Jarak Yang Ideal Bagi Kelahiran Anak

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Yang 1 ni pun masih dalam fasa2 kehamilan dan menunggu saat tibanya hari kelahiran tetiba kannn? Sibuk duk baca tentang jarak ideal bagi kelahiran anak.... Ihikss..planning ke? Of course lah hidup ni mesti ada planning.. Kalau diizinkan Allah SWT for sure nak preggy lagi... Dan for sure nak tambah anak... Bak kata betterhalf, kalau dibiarkan sorang jer, nanti tak berkawan pulak dia, sian dia...In Shaa Allah... Segalanya dengan izin Allah SWT...Kalau ada rezeki, Alhamdulillah, tapi kalau ditakdirkan memang sorang jer macam mummy dia... Kita terima dengan seadanya, redha dan ikhlas... Allah Maha Mengetahui segala baik buruk sesuatu itu... Betul tak? Siapalah kita untuk say and assume this and that... 

Entri kali ni bukannya luahan perasaan, tapi sekadar perkongsian pendapat dan juga pandangan dari pembacaan tulisan maya Dr. Zubaidi Hj Ahmad  dan entri kali ini mungkin lebih panjang dari kebiasaan... ^_^... Siapa yang malas nak membaca tu, x payah teruskan tiada paksaan... sekadar berkongsi sahaja... Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad...

Institut Alan Guttmacher di Amerika Syarikat mencadangkan ibu2 supaya jarak anak pertama dan kedua ialah 30 bulan. Ini berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Journal of the America Medical Association, jarak masa untuk hamil semula kurang dari 18 bulan selalunya menyebabkan bayi kedua dilahirkan akan lahir pramatang (premature), dan kurang berat badan.

Ini kerana ibu yang baru hamil memerlukan masa untuk rehat dari stress dan kekurangan makanan, rehat dan tidur semasa kehamilan kali pertama. Faktor seperti ketahanan tubuh wanita yang semakin berkurangan apabila memasuki umur 35 tahun juga perlu diambil kira.

Begitu juga kajian yang dijalankan oleh University of California di San Francisco mendapati jarak masa yang sesuai bagi menjarakkan anak ialah antara 24 hingga 35 bulan. Bayi yang dilahirkan pada jarak masa kurang 24 bulan didapati mempunyai kurang berat badan. 

Jadi apa sebenarnya yang mempengaruhi pembesaran anak yang sempurna dan masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak?

Umur Anak Uols Sekarang?
Seperti yang dinyatakan bahawa ramai doktor di US mencadangkan agar jarak antara anak pertama dan kedua ialah 30 bulan bagi ibubapa memberikan tumpuan kasih sayang dalam membesar dan mengembangkan potensi anaknya. Di samping itu, memberikan masa untuk seorang ibu berehat dan mengembalikan kesihatannya.

Keadaan Kesihatan/Fizikal Anak Uols Sekarang?
Jika pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental anak uols yang sekarang tidak memuaskan dan memerlukan perhatian yang khusus, tentunya agak sukar untuk mempunyai seorang lagi bayi kecil yang memerlukan banyak tumpuan perhatian. Tunggulah sehingga anak uols sekarang mampu untuk berdikari agar kita mampu memberikan perhatian pada seorang anak dalam satu masa.

Umur Ibu Bapa Sekarang? 
Umur ibu bapa adalah faktor yang penting sebelum memikirkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, terutamanya wanita yang bakal hamil dan diharapkan menjaga bayi itu. Jika umur wanita itu sudah 38 tahun, maka tiada peluang untuk menjarakkan anaknya sehingga 3 tahun. Tentunya wanita itu tidak punya masa yang banyak untuk menanti anak kedua. Tetapi kalau wanita itu berumur 30 tahun ke bawah, dan tidak mempunyai masalah perubatan yang menyukarkan dirinya hamil, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Jadi berbincanglah dengan suami atau isteri mengenai perancangan masa tua.

Gaya Hidup Sekarang?
Menambah seorang lagi anak akan mengubah gaya hidup kita. Isu siapa yang akan menjaga anak kecil itu di samping siapa yang akan berjaga malam dan membuatkan susu adalah isu yang harus difikirkan. Jika ibubapanya berkerjaya, tentulah seorang pengasuh diperlukan untuk membantu menjaga bayi yang baru lahir itu. Dan bagaimana pula dengan 'masa bersama' isteri atau suami? Ingatlah bahawa bayi yang bakal dilahirkan akan merubah rutin hidup kita. Pastikan kita mempunyai masa dan tenaga untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Keadaan Kewangan Sekarang?
Mungkin kita berpegang pada falsafah 'wang bukan segalanya', tetapi realitinya kita memerlukan wang untuk membesarkan anak dan keluarga. Bayangkan seorang bayi memerlukan sebanyak RM120 sebulan untuk susu formula dan RM200 untuk lampin pakai buangnya. Ini bermakna secara asasnya sebanyak RM320 sebulan dan RM3840 setahun. Bagaimana pula dengan ubat2an dan vaksinnya jika ibubapa tidak sempat ke Pusat Kesihatan Kerajaan? Jika kedua2 ibu bapa bekerja, perlu pula menggajikan seorang pengasuh yang dibayar antara RM200-300 sebulan. Oleh itu, jika mahu menambahkan ahli keluarga haruslah menimbangkannya dan sama2 berbincang. Duduk berbincang. Mungkin ambil masa beberapa hari. Pastikan kedua2 setuju setelah meneliti isu2 yang berkaitan.  

Apa2 pun bagi saya, from my personal point of view, anak tu rezeki dari Allah SWT. Sekiranya Allah nak bagi, pasti ada jalannya. Tapi jadi parents ni nak kena kerja kuatlah ye tak? Dan pastikan segala keperluan bagi anak2 tu cukup... And I believe semua parents kat luar sana nak yang terbaik untuk hidup anak2 mereka dan juga hidup mereka... Dan bila dah buat keputusan untuk tambah anak tu pastinya parents2 kat luar sana dah bersedia untuk memikul tanggungjawab serta amanah Allah yang lebih dari kebiasaan dan bersedia untuk segala kemungkinan. Tak ada parents yang nak sia2kan anak2 mereka... serta permata hati mereka... Semua nakkan yang terbaik...Tapi kalau ada tu tak taulah nak cakap... Itu dah masuk kategori lain dah tu... Nak dapatkan anak bukannya senang jadi kenalah jaga dengan sebaiknya ye tak? Janganlah disia2kan hidup mereka. Kalau kuantiti nak banyak, kualiti pun kenalah tinggi jugak ye tak? Biar seiring... Bukan untuk kepentingan diri kita tapi untuk kepentingan masa depan anak2 tu sendiri... 

Wallahualam... Yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk tu datang dari diri kita sendiri sebagai manusia...  

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ooo dh nak dkat ekk..adik sy dh bersalin pun... :)

    ReplyDelete
  2. akak jarak anak 2 tahun gan 3 tahun...

    ReplyDelete
  3. eiqa dgn adik kedua birthday sama 31 ogos..
    alhamdulillah, adik eiqa xde pape :)

    ReplyDelete
  4. kalau bab ni nory nak mintak nasihat mak nory lah sbb kami adik beradik mmg jarak jauh2, nory 3 beradik, nory ngan abg beza umur 6 tahun, dgn adik bawah nory plak, beza 11 tahun...hehehee...

    ReplyDelete
  5. Okje dulu 2 tahun bagi yg sulung ...yg bawah bawah 3 tahun yg bongsu lagilah 4 tahun kot... mmg plan le
    Ada org kata beranak ramai terus senang...tp okje tetap pilih tunggu anak 2 tahun baru tambah lagi...senang sikit anak pun dah besar!

    ReplyDelete
  6. jarak anak tekak sally dgn anak tekak org sebelah...3km jauhnya..hahaha

    ReplyDelete
  7. Ank sulung akk 9 tahun. No 2 pulak 7 tahun. No 3 pulak 4 tahun. Ok la tu kan. Tak dekat tak jauh. No 4 dah penat. Bagi kat farah la pulak....

    ReplyDelete
  8. bagi yang scissors jaraknya yang sesuai lebih 2 @ 3 tahun....

    ReplyDelete
  9. Adik lahir tika umur kakak genap dua tahun, kira hadiah harijadi paling gempak la tahun tu hehehe. Walaupun czor, tapi kenit tdk hadapi sbrg masalah pregnant kali kedua masa umur kakak baru setahun 3 bulan alhamdulillah. Sokongan suami dan ibubapa perlu tuk kita :)

    Tentang kos dan bajet tuk anak2, itu sebenarnya adalah motivasi untuk ibubapa lebih berusaha mencari rezeki. Rezeki anak2 Allah dah tentukan melalui ibubapa, so jgn gusar dan jgn terlalu memikirkannya sehingga menyekat kita untuk menambah umat. Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Beza akak ngan sibling 3 tahun...if akak kahwin dan ditakdirkan preggy lg..agak2nya la...jauh gile x jarak tu?

    ReplyDelete
  11. Mmg sy dn suami plan 2 atau 3 tahun.. Utk bf dan ksih syg yg smpurna.. Ikut Islam pun jarak ideal 2 thun atau 3 tahun... Alhamdulillah.. Perncgn kami selari dgn prncgn Allah... Thun dpn faiqah dapat adik.. Insha Allah..

    ReplyDelete
  12. Bukan tak mahu anak tpi masih fobia lagi..hehehe..=D

    ReplyDelete
  13. Kami adik beradik beza umur dua tahun. so, jarak umur tak terlalu jauhlah antara kami

    ReplyDelete
  14. saya hanya letak target nak fully bf anak sampai dia umur 2 tahun...dah genap 2 tahun baru boleh nak adik..dan alhamdulillah untuk 2nd pregnancy lps alya cukup 2 tahun +ve hamil tapi Allah maha mengetahui hanya sempat ad dlm perut 3bulan je

    ReplyDelete
  15. Kak MV anak pertama kedua dekat..yang ke-3 ke-4 ni jauh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !