![]() |
Source Extracted from Google |
![]() |
Gambar dipinjam dari SINI dan sila klik untuk tumbesaran |
Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sehingga dia sendiri yang merubahnya"
Allah sendiri telah menjami akan mengabulkan doa setiap hamba-Nya sebagaimana termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
Siapapun yang ingin doanya dimakbulkan oleh Allah, jangan perhatikan apa yang kita minta, tetapi perhatikanlah apa yang dapat kita ubah dari diri kita sendiri.
Doa kita tidak akan dimakbulkan jika minda kita tidak percaya apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika hati tidak rasa apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika komitment kita tidak dijalankan dengan sepenuhnya.
Apa yang kita minta, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa tindakan yang kita lakukan, di situlah kunci makbul. Itu sunatullah. Ada sebab, ada akibatnya.
Jika kita minta dengan jelas, seiring dengan apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, dan komitmen dengan tindakan yang kita lakukan, ianya akan membuka pintu rezeki atau peluang seperti yang kita kehendaki. Kadang2 peluang itu datang dari sumber yang tidak disangka2.
"Dan dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, Dia akan mencukupnya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu." (Surah at-Talaq ayat 2-3)
Usaha tanpa doa adalah kesombongan dan doa tanpa usaha adalah kebohongan. Doa dan usaha adalah 2 hal yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mencapai tujuan kita. Kita juga tidak boleh hanya berusaha sahaja tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu sama ada usaha kita berjaya atau tidak. Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah2 ia dapat menghasilkan sesuatu tanpa pertolongan Allah SWT.
Dan rabbmu berfirman yang bermaksdu:
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang2 yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah al-Mukmin ayat 60)
Ingatlah Allah itu Maha Memberi. Dia tidak lupa untuk memberi. Kita tidak minta diberi makanan tapi Dia tidak lupa untuk memberi makanan kepada kita. Kita tidak minta diberi pakaian, tapi Dia tidak lupa untuk memberi pakaian kepada kita.
Ibnu Ata'illah menyatakan: "Bukan tujuan utama itu hanya sekadar berdoa. Tapi tujuan yang utama adalah agar engkau mengetahui adab terhadap Tuhanmu."
Reference: HERE
Oleh itu, sepertimana yang telah di-"post" oleh Raudah Z, (tak tau nak panggil akak ker nama jer ker ni sebenarnya...hu hu hu)... itulah yang dapat saya kupaskan, dan doa yang khusyuk itu penting tapi untuk menjadi khusyuk dalam berdoa itu... kita perlu ingat perkara2 sepertimana yang telah dikongsikan oleh Raudah Z... Untuk entri yang sepenuhnya sila klik di SINI.
*Suka segmen motivasi pagi oleh Raudah Z sebab mungkin ia boleh menjadi pemangkin untuk memulakan hari2 kita semua dengan lebih positif kan? *_^
info yg bagus..sy suka dgn ayat "Usaha tanpa doa adalah kesombongan dan doa tanpa usaha adalah kebohongan"...thanx for sharing sis!
ReplyDeleteSharing is caring. Tq.
ReplyDeletethanks kak farah for sharing ;)
ReplyDeleteselain mengharap kn doa kite juga memerlukan pengorbanan diri utk mengecapi apa yg kite inginkan tuh..ikhtiar..insya allah..dia akan lebih permudahkan ;)
nice sharing dik..
ReplyDeleteAllah mmg sayang kat kita kan :')
ReplyDeletelagi satu kita harus ikhlas dan jujur dengan Dia :)
ReplyDeletevery gd tips ni !
ReplyDeletenice sharing akak:)
ReplyDeleteNice entry akak..nanti saya baca sepenuhnya ya..skang ni tak sempat..ni pun curi2 nak jejak blog akak :)
ReplyDeleteentry yg sgt2 berguna utk sy n kwn2..tq dear
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat...thanks for sharing
ReplyDeletenice sharing kak farah :)
ReplyDeletenice sharing kak ;)
ReplyDeleteperkongsian yg bagus akak :)
ReplyDeleteKena d3 sifat rendah diri... Insha Allah blh khusyuk... Nice sharing.. :-)
ReplyDeleteThanks farah for the review..kita sebenarnya banyak belajar dari apa yang kita kongsi..semoga kita semua mendapat manafaatnya kan..
ReplyDeleteTq for sharing...semoga amal dapat dipanjangkan...
ReplyDelete