Kedudukan Bayi Songsang???

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Ini adalah sekadar bercerita yer "uols".... ^_^... Alhamdulillah, setakat ni junior tidaklah termasuk atau tergolong dalam kedudukan bayi songsang dalam perut... Minta2 dijauhkanlah... In Shaa Allah... Tapi perkongsian ini sekadar tercetus dalam kotak pemikiran bila mana selalu juga mendengar tentang masalah kedudukan bayi songsang di dalam perut ibu semasa kehamilan... Rasa2nya ada 2 -3 orang juga kawan2 saya yang pernah mengalami keadaan yang sebegini dan jawapannya mereka terpaksa menjalankan proses kelahiran melalui kaedah "c-sec"... 

Source Extracted from HERE
Dalam sepanjang kehamilan, terdapat ruang yang mencukupi dalam rahim untuk bayi (janin) untuk menukar kedudukan/posisi. Kebanyakan kedudukan kepala bayi di bawah menjelang minggu ke 36. Ini adalah kedudukan bayi untuk dilahirkan normal dan selamat. Kedudukan kepala bayi masih di atas boleh dikatakan kedudukan bayi songsang.

Terdapat kira2 4/100 kelahiran, bayi tidak boleh memusingkan kepala semulajadi dalam lewat kehamilan. Jika kedudukan bayi songsang biasanya pembedahan "caesarean" dilakukan. Daripada jumlah ini, lebih kurang 3 % kehamilan bayi dalam kedudukan songsan ("breech") iaitu di mana kepala di atas dan punggung bayi terletak di bahagian bawah. Bayi juga boleh dalam kedudukan melintang ("transverse") ataupun kedudukan serong ("oblique").

APAKAH YANG MENYEBABKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG SEMASA HAMIL???
Tiada sebab yang jelas mengapa kedudukan kepala bayi yang tidak berpusing. Dalam kes2 lain, kedudukan bayi songsang mungkin dikaitkan dengan:
1. Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke 37 iaitu di mana sebelum bayi akan memusingkan kepala ke bawah sendiri.
2. Anak kembar 2 atau lebih. Ruang yang terhad untuk 2 atau lebih bayi boleh mengehad mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.
3. Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat2 kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat2 kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
4. Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.
5. Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.
6. Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti Sindrom Down, anencephaly atau hydrocephalus.

APAKAH TANDA2 BAHAWA BAYI "UOLS" BERADA DALAM KEDUDUKAN SONGSANG???
"Uols" tidak dapat merasa sama ada bayi "uols" songsang. Tetapi jika "uols" mengandung lebih daripada 36 minggu, "uols" mungkin boleh merasakan kepala bayi menekan tulang rusuk "uols" dan/atau "uols" berasa bayi menendang dalam bahagian bawah abdomen. "Uols" harus berjumpa dengan doktor "uols"  untuk pemeriksaan.

BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN SONGSANG DIDIAGNOSIS???
Semasa pemeriksaan rutin lewat kehamilan "uols", doktor "uols" akan memegang bahagian atas dan bawah abdomen "uols" dan boleh melakukan "ultrasound scan" untuk mengetahui kedudukan bayi "uols".

BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN BAYI SONGSANG DIRAWAT???
Kadang2 doktor mungkin boleh memusingkan bayi secara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan kepala di bawah dengan menggunakan prosedur yang dipanggil "external cephalic version"...Kawan "ai" kata sakit "uols"... Jika bayi boleh memusing ke bawah sebelum kelahiran bermula, "uols" mungkin boleh melahirkan bayi melalui faraj.

BAGAIMANA KEDUDUKAN BAYI SONGSANG BOLEH DILAHIRKAN DENGAN SELAMAT???
Kebanyakan doktor akan mencadangkan "uols" menjalani pembedahan "caesarean" di mana ia merupakan cara bersalin yang paling selamat untuk bayi. Tetapi "uols" mungkin merancang utnuk cara kelahiran songsang ("breech birth"). Berbincang dengan doktor "uols" mengenai cara paling selamat untuk bayi songsang "uols"... Tapi minta2 dijauhkanlah kan??? Biar segalanya normal dan selamat...

"Reference, Credit and Source: HERE"

*Buat masa sekarang, sejujurnya kedudukan junior adalah seperti gambar kedua yang saya tempek di atas yang bernombor 3 setakat imbasan "ultrasound" yang dilakukan pada bulan lepas iaitu "in transverse position"... hu hu hu... Junior tak mo nakal2 sangat ok??? Kesian mummy...ekekeke... sila berpusing ikut kedudukan yang sepatutnya yer sayang??? "However, my gynae" kata "it shouldn't be a problem" sebab dia akan berpusing... "hopefully" pusing yer... "Behave" yer sayang.... Semoga segalanya selamat...In Shaa Allah... Berdebar pulak... hu hu hu... *_^

**Dan dalam masa yang sama teringat pula yang suami pernah bercerita ada isteri kawan suami yang melahirkan bayi songsang dengan cara normal... memang "legend" betul dan saya "salute" lah... kaki keluar dulu "uols" lepas tu baru kepala....

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kwn sekerja pun pnh melahirkn ank songsang usia 8 bulan... Mmg kelahiran tu mnunjukkan kekuasaan Allah... Sbb biasa songsang ssh dan klu lahir 8 bln prtus nk hidup tipis.. Tapi kuasa Allah.. Dh bsar anknya skg nk msk 4 thn dh..

    ReplyDelete
  2. tengok gambar baby nie jerk..kot-kot melekat kat tummy nie...ohoho..

    ReplyDelete
  3. umi dulu masa preggy ank ketiga, kedudukan baby mmg songsang gak tapi Dr kata x yah risau sbb still ada masa utk dia pusing sendiri...alhamdulillah dipermudahkan...bb kembali ke kedudukan sepatutnya dan dapat bersalin normal....info yg berguna utk para ibu yg preggy (^_^)

    ReplyDelete
  4. setakat ni (saja) proses mengandung SB semua dlm keadaan normal.Minta dijauhkan, yer FW.Tapi semuanya tu kuasa Allah.

    ReplyDelete
  5. sy yng belum kawin ni pun risau kak..

    ReplyDelete
  6. Farah, akakpun pernah bersalin ceaser, anak no 2 dan tiga. Pastu buat entry gak kat sini :

    pengalaman bersalin ceaser

    ReplyDelete
  7. semoga dijauhkan yer...kalau boleh la... :)

    ReplyDelete
  8. ooo pernah dengar...sekarang baru tahu secara terperinci
    thanks kak farah
    moga kak farah selamat melahirkan baby dgn jayanya
    moga terhindar dri kes mcm ni
    x sabar nak tengok baby kak farah..hehe...sure comei

    Jemput join kak farah & menangi hadiah bernilai RM550
    Giveaway Butik Comel Collection

    ReplyDelete
  9. kmbar sy yg kecik dulu songsang tu yg kena bedah.. mudah2 dijauhkan

    ReplyDelete
  10. so far akak tak pernah lagi mengalami bayi songsang.....

    ReplyDelete
  11. mak saya cakap, dulupun saya dilahiran songsang... tapi mak saya bersalin secara normal...memang kena berpantang lebih teruk dari biasa..

    ReplyDelete
  12. suspen je! semoga Junior baik-baik aje dlm tu...mintak dijauhkan la kat akak ye :)

    ReplyDelete
  13. syukur 3 anak tak tergolong dalam kategori songsang..... middle stege je kejap...pas tu pusing balik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !