Mungkin ramai yang dah tahu tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, tetapi saya kongsikan juga sekali lagi di sini buat kita semua untuk "refresh" minda...
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej2 akidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan akidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki 2 kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah SWT, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini mengajar umat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "In Shaa Allah". Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara sebab turunnya beberapa ayat di dalam Surah Al-Kahfi ialah kerana Nabi SAW ditanya orang2 musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang roh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi SAW tidak menyebut "In Shaa Allah" tatkala berjanji untuk menjawab 3 persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi SAW menyebut "In Shaa Allah" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan2 dari Allah tentang 3 persoalan tersebut.
KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT
![]() |
Source Extracted from Google |
(H.R Baihaqi): Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dnegan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya".
(HR Hakim 3349): "Sesungguhnya barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara 2 Jumaat."
(HR Ahmad): Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
(HR Ibnu Katsir): Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara 2 Jumaat".
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalyn 3: 243): Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menjaga 10 ayat dari Surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat". Hadis ini bersumber dari Abu Darda'.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda' r.a yakni daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada dajjal".
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda' ra. bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal."
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati oleh Allah SWT dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.". Sama2lah kita amalkan pada setiap hari Jumaat yer??? ^_^
Credit and Source: HERE
Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
sekarang banyak apps yang boleh kita apply ke dalam handphone....gunakan sepenuhnya.....
ReplyDeleteSelamat beramal... :-)
ReplyDeleteterbaekkkk (^_^)
ReplyDeletewah apps yg berguna utk ingatkan kita ni..:)
ReplyDeleteterima kasih sis atas entri peringatan ni & sbb share apps yang bermanfaat buat semua :)
ReplyDeleteBagus application macam...kadang kala bila terlau sibuk kita terlupa..tapi bila ada yang mengingatkan,alangkah baiknya kan...nice sharing kak..:)
ReplyDeleteNice sharing, kak. Sekarang ni memang kena asah lagi ilmu agama kita :)
ReplyDeletesempat lagi nak baca ni...thanks kak ingatkan :)
ReplyDeletesaya slalu terase dgn tguran apps tu.haha. slalu terlupe nk bce
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat ilmu lagi hari ni.. Terima kasih banyak farah atas perkongsian yang bermanfaat ni.. =)
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
amin...done isi tabung.
ReplyDeleteAlhamdulillah ..at least kita tak lalaikan Farah...Salam Jumaat ya..
ReplyDeleteTerima kasih kak ingatkan kami untuk baca surah ni ya
ReplyDeleteInfo bermanfaat.. :)
ReplyDeletewowww great apps :)
ReplyDeleteBagusnya app nih kan dear..byk kelebihan surah al kahfi nih..mudah2an menjadi amalan kite bersama
ReplyDeletebagus pula ye igtkn mcm 2 =) tp sy ni pkai hp biasa2 je kak he3..tp kena2 hti2 sbb ada isu timbul ayat al-quran xlgkap yg digital ni..ape pn perkongsian yg baik..surah al-kahfi ni mmg byk mnfaatnya
ReplyDeletebagus apps ni.. walaupun seharian menghadap hp or gadjet tak semestinya kita membuang masa.. masih lagi boleh buat sesuatu yang bermanfaat :)
ReplyDeletegood info :)
dari baca surah yasin malam jumaat, sekali sekala baca la surah kahfi pulak.. :)
ReplyDeletebagus apps ni..boleh saya download pulak lepas ni..thank you for sharing sis :)
ReplyDeletewahhh bagusnya appp nie...nak try tgk la..kot2 ade untuk samsung..^^
ReplyDelete