Hunting for Baby Car Seat!!!

Farah Waheda Wahid
28
Untuk bakal "mummy" yang sentiasa bergerak bersendirian dan "driving" ke sana sini seorang diri, dah semestinya "baby car seat" merupakan satu keperluan kan??? Sebenarnya tak bercadang nak beli lagi pun memandangkan junior pun belum keluar lagi.... Tapi, tak salah rasanya kalau kita "survey" dulu kan? Lepas tu barulah boleh buat perancangan dan budget... 

Pertama kali melihat di Instag akak RamRamCute hati terus jatuh cinta pada "baby car seat" yang anak kak RamRamCute pakai... Dahlah saya ni jenis susah nak suka sesuatu barang tu pada pandang pertama... Bukan setakat barang jer, bab2 jatuh cinta dulu pun macam tu jugak... Memang takdolah makno eh nak jatuh cinta pandang pertama sangat kann? Lebih suka perhati dan kenal dulu...ekekekeke.... 

Nak tengok macam mana rupa lebih kurangnya "baby car seat" yang telah berjaya mencuri hati akak ni?Jeng jeng jeng...

Source Extracted from HERE
Bukan main ko "taste mummy to-be" ni... Naknya "baby seat" Recaro...Hamikkk... Gi tengok kat SINI ... harganya... RM 1,899 diulangi RM 1,899...lepas "mummy" nak beli Samsung Galaxy Note II sebijik nak oiii... wakakaka... tapi orang kata nak beli barang ni tak boleh gelojoh ye tak... Memang betul pun, dalam apa pun yang kita buat dalam hidup ni tak boleh nak gelojoh... Dan terjumpa satu "website" ...online shop juga... tapi yang jual "second hand baby seat" ler pun... Boleh dapat dengan harga RM 400... 

"Specification... Recaro Young Sport Group 1,2,3 Car Seat (Silver) Recaro Young Sport, Microfibre, Black/Silver, Children's Car Seat The Recaro Young Sport features a new kind of 5-point harness belt system for age group I (approx. 9 months to 4 years), which ensures your child's safety throughout its first years of growth. When adjusting the height of the backrest, the belts are automatically moved into the right position and therefore protect your child optimally. As your child grows (age group II/III up to 12 years), simply remove the harness. Your child will then be secured by the car's internal 3-point belt"

Wah menarik ni, boleh pakai lama...wakakaka...nak beli orang kata biar alah membeli menang memakai ye tak? tapi janganlah sampai biar papa asal bergaya... minat ni bukan sebab nak bergaya, tapi sebab minat dan suka dengan design serta ciri2 keselamatan... Apa pun, minat memang minat, masih lagi "survey" yang lain lagi... Tapi sekali lagi, memang jatuh cinta kot dengan yang ini!!!

Post a Comment

28Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. yer kak, mama rasa car seat itu penting, sebab mama selalu drive ksana ke sini... sufi sampai sekarang duduk di car seatnya.. hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. wahh bestnya. dah boleh shopping barang baby ekk :)

    ReplyDelete
  3. mahalnya...cari yg berbaloi sikit...

    ReplyDelete
  4. xmmpu lah kot nak beli mahal..tp design tu mmg lawa lah
    anak2 k.el takat umur dah boleh duduk pas2 x mau duduk dah car seat bagai..nak dilepaskan haha nak memerap kat mama dia..tp lau kita yg drive ngan bb..mmg car seat sgt diperlukan

    ReplyDelete
  5. kalau perlu dan ada duit lebih x salah nak beli..if budget limited beli yang biasa2 je asalkan ada ciri2 keselamatan dan selesa..ok?

    ReplyDelete
  6. farah mencari baby car seat? akak ade let go satu..beli dulu dekat rm400 gak..nak let go rm150 jer..beli utk anak no 3..tapi dia tamau duduk plak..condition elok lagi..

    kalau berminat bagitau yer..hihi..sempat lagi promote..

    ReplyDelete
  7. car seat mmg berguna utk surirumah @ wanita berkerjaya yg selalu drivin sendirian. jaa pun guna. senang nk angkut anak kemana-mana. hihi..

    ReplyDelete
  8. memang sangat2 berguna farah car seats ni. akk beli sekali harung smpai dia up to 3 years old.

    ReplyDelete
  9. Beli lah.. Sbb keperluan... Klu travel jauh pun.. Kdg2 x larat nk meriba...tpi spnjg de ank.. De 3 jenis bby seat..sy beli..hrga murh je lh
    . X mmpu nk ribu riban...huhu..

    ReplyDelete
  10. makk aiiii..rega dia bleh beli galaxy 4 tu..yg second tu kalo still elok apa salahnya..eh tp kalo mampu apa lah sgt stakat rm2k tu.kekeke

    ReplyDelete
  11. mahalnya kalau beribu harga ni.. hee

    ReplyDelete
  12. @DIARI FARISHA

    memang ler kalau tengok2kan pada harganya tu...hu hu hu...

    ReplyDelete
  13. @Ibu Amirul

    nak beli pun mummy kena bajet jugak kak... he he he...

    ReplyDelete
  14. @Sheila Salim

    dah shopping pun Sheila sikit2 dan step by step...

    ReplyDelete
  15. @Sukma Haron

    kalau amik yang ni boleh pakai sampai anak besar pun kak, tapi tengok jer dulu, tak semestinya beli...he hehe...

    ReplyDelete
  16. @Eraz Fadli

    he he he, wah bestnya Zara dah ada orang hadiah...

    ReplyDelete
  17. @el

    kalau tak drive takper kak el, tapi kalau kita driving memang harus kena ada car seat ni...

    ReplyDelete
  18. @Amanda Suria

    betul kak and noted...saja cuci2 mata dulu...mana tau kot2 ada rezeki terpijak...ekekeke...

    ReplyDelete
  19. @mama_ka0ri

    eh bolehler tengok2 gambar car seat tu kan? apa salahnya promote pun...

    ReplyDelete
  20. @RamRamCute

    serious kak...farah jatuh cinta bila tengok kat instag akak...

    ReplyDelete
  21. @Maria Firdz

    Maria, akak survey jer dulu, tapi tak semestinya beli, yelah mana tau kot kot ada yang lagi murah dan berbaloi kan...tapi memang minat designnya...

    ReplyDelete
  22. @Cik Aini

    ni kena nyanyi lagu kalau aku kaya ni by awi rafael...he he he...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !