Kenapa Kaki Sembab Semasa Hamil???

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Kes kaki sembab bila "preggy" ni rasanya ibarat cam dah selalu nampak pada ibu2 hamil. Sendiri??? Setakat ni sejujurnya belum lagi...kaki masih normal dan tak macam "gajah" pun... heee... ^_^... Tak taulah "towards the end" sok2...kot2 tiba2 sembab pula... Buat masa sekarang "seriously" tak ada lagi... 

Sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga pada tangan, muka, dll) adalah masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan, solat, dan sebagainya. 

Semasa hamil, badan menghasilkan kira2 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ("water rentention") adalah normal semasa hamil. Kesembapan normal, yang juga dikenali sebagai edema, boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.

Tapi, "preggy2 mummy" perlu berhati2 jika kesembapan berlaku tiba2 kerana ia mungkin petanda awal preklampsia. Rujuk pada doktor "uols" "if this happen"... 

TIPS HINDARI SEMBAB (WATER RETENTION @ SWOLLEN FEET, ANKLE, FACE) SEMASA HAMIL

Minum Air Masak Sebanyak 2-3 Liter Sehari
Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam "survival mode" di mana badan menyimpan air dan berlakulah sembab kaki, tangan, dan sebagainya. Cuba cek, adakah kita minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yang cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh. ("Ok noted!!!)

Lakukan Senaman Ringan
Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki dan sebagainya. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki. 

Jangan Berdiri Terlalu Lama
Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak. (Memang pun!!! Lagi2 kalau Pink Panther ada...huh...tak sempat nak panas punggung (ooopsss) dekat kerusi dah kena pergi sana pergi sini)

Tinggikan Sedikit Kedudukan Kaki
Sewaktu berehat atau tidur, alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung. (Ini pesanan penaja yang hari2 diulangi oleh suami...hu hu hu...)

Pakailah Kasut Yang Selesa
Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi "heels!"... "Oh My!" rindunya pada "stilettos" dan "heels" saya...ekekeke... *_^

Amalan Pemakanan
Hindari @ kurangkan:

1. Minuman berkafein dan alkohol (alkohol tu memang taklah kan??? harammmmm....)
2. Makanan yang tinggi sodium (antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makanan yang diproses ("processed food"), makanan segera ("instant or fast food") - "fries, burger" dll.
3. Karbohidrat

Lebihkan:
1. Makanan yang tinggi potassium - contohnya pisang, lobak merah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
2. Makanan berserat tinggi seperti roti "high fiber".
3. Sayur2an mentah seperti ulaman.
4. Protein, menggantikan karbohidrat.
5. Makanan tinggi magnesium dan vitamin B - sayuran berdaun gelap, "oatmeal", asparagus dan kacang soya.
6. Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air. Siapa yang berminat nak ambil suplement ni boleh cuba Shaklee Ostematrix. ^_^... Tapi "ai" tak jual tau... Gi tau jer... Ramai kawan2 kita yang kat luar sana tu yang merupakan agen Shaklee, "uols" boleh "contact" diaorang... Senang sebab memang dah ramai yang jual Shaklee, kawan2 "ai" pun ramai... *_^ 

*Harap2 sehingga ke hujung "pregnancy" kaki tak sembablah dan maintain macam sekarang ni... ^_^... tapi memang "during pregnancy" ni saya agak mengawal jugalah apa yang saya makan, terutamanya "kafein" yang saya terpaksa korbankan "coffee based caramel machiatto" saya tu, dan beralih kepada "chocolate based"... dan juga kawal pengambilan garam dalam pemakanan... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sy mse peknen dlu kaki pyh nak bgkak...nk dkt due bru bgkak sket

    ReplyDelete
  2. Nice sharing...Selalu juga ada nampak atau mak cerita tentang ni kat wanie..dugaan masa preggy...

    ReplyDelete
  3. kakak sulong saya mcm tu lah kak masa pregnant dulu

    ReplyDelete
  4. selalu saya tengok org preggy ni kan hidung diorang pon jadi kembang gakk

    ReplyDelete
  5. Mhmm.. Vee selalu tengok pregnant moms bengkak muka. Ihiks. Homey jee ;D

    ReplyDelete
  6. banyak juga pantang larang orang mengandung nie kan...hihi...semoga menjadi ilmu buat cik akak suatu saat nanti..:)

    ReplyDelete
  7. kalau ikut orang tua bila kaki dah sembab tu tandanya dah nak bersalin.waktu anak pertama, 2 3 hari before bersalin memang kaki saya sembab.anak ke -2 ni...x tahu lah.tp kaki sembab pun saya aktif berjalan lagi

    ReplyDelete
  8. oh mmg tuk ibu2 preggy kaki jd lembap mcm tu ek..selalunya kaki makin kembang je dgr :)

    ReplyDelete
  9. x pnh alami... sbb bby pun x bsr mna.. biar bsr kt luar je nnt... hehe.. bab nk ngelak byk jln tu x brp nk boleh elak bg seorg ckgu... hehe

    ReplyDelete
  10. dulu-dulu akak pregnant nasib baik kaki tak pernah sembab...

    ReplyDelete
  11. bagus ni.. boleh buat persediaan.. man tahu ada rezeki nanti :) thanx :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !