Harga Rumah Naik 10%!!!

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Susulan dari kenaikan harga petrol RON 95 dan juga Diesel tempoh hari, memang dah dijangkakan akan ada lagi barang2 yang akan naik kan? Dan selepas ini, lepas satu, satu barang akan naik...Yang tak naiknya??? Gaji...Ahakss... Kalau naik pun??? Ciput jer... *_^...Kalau naik banyak Alhamdulillah, rezeki namanya tu...

Dulu semalam semasa menonton berita ASTRO Awani, pihak REHDA ("Real Estate and Housing Developers' Association") telah mengumumkan bahawa harga rumah bakal naik 10%. Hurmm...bayangkan sekarang pun harga rumah dah memang tinggi, apakan lagi kalau naik lagi 10%...

Menurut REHDA kenaikan harga rumah berkenaan adalah disebabkan oleh pengurangan subsidi petrol dan diesel dan juga kekurangan tenaga buruh asing. Itu yang saya dengar dan baca di ASTRO Awani... Selain itu, dikatakan juga, ianya adalah akibat dari peningkatan harga simen dan bahan binaan yang lain juga.

Pada mereka2 yang belum membeli rumah dan merancang untuk membeli rumah, pastinya tak berapa nak gembira dengan berita ni kan? Lagi2 sekarang ni, syarat pinjaman bank juga telah diperketatkan oleh Bank Negara Malaysia... 

Sekiranya "uols" tanya pendapat saya, bagi mereka2 yang baru bekerja dan bercadang nak beli kereta dulu dari beli rumah, sejujurnya, sepertimana yang pernah dinasihatkan oleh papa saya satu waktu dan ketika dulu, beli rumah dulu sebelum beli kereta... sebabnya? Nilai rumah akan "appreciate" manakala nilai kereta akan "depreciate" "as time goes by"... Memang ada logiknya di situ... "value" rumah akan naik, kita beli dengan harga sekian sekian contohnya pada permulaan kita beli rumah tu adalah dengan harga RM 140K++ dan selepas beberapa tahun harga rumah tersebut a.k.a. "market value" akan meningkat kepada RM 300K++. Ini dinamakan "appreciation"... Tapi sebaliknya if kita beli "let say" "continental" car.. dengan harga RM 68K lah yang paling murah, kemudiannya beberapa tahun selepas itu, "value" kereta tu akan turun dengan sangat mendadak dan boleh jadi "as low as" RM 12K... Trust me... That's what happened to Ms. Chevy yang papa saya pakai sekarang... 

"It's worth to buy a house/property first before buying a car"... Sekarang ni harga rumah bakal naik 10% dan rata2 rumah sekarang ni pun "starting price" dari RM 200K ++ "for landed property" yang terletak di "sub urban area" sikit dan RM 400K - 500K ++ bagi yang terletak di kawasan yang lebih strategik...Tapi bukan nak cakap apa, "even" kat "area" rumah saya ni pun dah ada harga yang mula dari RM 800K ++... Bayangkanlah "in 2 years time", bagaimanakah harga rumah agaknya?

Bukan nak menakutkan kepada mereka2 yang masih lagi belum membeli rumah, tapi inilah kenyataan dan hakikatnya yang berlaku... Walau apa pun, sebagai rakyat marhaen, "hopefully" ada jalan dan cara penyelesaian yang dapat dicadangkan dan dilaksanakan bagi mengawal kenaikan harga rumah dari melambung... Kesian pada kita sendiri bila keadaan ni berlaku dan buatkan ramai yang termenung panjang bila perkara ni berlaku, ye lah setiap seorang dari kita pasti menginginkan rumah sendiri kan? Sudahnya, beli lot tanah dan bina rumah sendiri, harga mungkin lebih murah dan rumah lebih luas agaknya??? Tapi pastikah kita harga tanah takkan meningkat??? Lari kot mana pun, masih ada juga perkara yang tak dapat nak dielakkan... "Again" apa pun yang berlaku, kelangsungan hidup tetap perlu diteruskan...betul tak???

*Bila harga rumah bakal naik 10%, fikir 2-3 kali nak beli "2nd Property"...ahakss..."not in the near time" tapi In Shaa Allah, kalau ada rezeki, dan diizinkan Allah, hajat tu mungkin dapat dipenuhi juga... "who knows" kann? 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. baru jer kemarin p seminar hartanah..
    hurm..nampak gayanya x beli rumah lah kite

    ReplyDelete
  2. nasib baik dah beli awal2..tp tengok rumah sekarang pun mmg mahal..

    ReplyDelete
  3. sib baik akak dah beli rumah dah....legaaa...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Suami sy dah sediakn kereta dan rumah sblum khwin lagi... Insha Allah akn dtg akn tmbah aset lain palk...

    ReplyDelete
  5. buat rumah kat kampung jer, itu pun kalau ada tanah.....huhu

    ReplyDelete
  6. wah skrg sume nak nek..lepas ni xtau la ape lg..kte yg baru nk keje ni mmg rasa terbeban la

    ReplyDelete
  7. Nasib baik sempat beli sblm harga rumah naik k.farah..kalau tak sampai kertu la dok ngn family..hehehe =D

    ReplyDelete
  8. adeh..
    mampu bayar sewa je lar kalu cmni..

    ReplyDelete
  9. memang harga rumah akan naik setiap bulan, gaji dok takat tu jugak....tp dengaq2 harga rumah akan turun dlm 4-5 tahun lg.....berhenti berharap

    ReplyDelete
  10. takut dengan harga rumah sekarang. makin menjadi2 naiknya

    ReplyDelete
  11. harga rumah sekarang pon dah sekian..tambah lagi 10%,hadoii!!..nasib baik le SB duduk kat rumah kampung.

    ReplyDelete
  12. dalam berita kt awani td ada sebut pasal harga rumah naik tp REHDA dah nafikan

    ReplyDelete
  13. but kalo fae i would buy a car first..

    ReplyDelete
  14. Sebab tu Eraz plan nak buat rumah awal-awal.. Makin lama, makin mahal..

    ReplyDelete
  15. habis semua harga barang2 lain naik cuma sebab minyak naik dua kupang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !