Kamu Buka Aib Orang Di Dunia, Allah Buka Aib Kamu Dekat Akhirat

Farah Waheda Wahid
22
Source Extracted from Google
Entri ini adalah merupakan entri "review" dari salah seorang pemenang SEGMEN: MY BEST ENTRY BUBBLYNOTES.COM iaitu Acik / +Aku Penghibur / Aku Penghibur ... Mari kita sama2 membaca sedikit kandungan entri yang telah di-post oleh Acik pada 29 July 2013:
"Dalam hidup kita ini tentunya kita penat melayan ragam manusia yang kadang pelik dan pelbagai. Setiap orang itu ada perangai yang tersendiri, kadang kita suka dengan mereka, bergaduh, sedih dan gundah gulana. Ketika itu, kadang kita dapat kawal emosi kita dan kadangnya kita tak dapat kawal emosi.

Apalagi taip di Facebook, bagitahu status tak puas hati kepada seseorang bla bla bla bla dan bla. Update status di Twitter dan Blog tentang seseorang ceritakan buruknya orang itu.Bagitahu orang lain tentang teruknya orang itu, memang habis semuanya diceritakan umpama tak ada sedikit pon kebaikan terhadap orang tersebut.

Bergaduh suami isteri, rasa tak puas hati update di laman sosial? Bukankah tanggungjawab suami dan isteri perlu menjaga aib pasangannya?

Bergaduh dengan kawan-kawan, habis dengan detail menceritakan di laman sosial? Bukankah adat berkawan kadang ada rasa tak puas hati antara sesama sendiri, perlu ke nak bagitahu 1 dunia tentang aib orang tu? 

Apabila "couple" putus cinta, habis segalanya diberitahu... 

Tahu tentang aib orang lain habis dicanang satu dunia, adakah wajar? ..."   
Melalui apa yang dikupas oleh Acik di dalam entri beliau, bagi saya, dalam keasyikkan kita melayari dunia maya, melayan FB, Twitter dan mengemaskini blog, ingatlah satu perkara yang mana bila rasa nak buka aib orang lain, seelok2nya kita cermin diri dulu, diri kita sendiri. Bila kita rasa nak dedah aib sendiri, baik kita fikir dulu berkali2.

JAUHILAH PERKARA2 KEJI YANG TELAH DILARANG OLEH ALLAH SWT. SESIAPA YANG TELAH MELAKUKANNYA, HENDAKLAH DIA MENUTUPNYA DENGAN TUTUPAN ALLAH SWT DAN BERTAUBAT KEPADA ALLAH. INI KERANA JIKA SESIAPA MENAMPAKKAN PERKARA KEJI (YANG DILAKUKANNYA) KEPADA KAMI, KAMI AKAN MENJATUHKAN HUKUMAN YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH 'AZZA WA JALLA. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua2 syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi).

Pesanan untuk diri saya sendiri dan "uols" semua yang saya sayang...jangan sekali2 membuka aib orang kerana aib kita akan dibuka pula di akhirat kelak. Sama2 kita saling menyimpan aib kerana ada hadis menyatakan tidak sempurna iman seseorang sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Jangan mengaibkan balik orang yang telah mengaibkan kita. Biarkan saja mereka2 itu terus hanyut di dalam dunia khayalan dan fantasi mereka. Kalau kita buat balik apa yang dia buat dekat kita, maka tak ada perbezaanlah kita dengan dia...sama2 dapat dosa...Uhukss..puas hati ke macam tu??? Tak ada cara lain, hanya sabar yang menjadi kunci menyelesaikan kemarahan. Di samping sabar, carilah hikmah kenapa Allah SWT berikan ujian ini kepada kita.

Sekiranya ada orang berbuat salah kepada kita ataupun menyakiti kita sehingga terluka dan perit ingatlah selalu, dalam undang2 pun seseorang pesalah yang didakwa membunuh sekalipun, diberi peguambela untuk membela diri. Malah dari segi undang2 hudud, seseorang yang mencuri tidak sewenang2nya dipotong tangan.

Tapi kannnn...dalam hal buka membuka aib ni, ada segelintir tu yang suka2 nak buka atau korek aib orang lain dengan alasan untuk tujuan menegur dan memberikan kesedaran atau meluahkan kesedihan. Adakah kita benar2 mengenali orang yang kita hendak tegur itu? Pernah x kita dengar kisah si pembunuh yang ingin bertaubat dan telah membunuh 99 orang sepertimana yang disebut di dalam hadis Sahih Bukhari???

Dalam kisah tersebut, si pembunuh telah membunuh 99 orang. Akhirnya timbul kesedaran kepada si pembunuh bahawa perbuatannya itu adalah berdosa besar dan beliau ingin bertaubat. Dia ditunjukkan dengan seorang Rahib. Apabila bertemu sang Rahib dan menyatakan keinginannya untuk bertaubat, Si Rahib mengatakan bahawa dosa beliau tidak boleh diampunkan oleh Allah. Oleh kerana kejahilan Si Rahib itu tadi, maka pembunuh itu melakukan dosa sekali lagi dengan membunuh Si Rahib. Akhirnya ia bertemu dengan Ulama' iaitu orang yang berilmu. Dan ulama itu tadilah yang memberikan jalan penyelesaian yang betul dan tepat, iaitu dengan pergi ke arah perkampungan orang2 baik.

Orang yang bertaubat ini bukanlah seperti orang yang ketagih hisap rokok dan ingin berhenti merokok. Makan ubat sahaja dah boleh berhenti merokok selama2nya. Seseorang yang ingin kembali ke jalan Allah, dia akan menemui liku2 dan dugaan yang berat2.

Dalam Islam ada adab2 menegur. Antaranya ialah dengan memberi peluang kepada yang ingin ditegur untuk memberikan penjelasan. Selain itu, kita boleh memanggil orang tersebut secara peribadi atau menegur melalui PM jika ianya di forum Internet. Ihikss..tak puas hati dengan akak? Meh sini jumpa face to face ataupun hantar e-mail ke? Nak hantar e-mail..meh sini bagi alamat e-mail... bubblynotes@gmail.com... agagagaga....
Kata2 seperti "kalau ingin mengetahui kelemahan seseorang, tanyalah musuhnya" itu bukan suatu kata2 yang boleh dijadikan pegangan. Kerana sebagai musuh, walaupun ianya benar sekalipun tetapi ia berasaskan dendam atau dengki. Maka di sini, teguran tersebut lebih bersifat mengaibkan bukan untuk menunjukki jalan yang benar.

Ingatlah ilmu Allah itu luas, walaupun seseorang itu mempunyai ijazah dalam agama atau mahir dalam agama atau tinggi pendidikan agama, x semua mempunyai pengalaman yang luas seperti Tuan2 Guru. Ada bidang2 tertentu di dalam agama ini hanya yang difahami sebilangan kecil para Ustaz dan Ustazah dan juga difahami oleh para Tuan2 Guru. Jadi dalam bertanya untuk  menilai orang lain, tanyalah dengan orang yang pakar, bukan kepada orang tahu.

Yang lebih baik, berakhlaklah seperti akhlak para Ulama keturunan Rasulullah dari Yaman, iaitu dari Tariqat Ba'lawi. Mereka berkasih sayang sesama orang Islam tanpa membuka atau mengorek2 aib orang lain! Jangan dok sibuk buka aib orang lain, sampai tak sedar yang sebenarnya dah terbuka aib diri sendiri... 

Bak kata Acik... "selagi termampu baiklah kita menjaga aib diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita"...kalau nak kupas lagi memang panjang jadinya... Jadi, sudi2kan dan ringan2kan tangan "uols" untuk "click" di SINI bagi membaca kupasan Acik dengan lebih terperinci dan selanjutnya...

*Diharapkan Acik berpuas hati dengan review yang telah dibuat ini... Salah, silap dan kekurangan, harap dimaafkan... ^_^

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang hasil entry taipan Acik memang menarik, penuh pengisian di situ...

    ReplyDelete
  2. nice sharing....sekdar mengingatkan pada diri sendiri jugak....

    ReplyDelete
  3. minta dijauhkan dari sifat begini.. berdoa moga menjadi insan yang lebih baik..

    ReplyDelete
  4. hehehe so blog2 gosip artis better stop taja cerita pasal artis (eventhough cerita tu true).

    ReplyDelete
  5. entry acik diceritakan dari pengalaman...suka baca..

    ReplyDelete
  6. kongsi benda baik. thanks =)

    ReplyDelete
  7. peringatan tuk diri sendiri jugak..kdg2 kita terlepas pandang benda2 mcm ni..huhu

    ReplyDelete
  8. menarik isi entrinya..

    link terbaru : emarieys.com

    ReplyDelete
  9. nauzubillahminzalik.. semoga kita di jauh kan dari perbuatan seperti ini

    ReplyDelete
  10. vry gd n3 ni fara. ingat mengingatkan sesama kita kan !

    ReplyDelete
  11. dh baca nie..
    jauh entry acik dtg sampai cni..
    hehe..
    congart acik dpt review.

    ReplyDelete
  12. peringatan utk semua..bagus ni farah..:)

    ReplyDelete
  13. betul tue farah..tetapi ramai yg tidak sedar lagi..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah kak syukran sudi review.. Sangat padat. . Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  15. entry acik memang menarik untuk direview ..kan akak..

    ReplyDelete
  16. nice sharing....mampat ngan pengisian yang sgt2 benar..sekali buka aib orang 1000 kali aib sendiri tersebar..nauzubillah...

    ReplyDelete
  17. perkongsian yang bagus...medium facebook banyak sudah disalahgunakan...

    ReplyDelete
  18. Acik nih mmg penulis berbakat... Idea yg dikupas sgt mnarik...

    ReplyDelete
  19. Saya nak copy ayat sebagai pnduan. terima kasih.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !