... cuma caranya berbeza sahaja, saya bukanlah jenis yang suka "throw tantrum"  dengan sewenang2nya di Facebook ataupun di blog ataupun di mana2 media sosial kerana saya lebih suka berfikir kesan kepada orang sekeliling sebelum melakukan sesuatu, air muka siapa yang akan jatuh, air muka sendiri, maruah siapa, maruah sendiri, hati siapa tercalar, hati sendiri...dan selalunya perkara yang saya fikirkan adalah, adakah dengan melakukan perkara2 sedemikian kita dapat memuaskan hati kita? adakah dengan melakukan perkara2 yang sedemikian akan dapat menyelesaikan masalah? "Don't make yourself look stupid in front of other people!!! and jangan melakukan sesuatu yang akhirnya dapat mengaibkan diri sendiri... sekadar luahan yang berpatutan sudahlah dan biasanya saya lebih suka berkias dalam bentuk "quotes"... ^_^... "Yup, that's me!"....

Kebelakangan ni bukan saja Facebook, Twitter, atau laman media sosial yang lain, tetapi juga di blog, ianya dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila kita ada masalah saja, kita "update" statu mengadu dan merintih. Bila sedih, kita "update" status meratap. Jika marah, kita "update" status maki2an. Sehinggakan sahabat2 kita terasa "annoying" dengan status2 tersebut. "Attention whore" ke apa? "Yess!!! I mean" 'KITA' sebab sejujurnya saya pun pernah terjebak dengan gejala tersebut.

Ibarat media sosial tu macam "The Wailing Wall" atau Dinding Ratapan. Bukan nak menyimpang atau menyamakan, tetapi sedikit intipati yang saya maksudkan dengan "The Wailing Wall" atau "Dinding Ratapan"...

Source Extracted from HERE
 
Source Extracted from HERE

"The Wailing Wall" atau Dinding Ratapan adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman AS. Bagi umat Islam, dinding ini juga merupakan dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar, serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad SAW dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.

Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya "Shekhinah" (Sakinah" yang bermaksud kehadiran Illahi. Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.

Disebut "Dinding Ratapan" kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa2 mereka dengan penuh penyesalan. Mereke juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah2 dinding itu.

Source Extracted from HERE
Bagi saya, tak salah kalau nak luahkan perasaan ke media sosial. Itu hak individu dan masing2. Tapi, status atau penulisan maya yang terlalu mengikut perasaan juga mencerminkan diri serta sikap kita yang sebenarnya dan adakalanya dalam keasyikan dan kekhusyukan berulang kali mengulangi perbuatan yang sama boleh membuka pekung di dada, membuka aib diri sendiri dan juga aib orang lain.

Semakin kita khusyuk, semakin kita asyik, semakin kita seronok luahkan perasaan mengadu di media sosial hurmm..macamlah dengan luahan perasaan tadi dapat membantu. Silap2 bertambah sakit hati dengan "reply" daripada manusia yang tidak tahu erti berbahasa. Padahnya diri sendiri, lepas tu angin dan meroyan satu badan. Apatah bila jawapan atau penyelesaian diberikan sang "reply" tadi, tak memuaskan kehendak hati, mulalah nak mengamuk dan cakap si "reply" tak memahami apa berlaku. Kan ke padan muka? Mengadu pada Allah lebih baik kenapa jadikan media sosial sebagai medan aduan?

Contoh ek??? bercerai dengan isteri, bergaduh dengan suami pun ditulisnya dalam media sosial... Apa kes??? Saya sendiri yang menghadapi macam2 dugaan tak adalah sampai nak "post" tentang isi luar dalam kehidupan peribadi. Memang ler media sosial kita, ikut suka hati kita, tapi jangan lupa satu dunia (fuyoo besar sangat tu)...satu Malaysia boleh membaca... nanti malukan diri sendiri, malukan pihak lain (tak taulah kalau memang betul2 berniat nak malukan orang kan?) dan malukan keluarga atau pasangan sendiri... Perlu ke? Membantu ke? Sejuk ke hati lepas luahkan macam tu? Tenangkah jiwa selepas ramai rakan2 "reply" menghulurkan simpati??? Ingat ya, tak semua orang ikhlas dalam memberi pendapat, ramai yang ketawa juga dalam hati dengan musibah yang kita hadapi. Tak percaya? Terpulanglah.... 

Saya akui saya memang jenis tak reti nak mengadu masalah pada orang, apatah pada "public". Kecuali, suami, mama, papa dan orang yang betul2 rapat dengan saya di sekitar saya yang tahu dan maklum masalah saya. Saya demam, saya tak ada duit, orang tak pernah tahu. Saya sedih, saya menangis, saya tertekan, orang tak pernah tahu. (Suami tahu!!! "Even" mama dan papa pun tak tahu "occay"???" Bukanlah jenis perahsia sangat tapi memang jenis yang tak reti nak mengadu domba ke sana ke mari atau memperdagangkan cerita peribadi pada umum.

Susah senang saya, saya sendiri yang tahu dan orang2 sekitar saya. Kalau pun saya nak mengadu, saya akan mengadu sekali lalu, sama ada orang perasan atau tidak, itulah saya. Biasanya ramai yang tak perasan yang saya sedang luahkan perasaan... ^_*.  Saya jenis yang manja, tapi nampak lincah di luar...he he he... Wanita biasa, ada masa agresif ada masa feminin. Tengok keadaan, ikut kesesuaian masa dan keadaan.

Blog??? Memang ada juga mengadu kat sini, tapi tak ketara dan tak nampak "pathetic" lah... biarpun saya tahu ada yang membacanya, saya tak kisah. Selagi cara saya mengadu tu tak dapat dosa, tak aibkan sesiapa dan tak guna kata2 kesat, saya rasa "occay"lah kot??? Lagipun, saya dah mengadu terlebih dulu pada Allah. Sebab Dia walaupun dah tahu, saya tetap beritahu. Saya puas begitu. Dia lebih tahu. Perancangannya lebih sempurna. Maka, saya tak terfikir pun nak mengadu kes kehidupan peribadi pada media sosial.

Mungkin juga tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di media sosial daripada mengadu kepada Allah SWT yang Maha Mendengar itu. Lebih banyak berdoa di media sosial daripada berdoa di sejadah. Mungkin jer tau...tak semestinya...karang kang ada pulak yang makan hati dengan statement ni dan melenting...

*Jadi, gunalah laman media sosial sebaik mungkin. Jangan jadikannya sebagai dinding ratapan. Diulangi, LAMAN SOSIAL! Bukan Facebook ajer... Dinding Ratapan Yahudi tu sebagai info tambahan ajer... *_^ 

Entri asal akak RamRam Cute di SINI

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kadang2 ada jugak tulis ketidakpuashatian tu..tapi elak tidak menjatuhkan maruah orang lain...insyallah

    ReplyDelete
  2. macam terasa rasa gaklah diri ni bila baca entri ni huhu.... Kadang bukan kita tak sayang atau bukan kita tak suka atau bukan nak tunjuk aib semua orang cuma nak mintak pendapat...kalau mereka disituasi begitu apa yg akan mereka lakukan, itu aje...
    Tapi pendapat mereka mmg semuanya baik2 aje, jarang ada yg betul2 jujur...biasalah nak jaga hatikan...hehe

    ReplyDelete
  3. tak salah gunakan semua media sosial tu tapi yang penting kita bijak menggunakannya....

    ReplyDelete
  4. Yahudi membina Facebook utk kepentingan mereka. Tidak salah menggunakannya tapi kita pula perlulah bijak, gunalah facebook utk kebaikan bersama dgn berkongsi ilmu dan panduan. Maklumat dan kisah peribadi boleh di utarakan buat tatapan keluarga/rakan2 terpilih sahaja...tak perlulah bagitau satu dunia. Maruah, martabat dan etika wajib di jaga.

    ReplyDelete
  5. lain org lain pendapat..ada yg guna ke arah kebaikan ada juga sebaliknya..untuk sy yg baik jdkan amalan yg buruk jadikan sempatan..kalau rasa mls nak bc status yg kurang enak di tatap sy lebih suka unfriendz..

    ReplyDelete
  6. kita kena bijak nak menggunakannya :)

    ReplyDelete
  7. entry yg bagus...umi sebaik mungkin cuba elak dr membuat perkara ni kat facebook huhuhu

    ReplyDelete
  8. entry ni memang best la kak.
    Saya setuju kerana, walau itu adalah hak masing2, namun kita kena berpada-pada dalam meluahkan rasa hati. sebaik-baiknya, jika ada rasa marah, kesal atau sedih, mengadu dan bersandarlah pada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

    ReplyDelete
  9. Semput membaca...hahahaha. Tapi apapun kena ada batasan. Bukan semua boleh di luahkan di Facebook.

    ReplyDelete
  10. pasal update status nie saya rasa terpulang kepada diorang sebenarnya nak luah ke apa.. tapi yang penting nak meluah pun luahkanlah pada yang Maha ESA. ALLAH MAHA MENDENGAR.

    dari:
    akubahrain.com

    ReplyDelete
  11. sy jarang update status kat fb,kecuali kalau betul2 perlu jer.geram pun ade jugak..ehehe tp kalau dh sampai tahap maksima la.waktu tu mmg sy xpeduli dah ade yg terasa ker tidak... :p

    ReplyDelete
  12. emm..betul tu bagi akak fb ni kita dpt eratkan silatulrahim kita..dpt tau ank berapa?cht ke?
    nk tulis status kt citu kena fikir dulu,status yg compius mmbuatkan orng berperasangka..xkn gaduh ngn somi pun nk updet..xlogik..hehe gunalah laman sosial ini sebaik mngkin..jngn guna untuk mmfitnah orng lain..no,,no,,:P

    ReplyDelete
  13. latest kenit luahkan rasa marah kat facebook kira2 pas raya gitu. Tu pun marah kat tikus je pun, tapi ada member kata kenit ni kena banyak muhasabah diri lagi..tak cukup tarbiyah katanya hahaha

    Apekejadahnya nak marah kat tikus pun kene ada tarbiyah gak ke??? hahahaha.

    ReplyDelete
  14. nak komen kena fikir perasaan orang lain, nak luahkan perasaan pun jangan terlalu over kelak memakan diri sendiri.....

    ReplyDelete
  15. assalam..1st time mamaD singgah blog farah bubbly ni..mungkin datang tp tak komen...mungkin juga, ok fb ..tak semegah yg disangka..banyak yg tak bagus dari yg bagus2. blog dan fb dua2 layan/suka tp gunakanlah secara bijaksan..madah berhelah tak semestinya semua nak dikongsi di wall boleh memalukan diri kalau terover bercerita tentang sesuatu yg privacy.

    ReplyDelete
  16. Hal dlm kain x yah la citer kat fb...setakat hal2 biasa x pe kot at least kita boleh berkongsi pendapat..sometimes kita keliru x tau nk cari jln penyelesaian mcm mn kan...thats y kita share at least komen kawan sikit sebanyak membantu...walau tidak menyelesaikan...huish pesal panjang bonar entry ni....somput baco...

    ReplyDelete
  17. thanks kak farah berkongsi sedikit info pasal wall tu
    yumida pun baru tahu
    aah..laman sosial ni klo guna utk kebaikkan maka dpt lah kebaikan yg diperoleh

    tp bila disalahgunakan mendtgkan bahana pd diri sendiri n org yg dijdkn mangsa tu

    ReplyDelete
  18. yang pasti semuanya hanya untuk mencari perhatian..

    ReplyDelete
  19. Entri yang bagus...sebabnya sekarang ni semakin ramai yang menggunakan laman facebook untuk meluhkan perasaan dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya..lebih teruk lagi sehingga membawa kepada pergaduhan sesama sendiri...yang tentang wall tu saya juga pernah terbaca tentang tu...

    ReplyDelete
  20. heheheh mungkin yg paling tepat takde tempat nak meluahkan perasaan kot....entah lah apa2 pun benda yg maya ni sebenarnya tak nampak impaknya masa tgh update status tu...bila dah trending nanti mula la nak menggelabah...haha...

    ReplyDelete
  21. terpulang kepada diri masing masing..

    ReplyDelete
  22. Dh jrg up status di fb sbb sy blum smpt nk tapis kwn lagi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !