GengTi Pecah Masuk Rumah Tumpas

Farah Waheda Wahid
10
Source Extracted from Google
GengTi Pecah Masuk Rumah Tumpas... umang ai, tajuk dan permulaan entri awal2, mati2 akak ingatkan memang ada kumpulan sindiket atau kongsi gelap yang diberi nama GengTi ni... ^_^... Ini adalah entri review bagi pemenang SEGMEN: MY BEST ENTRY BUBBLYNOTES.COM yang seterusnya iaitu Nukilan Kenit.

Sedikit sedutan dari entri yang telah di-post oleh Kenit pada 26 Ogos 2013:

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri telah berjaya menumpaskan geng pecah rumah yang dikenali dengan gelaran GengTi di rumah mereka pada waktu subuh tadi. GengTi tersebut telah 'mengganas' sejak 2 minggu yang lalu dipercayai masuk dari celas kipas sedut angin di dapur rumah pasangan berkenaan.

Minggu lalu, pasangan tersebut berjaya 'menumbangkan' seekor tikuih remaja melalui Ops 'Lu Langsi Lu Mati!' yang sering membuat onar dan memakan makanan yang terdapat di dapur. Pasangan suami isteri tersebut berkata, mereka sudah bosan dengan perangai tikuih tersebut yang seolah2 ingin mencabar kredibiliti dan kesabaran pasangan itu...

Phew!!! Akak ingat apalah tadi, rupa2nya. kisah Kenit dan suaminya telah berjaya menghapuskan tikus2 yang membuat onar di rumah mereka... Ni gambarnya...
Source Extracted from HERE
Ambil satu gambar yang dari jauh jer cukuplah sebab akak geli "uols"... Tak sanggup rasanya nak tengok lama2... Tapi memang betul, kalau rumah dah dimasuki tikus memang tak aman rasanya... Alhamdulillah, setakat ni tak ada masalah tikus di rumah... Tapi kalau berlaku macam mana caranya nak menghapuskan tikus ni ek???

#1: GUNAKAN DAUN DURIAN BELANDA
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat2 yang sering menjadi laluan tikus tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan
#2: GUNAKAN BUAH KEPOMPONG MUDA
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

#3: LETAKKAN PERANGKAP TIKUS
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.
#4: GUNAKAN LADA HITAM
Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam. Tikus akan lari.
#5: BELA KUCING
Bela kucing tapi bukan kucing makan "Friskies" tau "uols".

#6: GUNAKAN BUAH JERING DAN TANGKAI JERING
Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul.

#7: GUNAKAN GAJET ELEKTRONIK
Gunakan gajet elektronik yang dikenali sebagai "Ultrasonic Pest Reppeller" untuk menghalau tikus2 memasuki rumah "uols". Alat ini dapat memberikan rasa kurang selesa kepada tikus2. Bagi tikus2 yang berada dalam zon yang dipasang dengan gajet elektronik seperti "Ultrasonic Pest Reppeller" akan mengganggu mereka dengan bunyi ultra sound yang kurang menyenangkannya. Gajet ini mampu mengawal serangga lain seperti nyamuk, lipas dan lain-lain serangga perosak.

Kalau tak berkesan juga semua yang disenaraikan di atas, "uols" disarankan menghubungi syarikat pakar kawalan serangga untuk membantu "uols" menyelesaikan masalah ancaman tikus. Hubungi mana2 pakar kawalan serangga atau syarikat Pest Control untuk sebarang bantuan. 

Credit: HERE

Memang tak seronok kalau diganggu tikus kannnn? Kalau "uols" nak baca dengan lebih lanjut cerita Kenit ni silalah klik di SINI

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saspen tol tajuk entri akak hahaha

    ReplyDelete
  2. suspen jer tajuk entry nie, ingatkan geng ganas yang popular sekarang ini...hoho

    ReplyDelete
  3. haa..dah agak ni mesti cik tikus. Alhamdulillah kak, rumah saya takde masalah tikus

    ReplyDelete
  4. sebelum baca td dah agak cek ti tu..tp x yakin bila kak farah letak gambar grill kat atas..hehehe..

    rumah lama dulu bnyak la..skarang ni ada tp pyah nak mncul..

    ReplyDelete
  5. geng Ti tu..hurm..semangat nak baca ..ish2..mmg patut pun kena tangkap haha :)

    ReplyDelete
  6. hhahah ! tajuk kemain lagi, dah ler sekrang ni tgh kempen tangkap genster ! tapi2..bagus tips tu, boleh bagitahu emak kat kg sebab baru2 ni rumah kt kg telah diganggu dengan sekuluarga tikuih yang sesat tak tahu dari mana, jenuh dah guna spray serai wangi tapi tak jalan.. ;)

    ReplyDelete
  7. umang aiii.terkejut...rupanya entri kenit...patut macam pernah baca...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !