Friday Thoughts: Have You Read Surah Kahf Today???

Farah Waheda Wahid
21
Salah satu "apps" yang saya "download" di dalam Ms. Apple adalah Quran Touch yang mana pada saya "apps" ini adalah sangat berguna... ^_^... Dan yang paling saya suka adalah sepertimana yang "uols" nampak di dalam gambar di atas... "apps" tersebut telah menghantar "notification" untuk mengingatkan saya sama ada saya dah pun membaca Surah Al-Kahfi hari ini atau tidak??? Bagus betul "apps" ni, bagi saya boleh mengingatkan kita sekiranya kita terleka ataupun pada waktu itu kita lalai ke, lupa ke, atau tak ada apa2 nak buat kan??? Sekurang2nya ada juga aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan dari membuang masa dengan sewenang2nya. (sepatutnya sebagai manusia kita kena "alert" kan??? manusia memang tidak lari dari khilaf dan manalah ada manusia yang baik, suci dan sempurna 100% kan??? Kalau ada itu dikira wali atau memang betul2 orang yang hebat tu... Alhamdulillah kan???)

Mungkin ramai yang dah tahu tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, tetapi saya kongsikan juga sekali lagi di sini buat kita semua untuk "refresh" minda...

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej2 akidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan akidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki 2 kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah SWT, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini mengajar umat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "In Shaa Allah". Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara sebab turunnya beberapa ayat di dalam Surah Al-Kahfi ialah kerana Nabi SAW ditanya orang2 musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang roh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi SAW tidak menyebut "In Shaa Allah" tatkala berjanji untuk menjawab 3 persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi SAW menyebut "In Shaa Allah" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan2 dari Allah tentang 3 persoalan tersebut.

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT

Source Extracted from Google
 
(H.R Baihaqi): Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dnegan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya".

(HR Hakim 3349): "Sesungguhnya barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara 2 Jumaat."

(HR Ahmad): Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

(HR Ibnu Katsir): Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara 2 Jumaat".

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalyn 3: 243): Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menjaga 10 ayat dari Surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat". Hadis ini bersumber dari Abu Darda'.

Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda' r.a yakni daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada dajjal".

dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda' ra. bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal."

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati oleh Allah SWT dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.". Sama2lah kita amalkan pada setiap hari Jumaat yer??? ^_^

Credit and Source: HERE
Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari JumaatSurah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam
- See more at: http://fuh.my/kelebihan-membaca-surah-al-khafi-pada-hari-jumaat/#sthash.pSkhIjMU.dpuf

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sekarang banyak apps yang boleh kita apply ke dalam handphone....gunakan sepenuhnya.....

    ReplyDelete
  2. wah apps yg berguna utk ingatkan kita ni..:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih sis atas entri peringatan ni & sbb share apps yang bermanfaat buat semua :)

    ReplyDelete
  4. Bagus application macam...kadang kala bila terlau sibuk kita terlupa..tapi bila ada yang mengingatkan,alangkah baiknya kan...nice sharing kak..:)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing, kak. Sekarang ni memang kena asah lagi ilmu agama kita :)

    ReplyDelete
  6. sempat lagi nak baca ni...thanks kak ingatkan :)

    ReplyDelete
  7. saya slalu terase dgn tguran apps tu.haha. slalu terlupe nk bce

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, dapat ilmu lagi hari ni.. Terima kasih banyak farah atas perkongsian yang bermanfaat ni.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ..at least kita tak lalaikan Farah...Salam Jumaat ya..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kak ingatkan kami untuk baca surah ni ya

    ReplyDelete
  11. Bagusnya app nih kan dear..byk kelebihan surah al kahfi nih..mudah2an menjadi amalan kite bersama

    ReplyDelete
  12. bagus pula ye igtkn mcm 2 =) tp sy ni pkai hp biasa2 je kak he3..tp kena2 hti2 sbb ada isu timbul ayat al-quran xlgkap yg digital ni..ape pn perkongsian yg baik..surah al-kahfi ni mmg byk mnfaatnya

    ReplyDelete
  13. bagus apps ni.. walaupun seharian menghadap hp or gadjet tak semestinya kita membuang masa.. masih lagi boleh buat sesuatu yang bermanfaat :)

    good info :)

    ReplyDelete
  14. dari baca surah yasin malam jumaat, sekali sekala baca la surah kahfi pulak.. :)

    ReplyDelete
  15. bagus apps ni..boleh saya download pulak lepas ni..thank you for sharing sis :)

    ReplyDelete
  16. wahhh bagusnya appp nie...nak try tgk la..kot2 ade untuk samsung..^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !